Archive Page 3

Kehidupan seorang muslim

Mahukah kita hidup sebagai seorang muslim? Yang bebas dari segala maksiat yang kecil mahupun yang besar walaupun sebenarnya antara keduanya tiada bezanya. Yang bebas dari ambisi yang mendahulukan manfaat untuk diri sendiri. Yang bebas dari fikiran-fikiran kotor. Yang bebas dari tindakan-tindakan kotor. Yang bebas dari tabiat-tabiat kotor. Yang bebas dari amal-amal yang tidak bermanfaat. Yang bebas dari pengaruh-pengaruh selain dari Islam yang kotor. Yang bebas dari berhala-berhala, sembahan-sembahan lain selain dari Allah.

Kehidupan seorang muslim adalah kehidupan yang bersih, yang sihat, yang bermanfaat untuk orang lain, yang mengutamakan orang lain, yang bertindak hanya dalam lingkungan yang diizinkan Allah, yang tidak akan mahu untuk bertindak tanpa adanya perintah Allah, yang meniti dengan berhati-hati atas keredhaan Allah, yang tidak melakukan apapun selain hanya kerana Allah dan manfaat untuk agamaNya.

Kehidupan seorang muslim adalah kehidupan yang sentiasa dihiasi dengan senyuman-senyuman, yang sentiasa diindahkan dengan kasih sayang dan sangkaan-sangkaan yang baik, yang sentiasa hadir untuk memperbaiki dan diperbaiki,yang sentiasa memuliakan manusia-manusia lainnya, yang sentiasa memberikan layanan yang istimewa untuk hamba-hambaNya.

Kehidupan seorang muslim adalah kehidupan yang cita-citanya hanya untuk meraih kecintaan dan keredhaan Allah, yang tidak ada cita-cita dunia, yang setiap tenaganya untuk Islam, yang setiap nafasnya, masanya, fikirannya, hanya untuk kebaikan Islam. Yang sangat merindui mati, yang sangat mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, Allah. Yang tidak memandang langsung kesenangan dunia, yang tidak menginginkan langsung untuk hidup senang kerana khuatir akan jauh dari Allah, yang sentiasa bersiap sedia untuk mati kerana Allah, yang tidak pernah terbelenggu dengan istilah-istilah manusia, piawaian-piawaian manusia, pandangan-pandangan manusia selain dari pandangan Allah.

Kehidupan seorang muslim adalah kehidupan yang tidak pernah dihambat oleh kerisauan, yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah agar Allah menentukan yang terbaik untuknya, yang tidak pernah mendahului Allah dalam menentukan apa yang terbaik untuk dirinya, yang percaya sepenuhnya terhadap ketentuan Allah, yang tidak pernah peduli andai Allah menganugerahkan kesempitan hidup kepadanya, yang sentiasa berusaha untuk memberikan amal yang paling ehsan dalam setiap perkara.

Indahnya kehidupan seorang muslim. Bebas dari dunia yang terbatas, kesempitan jahiliyah dan hidup dalam keluasan Islam.

Kipas yang demam

Ni la kipas processor aku yang demam tuh. Nasib baik processor tak terbakar. Ingatkan mungkin sebab berhabuk sangat buatkan dia tak berpusing. So, aku bersihkan. Pasang balik, dah boleh pusing. Tapi tersekat lagi banyak dari berpusing. Haha. Macam teragak-agak je nak pusing.

Adeh, tak dapat nak figure out nape jadi camtu. Dan, dah amat lama tinggalkan dunia repair-repair PC ni, so agak malas nak perah otak cari penyelesaiannya. Tah-tah memang dah sampai masa nak rosak kot. Lagipun, dah pakai kipas ni dah lama sangat. PC aku pun dah lama sangat.

Bila kipas ni pusing cam nak taknak jer, processor jadi panas, dan PC aku off sendiri. So, tu yang tak dapat nak bukak PC aku tu. Nak carik kipas lain.. ade rasanya yang standardnye. Tak tengok lagik dalam stor. Tapi taktau la dapat handle kepanasan processor AMD ni ke tak.

Erm, nampaknya cam kene beli kipas baru. Ataupun ada cara lain? Mungkin?

Aku sudah pulang

      

Awal pagi semalam, aku sampai KL dari Kedah, naik bas. Turun kat pudu. Nik, Yan, Adul, Isa datang amek aku. Cermin mata lak rosak dari ari Ahad ari tuh, so, memang tak nampak ape-ape. Dok nampak lembaga-lembaga yang kabur je. :) Penat sangat rasanya. Jenuh berjalan-jalan dan bersuka-ria dengan kawan-kawan. Lagipun, rasanya dah agak lama dah aku tak gi jalan-jalan keluar dari KL nih. Last time, yang aku ingat, gi Kelantan 3-4 tahun lepas ngan Adli dan Jon. So, sepanjang minggu lepas, memang puas sangat walaupun beberapa hari je.

