Archive for the 'Kehidupan' Category

Prison break, konspirasi

Kelmarin masa sarapan dengan member-member, dorang dok sembang pasal cerita ‘Prison Break’. Agak lama jugak tak layan cite tuh. Cite best gak. Penuh dengan kepeningan dan putar belit yang menarik. Tapi aku stop tengok cite tuh, bile dorang break kejap bulan 3 tahun lepas kalau tak salah. Pastu terus malas nak layan dah.

Cite tu, pasal konspirasi. Dalangnya orang-orang besar kat atas tu. Semua ada agenda dan kepentingan sendiri. Dan last-last yang jadi scapegoatnya, orang yang bawah-bawah ni. Yang takde kaitan, demi nak lindungi orang-orang besar kat atas. Erm, tipikal punyer cite.

Dan kalau tengok dunia sekarang pun, memang penuh dengan konspirasi. Semua nak jaga kepentingan masing-masing. Kat mana-mana pun ada. Jadi kena sabar dan teguh. Untuk tetap menjaga kepentingan Allah. Agar, mereka sama-sama menyertai.

Komputer ade problem

Aisey, komputer aku kipas tak jalan ar. So, takleh on. Kalau on, nanti die keluar bunyi neenoo.. neenoo.. bagitau yang kipas tak jalan. Nak cek, adeh, malas la plak. Dah boring nak cek-cek komputer ni. Tgk la, esok-esok ke. Minggu depan. Tahun depan ke betulkan komputer aku.

So, buat masa ni, online pakai laptop adik. Tak best sangat. Sebab dah biasa dengan komputer sendiri. Semua dah settting ikut yang biasa aku pakai. Lagipun agak leceh jugak. K. Calo.

Firefox, Opera & IE

Kebiasaan, aku buat design mesti pakai Firefox sebab tu primary browser aku. So, website ni punye design, aku design pakai Firefox la dulu. Wat sampai design siap semua. Semuanya display macam mana yang sepatutnya. Pastu, aku check pakai Opera. Dan, ade la sket-sket kene betulkan, kena define value untuk width dan height kat css file die. Dan check balik pakai Firefox. Ok, takde pape perubahan.

Pastu check kat IE. Aku pakai IE 6 jer, dan rasanya ramai yang pakai IE 6 lagi. Mak aii.. rosak design. Margin ngan Padding berterabur. So, demi untuk IE, kena betulkan balik value-value ‘margin’, ‘padding’, ‘width’, ‘height’ pakai css-hack yang IE je boleh kenal. Pusing sana, pusing sini, Dah ok. Lama jugak la. Check balik, ‘li’ die takleh hover. Check dalam internet, baru tau, IE tak support. So, cari la hack die dalam google. Betulkan ape yang patut, at last, semuanya ok. Cuma bahagian ‘Archives’ tu, dia display senget sket. Tapi dah malas dah. Banyak kerenah sangat.

Pastu, baru je tadi, check pakai IE 7 lak. Adeh… design ade rosak sket. Die tak display ‘margin’ dengan betul. Mungkin, IE 7 dah start ikut piawaian CSS kot. Tapi takpe la. Dah malas, ngade sangat. :)

So, website ni, strictly for Firefox only. Pakai Opera pun ok gak. Dan boleh gak pakai IE6 atau IE7. Cuma tak berapa lawa. Tu belum lagi tengok pakai Safari atau IE untuk Mac. Taktau la ok ke tak. Aku ade PC je.

Kenangan itu datang lagi

Ia datang lagi, di dalam mimpi-mimpi. Orang yang pernah menyakitkan hati, dan menggembirakan hati. Syaitan mengumpan, dengan dia yang telah memilih jalan yang lain. Membuat aku benci dan kembali ke jalan ini. Menemui Allah dalam kejadian baru. Aku bersyukur, menyesali dan teruji. Perteguhkanlah hatiku, agar aku dapat hidup seperti kata Umar:

“Tidak aku lalui setiap jalan kejahilan melainkan dengan keimanan”

Usah dipedulikan tentangnya, aku brekeputusan untuk terus di jalan ini dan bersama apa yang Allah janjikan.

