Archive for the 'Pandangan' Category

Penggadaian agama dalam berkarya?

Baru-baru ni masa raya, aku sempat layan cite Remp-It dan Gubra. Pastu teringat lak cite Sepet, sebab rasanya Sepet tu ade kaitan dengan Gubra, sebab nama watak cam sama jek. Pastu teringat lak satu cerpen, aku tak ingat aku baca kat mana, tapi pastinya penulisnya seorang muslim. Cerpen tu pasal kisah rogol. Dan aku teringat jugak lagu-lagu sekarang ni yang banyaknya pasal cinta, termasuk jugak lagu nasyid. Yang mana, liriknya penuh dengan curahan-curahan hati. Adeh.

Dan apabila kita melihat kesemua karya tersebut dengan mengetepikan nilai agama Islam, sesungguhnya karya-karya tersebut adalah karya-karya terbaik. Filem-filem, dari segi mesej, lakonan, sudut kamera, suntingan, semuanya best-best. Serius, seronok tgk. Cerpen pula, bahasanya amat-amatlah best. Cara penyusunan ayat-ayatnya best. Dan lagu-lagu, dari segi arrangement, gubahan, melodi, bahasa lirik, semua amat memikat hati. Semuanya adalah karya-karya yang terbaik.

Continue reading “Penggadaian agama dalam berkarya?”

Orang yang menyakitkan hati

Hari ini, sepanjang hari menghabiskan masa bersama seseorang dan aku telah mengambil satu pelajaran yang amat berharga darinya.

Pernah tak korang rasa sakit hati dengan ’seseorang’ dan cerita kat orang lain ape yg ’seseorang’ tu dah buat pada korang sebagai luahan perasaan ketidakpuasan hati korang. Pastu, tanpa korang sedari, korang tercakap keburukan-keburukan orang tu.. cth cam, “eleh, die tu bukan bagus sangat, subuh lepas gak!” atau mungkin, “tiap-tiap ari nak moody jer, tah hape-hape! cam budak-budak!” dan sebagainya.

Tapi sebenarnya, macam mana kita bising-bising pun, bukannya selesaikan masalah pun. Macam mana kita dok sebut salah orang pun, bukan selesaikan masalah pun. Tu hanya sekadar melegakan hati kita waktu itu. Lepas sejam mungkin perasaan tu datang balik.

Tah, tadi, aku mempelajari dengan bercerita tentang keburukan orang, menyebut-nyebut ketidakpuasan hati kita pada orang, menyebut-nyebut salah yang ada pada orang dan sebagainya dapat membuatkan orang yang kita marahi itu melayani kita lebih baik. Atau mungkin orang tu belanja kita makan ke, mintak maaf kat kita ke, bawak kita melancong ke.

Jadi mungkin kat sini perlu ada pendekatan yang praktikal. Contohilah tindakan Rasulullah berhadapan dengan seorang wanita tua yang sentiasa menghinakan Rasulullah setiap kali Rasulullah lalu dihadapan rumahnya. Pastinya, itulah tindakan, reaksi, tindakbalas dan cara berinteraksi yang baik bila berhadapan dengan orang-orang yang menyakiti hati kita. Memang lambat sket, tapi amat praktikal dan berkesan.

Selamat Hari Jadi Yang Ke 24

Hoho, aku pun sebenarnya terlupa hari ni besday aku. Aku teringat pun bila adik aku, Aman wish hepi besday kat aku. Betul-betul tak teringat hari ni besday aku. Mekaseh Aman. :)

Apa pun, hari ni, aku dah berumur 24 tahun. Dah tak muda dah, dan dah tak tua lagi. Tanggungjawab semakin banyak, matlamat yang perlu dicapai semakin banyak, perkara yang perlu diselesaikan juga semakin banyak. Semakin kurang hari-hari kita kat dunia ni, semakin perlu berhati-hati dalam melangkah, semakin perlu mendekatkan diri, mengorbankan diri dan mengabdikan diri kepada Allah dan menghidupkan diri dalam kehidupan manusia yang asal dan sebenarnya.