Memula gi Pulau Pangkor. Erm. Lama jugak tak pegi sana. Tengok pantai die pun dah lain sket. Mungkin sebab dah ramai orang kot. Rindu ar plak kat pantai die. Jejalan lepak-lepak kat pantai die sampai bosan. Men lari-lari. Men guling-guling. Huhu macam bebudak. Bila duduk tepi laut nih, terasa kerdil sangat, terasa langit tu luas sangat, dan terasa sangat Allah tu besar. Mungkin sebab laut dan langit terbentang seluas-luasnya di depan mata. Jadi, bandingkan diri sendiri dengan alam yang terbentang, kecik je manusia ni. Tapi, manusia ini jugaklah yang riak, sombong, takabur, lupa dan sebagainya.

Puas main-main kat Pulau Pangkor, gi umah kawan kat Pulau Pinang pulak. Saja je, member dah lama ajak. Minggu lepas, barulah ade peluang nak gi umah die. Kesian die. Lepak sana, die bawak jejalan pusing-pusing kat Pulau Pinang. Erm, lama jugak tak sampai sini. Seingat aku, last aku sampai Pulau Pinang, masa kawan aku kawin 5 tahun dulu. Pastu tak nah sampai sini dah. Dah lupa cemane rupenye Pulau Pinang nih.

Dari Pulau Pinang, berangkat ke umah kawan aku kat Kedah lak. Ade kenduri. Erm.. makan free, memang sedap. Haha. Tapi sampai kat umah die malam, kenduri dah abes. Nasib baik ade lauk lebih, kalau tak, wat jenuh je datang jauh-jauh. :) Kat Kedah ni, aku seronok tengok sawah die. Cam best je kaler die. Pastu, layan time senja. Langit cantik sangat. Seronok duduk kat tempat yang luas ni. Baru terasa kecik dengan Allah.. bila tengok langit terbentang luas. Kalau kat umah, tengok luar tingkap je, dah nampak bumbung rumah sebelah. Haha. :P

Dan sepanjang perjalanan, puas aku menangkap gambar. Sonok sangat sebab pakai memory card besar, dan bateri lak bawak banyak. Jadi, memang banyak sangatlah gambar-gambar yang aku rasa best, aku dah tangkap. Best jugak ek men tangkap-tangkap gambar ni. Ni sume terpengaruh dengan si Adul. :) Tapi rasanya masih tak sehebat die.

Seronok bila tengok balik benda-benda yang aku pernah tengok. Gambar-gambar yang lain tu, nanti aku pos sikit-sikit. Erm.. dah ngantuk la. Tido dulu. Calo.

Away

Away for 3 days.

Prison break, konspirasi

Kelmarin masa sarapan dengan member-member, dorang dok sembang pasal cerita ‘Prison Break’. Agak lama jugak tak layan cite tuh. Cite best gak. Penuh dengan kepeningan dan putar belit yang menarik. Tapi aku stop tengok cite tuh, bile dorang break kejap bulan 3 tahun lepas kalau tak salah. Pastu terus malas nak layan dah.

Cite tu, pasal konspirasi. Dalangnya orang-orang besar kat atas tu. Semua ada agenda dan kepentingan sendiri. Dan last-last yang jadi scapegoatnya, orang yang bawah-bawah ni. Yang takde kaitan, demi nak lindungi orang-orang besar kat atas. Erm, tipikal punyer cite.

Dan kalau tengok dunia sekarang pun, memang penuh dengan konspirasi. Semua nak jaga kepentingan masing-masing. Kat mana-mana pun ada. Jadi kena sabar dan teguh. Untuk tetap menjaga kepentingan Allah. Agar, mereka sama-sama menyertai.

Manusia munafik dan tidak beriman

Dan di antara manusia ada yang berkata, “Kami beriman kepada Allah dan hari akhir”, sedangkan sesungguhnya mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman. Mereka menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanyalah menipu diri sendiri tanpa mereka sedari. Dalam hati mereka ada penyakit[1], lalu Allah menambah penyakitnya itu; dan mereka mendapat azab yang pedih, kerana mereka berdusta. Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Janganlah berbuat kerosakan di bumi!”[2]. Mereka menjawab, “Sesungguhnya kami orang-orang yang melakukan perbaikan”. Ingatlah, sesungguhnya merekalah yang berbuat kerosakan, tetapi mereka tidak menyedari.