Kenangan silam bertamu

Setiap orang ada memori. Apabila adanya memori, pasti adanya kenangan. Dan apabila adanya kenangan, pasti ada kenangan baik dan buruk. Kenangan baik selalunya terkait dengan tindakan dan peristiwa yang baik, iaitu pengabdian kepada Allah atau kenikmatan dari Allah. Dan kenangan buruk itu pastinya terkait dengan tindakan dan peristiwa yang buruk, iaitu kemaksiatan kepada Allah atau ujian-ujian Allah yang lainnya.

Dan manusia yang normal, pasti hanya mahu mengingati kenangan baik sebagai kenangan manis dan kenangan buruk itu sebagai pengajaran. Lalu kebanyakkan dari kita memilih untuk mengingati kenangan yang baik-baik sahaja dan menghindari untuk mengingati kenangan yang buruk.

Namun, tidak semudah itu untuk tidak mengingatinya. Terkadang, kenangan buruk itu datang mengacah-acah fikiran yang sedang tenang apabila peristiwa yang terkait dengannya terjadi di depan mata. Manusia yang telah memilih jalan yang benar, akan berusaha untuk mengabaikannya demi untuk sentiasa melangkah kehadapan. Tidak wajar untuk kita hidup dalam bayangan masa lepas. Tetapi, melaksanakan tidaklah semudah menyatakan.

Aku mengalaminya beberapa hari ini. Ya Allah, perteguhkanlah hatiku, untuk sentiasa beristiqamah.

Menciptakan kematian

Peringatan yang bagus untuk aku. Hasan al-Banna pernah menulis:

Para pendahulu kita ternyata sangat menguasai dengan baik bagaimana mendesign, menciptakan cara yang tepat untuk menjemput kematian yang Allah tetapkan ke atasnya. Sebahagian besar doa yang mereka panjatkan dalam sujud mereka, yang sekaligus sebagai cita-cita dan harapan tertinggi mereka, adalah mati syahid. Mereka pun memohon agar dijauhkan dari kematian sebagai orang yang lemah, penakut dan tanpa daya. Dengan semangat seperti itu, orang-orang yang telah mendahului kita sentiasa hidup dalam darjat yang mulia, sebagaimana harpaan mereka menjumpai kematian sebagai pahlawan di jalan Allah.

Namun, kita telah lupa design atau rancangan yang mereka buat selama ini kerana kita hanya menghabiskan sebahagian besar waktu kita untuk berleha-leha. Bahkan, kita tidak dapat membela diri kita sendiri, sehingga kita pun menjadi rebutan yang terbagi-bagi di antara bangsa-bangsa lain, Kita mensia-siakan warisan besar ini yang dahulu berhasil ditegakkan oleh para pendahulu kita dengan perjuangan, pembelaan, jihad dan kerelaan mengorbankan harta, jiwa dan raga untuk Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Nyawa dihujung waktu

Bila cerita tentang demam, aku teringat masa Ramadhan baru-baru ni, aku kene demam teruk. Hari yang kedua aku demam, aku pitam masa nak ke tandas. Sedar-sedar je aku dah terbaring atas lantai dan kepala ngan bahu aku sakit terhentak kat lantai. Dan esoknya satu hari aku terbaring, tak larat nak bergerak. Baring sampai lebam, sampai aku sendiri bosan gile. Tu baru sehari.

Kebosanan tu buat aku teringat pada arwah opah aku sebelum die meninggal. Dalam beberapa bulan terakhir dia, dia terlantar kat atas katil sepanjang masa. Bila penat baring, die duduk kejap sampai penat duduk, pastu baring balik sampai penat. Tu pun dengan susah payah die bergerak. Kadang-kadang die buat sendiri, kadang-kadang orang lain tolong.

Selama beberapa bulan die macam tu, aku yang baru sehari terbaring sepanjang hari, dah rasa bosan sangat, otak dah jadi kematu sangat, tak tahan sangat. Dah bajet, kalau dapat sihat sikit je, memang nak buat sesuatu. Tapi opah aku, selama beberapa bulan, terbaring di atas katil. Aku rasa aku dapat memahami perasaannya. Dan kebetulan, masa aku demam tu, baru seminggu opah aku meninggal.

Masa tu aku terfikir. Bagaimana kalau akhir hayat aku dihabiskan di atas katil tanpa mampu berbuat apa-apa. Malah amalan pun kurang. Hutang dengan Allah masih banyak. Sepatutnya saat itu kita semakin memperbanyakkan amal untuk bertemu Allah. Terasa, satu pembaziran yang besar jika kita membiarkan walau sesaat berlalu tanpa kita isikan dengan pengabdian pada Allah.

