Archive Page 5

Pendorong

Cuba memandang dari sisi yang lain, tidak cukupkah kisah syurga dan neraka menjadi pendorong untuk melakukan pembaikan? Tidak cukupkah kisah tentang rahmat dan kasih sayang Allah menjadi pendorong untuk melakukan pembaikan? Tidak cukupkah kisah tentang kemurkaan Allah menjadi pendorong untuk melakukan pembaikan?

Tidak cukupkah sirah-sirah sahabat menjadi pendorong untuk melakukan pembaikan? Tidak cukupkah kisah penciptaan alam menjadi pendorong untuk melakukan pembaikan? Tidak cukupkah alam yang terbentang ini yang menunjukkan kekuasaan Allah mendorong untuk melakukan pembaikan? Tidak cukupkah sirah-sirah Rasulullah menjadi pendorong untuk melakukan pembaikan? Tidak cukupkah janji-janji Allah dan Rasul-Nya menjadi pendorong untuk melakukan pembaikan? Tidak cukupkah Allah dan Rasul-Nya menjadi pendorong untuk melakukan pembaikan?

Hati manusia lain-lain?

Setiap manusia adalah makhluk yang diciptakan. Sama seperti binatang, sama seperti tumbuhan, sama seperti alam semesta dan lain-lain ciptaanNya. Tetapi yang membuatkan manusia ini satu makhluk yang istimewa dan unik adalah hatinya. Kerana hatinya, manusia mampu membuat pilihan, satu keistimewaan yang tidak diberikan kepada makhluk lain.

Ada hati yang menghadapi dunia dengan kelembutan, dan ada yang menghadapi dengan hati yang keras. Ada yang perlu berkeras dengan hatinya untuk melakukan perubahan, dan ada juga yang perlu berlembut dengan hatinya untuk membuat perubahan. Ada yang terpaksa mengeraskan hati untuk berteguh hati, dan ada juga yang meneguhkan hati dengan berlembut dan berlapang dada. Ada juga yang bila berkeras hati utk berubah, menjadi semakin teruk dan bila diuruskan dengan lembut, perubahan itu lebih berkesan. Dan juga sebaliknya. Semuanya bergantung kepada apa yang telah diisikan ke dalam hatinya sepanjang manusia itu hidup.

Continue reading “Hati manusia lain-lain?”

Niat Saja Tak Cukup, Berbuatlah…

Sumber: Eramuslim.com
Oleh Bayu Gawtama

Sore kemarin sebuah pelajaran kembali saya dapatkan. Kali ini dari Ayahanda sahabat saya yang tahun lalu baru saja menunaikan ibadah haji. Ia nampak bahagia bisa menjalankan ibadah ke tanah suci, sebahagia semua orang yang pernah berhaji. Bercerita ia tentang berbagai pengalamannya selama menjadi tamu Allah, tentang makam Rasulullah dan semua hal menakjubkan di tanah suci.

Namun dari semua cerita itu, ada satu bagian yang benar-benar menarik perhatian. Yakni ketika sampai pada cerita tentang, bagaimana ia bisa berangkat pergi haji, padahal uang tabungannya belumlah mencukupi. Kisah-kisah unik dan ajaib tentang orang-orang yang pergi haji pun berlanjut, dan kisah dari Ayahanda sahabat saya ini menambah daftar panjangnya. Kita pernah mendengar ada seorang pengemis yang bisa berangkat haji lantaran ia senantiasa menjaga mulutnya dari kata-kata yang sia-sia. Begitu pun kisah tentang tukang sol sepatu yang bisa berhaji karena kebaikannya terhadap tetangganya.

Continue reading “Niat Saja Tak Cukup, Berbuatlah…”

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin
Dari Nazrul Amir

Yop sedang mencari kedai makan

Safar 5

Cantik pulak gambar ni, saja je nak letakkan kat frontpage.

Perjalanan yang jauh

Safar 1Hari ini, telah kunikmati satu perjalanan yang jauh, yang hampir 10 kilometer, semata-mata untuk menghayati bersama sahabat-sahabat yang sentiasa dihati akan safar Rasulullah yang dicintai bersama Abu Bakar yang dikasihi serta safar para ahli-ahli badar. Sungguh, satu pengalaman yang menarik dan tidak terasa akan kepenatannya.

Memula agak kemalasan jugak nak berjalan ni. Bukan sebab ape, benda-benda yg penat-penat ni, aku malas sket nak join. Haha. Tapi member dah ajak jalan-jalan di waktu petang ni, cam tak best lak nak menolak. Pikir balik cam best gak, jalan rilek-rilek nikmati petang yg ala-ala nak ujan sket. Pernah jugak buat sebelum ni, jalan jauh cam tu, dari Putra Gombak ke Taman Melawati. Saja bosan-bosan, kalau naik teksi membazir jer bayar RM 2 lebih, tapi kalau jalan kaki, bila sampai leh pekena teh o ais sepam yang baru RM 1 lebih.