Al-Baqarah:8-12

Erm.. rasa-rasanya ayat ni kena kat batang hidung sape ek? :)

Footnotes:
  1. Penyakit hati misalnya ragu dan tidak yakin akan kebenaran, munafik dan tidak beriman
  2. Melanggar nilai-nilai yang ditetapkan agama akan mengakibatkan alam ini rosak bahkan hancur

Komputer ade problem

Aisey, komputer aku kipas tak jalan ar. So, takleh on. Kalau on, nanti die keluar bunyi neenoo.. neenoo.. bagitau yang kipas tak jalan. Nak cek, adeh, malas la plak. Dah boring nak cek-cek komputer ni. Tgk la, esok-esok ke. Minggu depan. Tahun depan ke betulkan komputer aku.

So, buat masa ni, online pakai laptop adik. Tak best sangat. Sebab dah biasa dengan komputer sendiri. Semua dah settting ikut yang biasa aku pakai. Lagipun agak leceh jugak. K. Calo.

Firefox, Opera & IE

Kebiasaan, aku buat design mesti pakai Firefox sebab tu primary browser aku. So, website ni punye design, aku design pakai Firefox la dulu. Wat sampai design siap semua. Semuanya display macam mana yang sepatutnya. Pastu, aku check pakai Opera. Dan, ade la sket-sket kene betulkan, kena define value untuk width dan height kat css file die. Dan check balik pakai Firefox. Ok, takde pape perubahan.

Pastu check kat IE. Aku pakai IE 6 jer, dan rasanya ramai yang pakai IE 6 lagi. Mak aii.. rosak design. Margin ngan Padding berterabur. So, demi untuk IE, kena betulkan balik value-value ‘margin’, ‘padding’, ‘width’, ‘height’ pakai css-hack yang IE je boleh kenal. Pusing sana, pusing sini, Dah ok. Lama jugak la. Check balik, ‘li’ die takleh hover. Check dalam internet, baru tau, IE tak support. So, cari la hack die dalam google. Betulkan ape yang patut, at last, semuanya ok. Cuma bahagian ‘Archives’ tu, dia display senget sket. Tapi dah malas dah. Banyak kerenah sangat.

Pastu, baru je tadi, check pakai IE 7 lak. Adeh… design ade rosak sket. Die tak display ‘margin’ dengan betul. Mungkin, IE 7 dah start ikut piawaian CSS kot. Tapi takpe la. Dah malas, ngade sangat. :)

So, website ni, strictly for Firefox only. Pakai Opera pun ok gak. Dan boleh gak pakai IE6 atau IE7. Cuma tak berapa lawa. Tu belum lagi tengok pakai Safari atau IE untuk Mac. Taktau la ok ke tak. Aku ade PC je.

Kenangan itu datang lagi

Ia datang lagi, di dalam mimpi-mimpi. Orang yang pernah menyakitkan hati, dan menggembirakan hati. Syaitan mengumpan, dengan dia yang telah memilih jalan yang lain. Membuat aku benci dan kembali ke jalan ini. Menemui Allah dalam kejadian baru. Aku bersyukur, menyesali dan teruji. Perteguhkanlah hatiku, agar aku dapat hidup seperti kata Umar:

“Tidak aku lalui setiap jalan kejahilan melainkan dengan keimanan”

Usah dipedulikan tentangnya, aku brekeputusan untuk terus di jalan ini dan bersama apa yang Allah janjikan.

Kenangan silam bertamu

Setiap orang ada memori. Apabila adanya memori, pasti adanya kenangan. Dan apabila adanya kenangan, pasti ada kenangan baik dan buruk. Kenangan baik selalunya terkait dengan tindakan dan peristiwa yang baik, iaitu pengabdian kepada Allah atau kenikmatan dari Allah. Dan kenangan buruk itu pastinya terkait dengan tindakan dan peristiwa yang buruk, iaitu kemaksiatan kepada Allah atau ujian-ujian Allah yang lainnya.

Dan manusia yang normal, pasti hanya mahu mengingati kenangan baik sebagai kenangan manis dan kenangan buruk itu sebagai pengajaran. Lalu kebanyakkan dari kita memilih untuk mengingati kenangan yang baik-baik sahaja dan menghindari untuk mengingati kenangan yang buruk.

Namun, tidak semudah itu untuk tidak mengingatinya. Terkadang, kenangan buruk itu datang mengacah-acah fikiran yang sedang tenang apabila peristiwa yang terkait dengannya terjadi di depan mata. Manusia yang telah memilih jalan yang benar, akan berusaha untuk mengabaikannya demi untuk sentiasa melangkah kehadapan. Tidak wajar untuk kita hidup dalam bayangan masa lepas. Tetapi, melaksanakan tidaklah semudah menyatakan.

Aku mengalaminya beberapa hari ini. Ya Allah, perteguhkanlah hatiku, untuk sentiasa beristiqamah.

Categories