Semakin berkurangnya hari-hari kita di dunia ini, menandakan perlu semakin bertambahlah juzuk bacaan al-quran seharian, ibadah sunat seharian, sedekah dan infaq seharian, bacaan zikir seharian, nilai pengorbanan seharian, jumlah rakaat solat malam kita dan sebagainya. Semakin bertambahnya umur, maka semakin bertambahlah segala-galanya.

Dan hari ini, aku gembira. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, takde la berapa gembira sangat sebab melihatkan banyak pembaikan yang perlu aku selesaikan. Walaupun sekarang masih di dalam kekurangan dan masih banyak kelemahan, aku rasa gembira, kerana aku, berumur 24 tahun, masih lagi diizinkan berada di atas jalan yang benar. InsyaAllah.

Wish aku agar insyaAllah semakin memanfaatkan umur 24 tahun ini. Ameen.

Siapa bersalah?

Dulu, selalu kawan-kawan cerita, bila menganjurkan kepada kakak-kakak mereka agar bertudung, jawapan yang mereka berikan pastinya, “Alaa, orang yg bertudung pun bukan baik sangat, berkepit sana, berkepit sini…” dan macam-macam la yang nak menunjukkan orang yang pakai tudung ni pun ada buat maksiat, ade yang mengandung la, apa la.. macam-macam jawapan.

Teringat kat salah satu ceramah seorang ustaz ni. Die bagi jawapan yang best sangat untuk kenyataan tu. Ustaz tu jawab:

“ Yang buat maksiat tu die, bukan tudung die!!! ”

Nilai wanita

Aku memandang, betapa tingginya darjat wanita yang telah Allah anugerahkan sehinggakan, untuk melihatnya apatah lagi auratnya, berinteraksi dengannya, malah untuk mendengar suaranya sahaja, seorang lelaki perlu membayar dengan menjaganya seumur hidup. Peh! Mahal dan tinggi gile darjat yang Allah letakkan untuk wanita. Kerana itu Allah memerintahkan wanita untuk berhijab.

Analoginya, bayangkan wanita tu seperti emas yang tersimpan kat bank. Punyalah berharga emas tu sampaikan tak semua orang boleh tengok, simpan pun dalam bilik tertutup yang dijaga rapi, malah hanya orang yang dibenarkan sahaja boleh menguruskan dan melihat emas tu. Takde pula, bank letak emas tu kat tempat terbuka, bagi orang lain tengok, semua orang boleh pegang tanpa ada kebenaran dari bank.

Begitu juga aurat dan maruah wanita, punyalah berharga sampai tak semua orang boleh tengok, malah tersimpan baik di sebalik hijab dan peribadinya, hanya orang yang dibenarkan sahaja boleh menguruskan dan melihatnya. Malah perlu mendapatkan kebenaran dari ibubapanya dan membayar dengan menjaganya seumur hidup.

Tapi hakikatnya sekarang…… dengan kapel, pergaulan laki pompuan… dengan cara pemakaian wanita sekarang yang ketinggalan zaman… dan yang masih lagi belum berhijab… hm…

Hanya pandangan aku sebagai seorang lelaki, mungkin wanita lebih memahaminya. Ini sekadar pandangan. :)

Manusia berjiwa besar

Rasanya dari kecik dok dengar istilah berjiwa besar. Macam-macam definisi berjiwa besar yang sampai ke pengetahuan kita. Ada yang memandang orang berjiwa besar tu adalah orang yang memberikan sumbangan besar kepada manusia lain, mungkin dalam bidang perubatan dan sebagainya. Ada yang memandang, orang yang berfikir untuk manusia sejagat. Ada yang memandang, orang yg berkorban untuk manusia sejagat. Dan banyak lagi definisi manusia tentang ciri orang yang berjiwa besar.

Dan apapun pandangan kita, lebih baik kita selarikan pandangan kita dengan pandangan Allah tentang ciri manusia yang berjiwa besar ni. Inilah ciri seorang berjiwa besar yang benar, dalam pandangan Allah.

Sungguh telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang yang beriman.

at-Taubah:128

Adakah ada ciri ini di dalam jiwa kita?

Jalan yang terang

Aku teringat pernah terbaca buku mengenai peribadi seorang muslim di rumah seorang sahabat yang amat aku cintai. Cantik sungguh cara penulis buku itu menggambarkan ciri jalan yang benar dan ciri peribadi muslim yang berada di atasnya. Walaupun tak berapa ingat sangat, tapi secara ringkasnya masih dapat aku sampaikan.