Continue reading “Perjalanan yang jauh”

Ramadhan yang ku kasihi

Senja

Maafkan aku wahai Ramadhan, ketika engkau datang bertamu aku tidak bersedia untuk menerima kunjunganmu. Ketika itu aku terlalu sibuk untuk memperbaiki diriku yang terlalu banyak untuk memperbaiki sehingga aku terlupa engkau sedang menunggu di hadapan pintu untukku sambut dan muliakanmu wahai tetamu. Maafkan aku kerana membiarkan engkau menunggu sedangkan jiran-jiran lain sibuk menjemputmu dan memuliakanmu dengan hidangan yang paling terbaik berupa puasa, tilawah, ibadah-ibadah sunat, solat-solat terawih, solat-solat malam dan amal kebajikan yang lain. Ada yang sehingga tidak mencukupi tidurnya hanya untuk memastikan engkau pulang dengan kepuasan dan buah-buah tangan yang akan dipersembahkan untuk Tuhanmu, Tuhan mereka dan Tuhanku.

Continue reading “Ramadhan yang ku kasihi”

Tempat baru dan wajah baru.

Akhirnya, 3 hari menghabiskan masa diwaktu siang. Dari pindahkan semua data ke tempat baru sampailah ke design yang baru. Memula tak bercadang pun nak buat design baru apatah lagi nak pindahkan semua data ke website kompeni ayah aku. Tapi tah cemane lak, ade kat berapa hari aku tak dapat nak akses nazrulamir.f2o.org. Server database f2o.org kantoi. Tak dapat nak akses database die. Tu yang bila masuk nazrulamir.f2o.org dapat mesej, takleh akses database.

Punye menyampah, last-last on the spot gak pindah data ke tempat baru. Lagi puas hati. Hosting dengan domain bayar sendiri. Speed pun leh tahan laju. Rasanya terus stay kat sini ar kot, sampailah aku ade duit lebih2 taktau nak pakai untuk ape, aku beli domain aku sendiri… ha… pastu baru pindah situ.

Design lak, memula pakai design K2. Tapi mak aii.. lembab pulak rupanya dia nak load dalam IE. Cet, memang tak best ar IE ni. Banyak menyusahkan aku. Mesti nak kene wat kod css special untuk IE nak kasi IE render website aku betul-betul. Buat-buat penting lak IE ni.

So, bajet-bajet nak wat sendiri. Tapi tah cemane leh terjumpa ade sorg mamat ni, wat K2 versi lite punyer. Huh, try pakai tgk design banyak kantoi giler. Last-last, nak taknak, nak kasi website ni nampak cantik dan leh akses dalam IE & FIREFOX & OPERA, kene ubahsuai design K2Lite tu.

Kali ni, idea aku nak wat satu design yang aku tak payah ubah langsung dah, kecuali kaler dgn banner je untuk nampak lain. Motifnya konon nak wat cam Kubrik ngan K2 la. Senang orang nak ubah yang basic je. At last, jeng-jeng-jeng, dah setel. Amacam kemas dan cantik tak?

So, pas ni semua update, cerita, karut-karutan.. aku tulis kat sini. Tempat lama tak pakai dah. Calo!

Bekerja dengan cinta

Sumber: Eramuslim

Saya mempunyai kawan baru, namanya Fery. Dia seorang laki-laki berumur 17 tahun. Saya mengenalnya seminggu yang lalu. Saat itu dia sedang mangkal di depan masjid kampus dengan gerobak es-nya. Ya, Fery adalah warga baru yang berjualan es asli Banjarnegara. Sebelumnya, memang telah ada tiga orang yang mangkal di depan masjid kampus dengan profesi yang berbeda. Satu tukang koran, satu tukang kunci dan satunya lagi tukang tambal ban. Ketiganya saya kenal baik Nah, kini tambah satu lagi warganya, si Fery itu.

Continue reading “Bekerja dengan cinta”

Design baru

Alahai, lamanye tak update blog ni. Banyak kali aku cuba menulis, tapi baru satu perkataan aku mula menulis, aku sudah kehabisan ayat untuk aku teruskan. Macam sekarang terasa berterabur ayat aku. Mungkin, sejak akhir-akhir ni aku jarang berbual dengan orang. :(

So, aku dah bosan dengan theme blog aku ni. Tapi nak buat design baru, huh, amat-amatlah malas. Nak start balik, dengan detail-detailnya. Malas gile. Tapi sedang aku surf-surf design untuk dapatkan idea untuk beberapa projek yang aku tgh uruskan sekarang, aku tersangkut kat theme Ambiru yang menarik perhatian aku.

Tapi, satu yang kurang menarik, theme Ambiru ni untuk satu kolum je. Sidebar die, die letak kat bawah. Aku nak sidebar letak kat sebelah. Erm, oleh kerana aku amat kemalasan untuk design yang baru, aku pun ubahsuai la sesimple-simple mungkin theme ni untuk letak sidebar die kat sebelah.

So, first sekali, aku kene lebarkan sikit width die untuk letak sidebar kat sebelah. Pastu, aku ubah header die. Then aku ubah kaler jadi warna biru, warna faveret aku. Pastu kene tambah page untuk bahagian archive. Aku letak category(tag) kat bawah tajuk… tada~ dah siap. So, inilah hasilnya, agak berbeza sungguh dengan theme asal.

Harap kawan-kawan yang salu lawat blog aku, suka. :)

Categories