Bayangkan satu tempat yang amat gelap, yang mempunyai berjuta-juta jalan di mana setiap satunya sampai kepada destinasi-destinasi yang berlainan. Dan ada manusia-manusia yang sedang meniti jalan-jalan itu dan ada juga yang masih terkial-kial untuk menaiki jalan-jalan itu. Dan di dalam kegelapan yang amat sangat itu, terbentang satu jalan yang lurus dan luas, yang diterangi oleh cahaya sepanjang-panjang perjalanannya sehingga ke destinasi. Dan setiap manusia yang berada di atas jalan itu dengan penuh mesra mempelawa manusia-manusia lain untuk turut serta berjalan di atas jalan itu.

Continue reading “Jalan yang terang”

Pendorong

Cuba memandang dari sisi yang lain, tidak cukupkah kisah syurga dan neraka menjadi pendorong untuk melakukan pembaikan? Tidak cukupkah kisah tentang rahmat dan kasih sayang Allah menjadi pendorong untuk melakukan pembaikan? Tidak cukupkah kisah tentang kemurkaan Allah menjadi pendorong untuk melakukan pembaikan?

Tidak cukupkah sirah-sirah sahabat menjadi pendorong untuk melakukan pembaikan? Tidak cukupkah kisah penciptaan alam menjadi pendorong untuk melakukan pembaikan? Tidak cukupkah alam yang terbentang ini yang menunjukkan kekuasaan Allah mendorong untuk melakukan pembaikan? Tidak cukupkah sirah-sirah Rasulullah menjadi pendorong untuk melakukan pembaikan? Tidak cukupkah janji-janji Allah dan Rasul-Nya menjadi pendorong untuk melakukan pembaikan? Tidak cukupkah Allah dan Rasul-Nya menjadi pendorong untuk melakukan pembaikan?

Hati manusia lain-lain?

Setiap manusia adalah makhluk yang diciptakan. Sama seperti binatang, sama seperti tumbuhan, sama seperti alam semesta dan lain-lain ciptaanNya. Tetapi yang membuatkan manusia ini satu makhluk yang istimewa dan unik adalah hatinya. Kerana hatinya, manusia mampu membuat pilihan, satu keistimewaan yang tidak diberikan kepada makhluk lain.

Ada hati yang menghadapi dunia dengan kelembutan, dan ada yang menghadapi dengan hati yang keras. Ada yang perlu berkeras dengan hatinya untuk melakukan perubahan, dan ada juga yang perlu berlembut dengan hatinya untuk membuat perubahan. Ada yang terpaksa mengeraskan hati untuk berteguh hati, dan ada juga yang meneguhkan hati dengan berlembut dan berlapang dada. Ada juga yang bila berkeras hati utk berubah, menjadi semakin teruk dan bila diuruskan dengan lembut, perubahan itu lebih berkesan. Dan juga sebaliknya. Semuanya bergantung kepada apa yang telah diisikan ke dalam hatinya sepanjang manusia itu hidup.

Continue reading “Hati manusia lain-lain?”

Ramadhan yang ku kasihi

Senja

Maafkan aku wahai Ramadhan, ketika engkau datang bertamu aku tidak bersedia untuk menerima kunjunganmu. Ketika itu aku terlalu sibuk untuk memperbaiki diriku yang terlalu banyak untuk memperbaiki sehingga aku terlupa engkau sedang menunggu di hadapan pintu untukku sambut dan muliakanmu wahai tetamu. Maafkan aku kerana membiarkan engkau menunggu sedangkan jiran-jiran lain sibuk menjemputmu dan memuliakanmu dengan hidangan yang paling terbaik berupa puasa, tilawah, ibadah-ibadah sunat, solat-solat terawih, solat-solat malam dan amal kebajikan yang lain. Ada yang sehingga tidak mencukupi tidurnya hanya untuk memastikan engkau pulang dengan kepuasan dan buah-buah tangan yang akan dipersembahkan untuk Tuhanmu, Tuhan mereka dan Tuhanku.

Continue reading “Ramadhan yang ku kasihi”

You are currently browsing the nazrulamir.notes weblog archives for the 'Pandangan' category.