Aku demam lagik

Start dari ari Isnin, aku dah rasa sakit tekak dah. Dan aku tau sangat, kalau aku nak start demam, mesti intro die sakit tekak yang amat sangat, cam tekak luka. Pastu hari Selasa, gi bawak nenek aku ke hospital, wat medical check-up, pastu hantar die ke rumah mak sedara aku kat Cheras. Balik tu, dah mula rasa nak demam. Sampai umah je terus flat. Ari Rabu lak, ingatkan nak rehat, tapi kene amek keta mak aku lak kat Petaling Jaya, huh dengan sesaknya, ulang alik Melawati-PJ 2 kali. Malam tu lagi ar flat. Tengok 2 hari tak larat, tapi sesah gak, semalam aku kensel sume program aku, tido sepanjang hari. Tido sampai penin kepala. Haha. Tapi dah ok sket dah. Dah tak berapa panas, tak berapa pening.

Dan terima kasih kepada seorang sahabat yang belikan aku ‘air oren yang sangat-sangat pahit’ tadi bila die tau aku demam. Uhibbuka fillah. :)

Penggadaian agama dalam berkarya?

Baru-baru ni masa raya, aku sempat layan cite Remp-It dan Gubra. Pastu teringat lak cite Sepet, sebab rasanya Sepet tu ade kaitan dengan Gubra, sebab nama watak cam sama jek. Pastu teringat lak satu cerpen, aku tak ingat aku baca kat mana, tapi pastinya penulisnya seorang muslim. Cerpen tu pasal kisah rogol. Dan aku teringat jugak lagu-lagu sekarang ni yang banyaknya pasal cinta, termasuk jugak lagu nasyid. Yang mana, liriknya penuh dengan curahan-curahan hati. Adeh.

Dan apabila kita melihat kesemua karya tersebut dengan mengetepikan nilai agama Islam, sesungguhnya karya-karya tersebut adalah karya-karya terbaik. Filem-filem, dari segi mesej, lakonan, sudut kamera, suntingan, semuanya best-best. Serius, seronok tgk. Cerpen pula, bahasanya amat-amatlah best. Cara penyusunan ayat-ayatnya best. Dan lagu-lagu, dari segi arrangement, gubahan, melodi, bahasa lirik, semua amat memikat hati. Semuanya adalah karya-karya yang terbaik.

Continue reading “Penggadaian agama dalam berkarya?”

Orang yang menyakitkan hati

Hari ini, sepanjang hari menghabiskan masa bersama seseorang dan aku telah mengambil satu pelajaran yang amat berharga darinya.

Pernah tak korang rasa sakit hati dengan ’seseorang’ dan cerita kat orang lain ape yg ’seseorang’ tu dah buat pada korang sebagai luahan perasaan ketidakpuasan hati korang. Pastu, tanpa korang sedari, korang tercakap keburukan-keburukan orang tu.. cth cam, “eleh, die tu bukan bagus sangat, subuh lepas gak!” atau mungkin, “tiap-tiap ari nak moody jer, tah hape-hape! cam budak-budak!” dan sebagainya.

Tapi sebenarnya, macam mana kita bising-bising pun, bukannya selesaikan masalah pun. Macam mana kita dok sebut salah orang pun, bukan selesaikan masalah pun. Tu hanya sekadar melegakan hati kita waktu itu. Lepas sejam mungkin perasaan tu datang balik.

Tah, tadi, aku mempelajari dengan bercerita tentang keburukan orang, menyebut-nyebut ketidakpuasan hati kita pada orang, menyebut-nyebut salah yang ada pada orang dan sebagainya dapat membuatkan orang yang kita marahi itu melayani kita lebih baik. Atau mungkin orang tu belanja kita makan ke, mintak maaf kat kita ke, bawak kita melancong ke.

Jadi mungkin kat sini perlu ada pendekatan yang praktikal. Contohilah tindakan Rasulullah berhadapan dengan seorang wanita tua yang sentiasa menghinakan Rasulullah setiap kali Rasulullah lalu dihadapan rumahnya. Pastinya, itulah tindakan, reaksi, tindakbalas dan cara berinteraksi yang baik bila berhadapan dengan orang-orang yang menyakiti hati kita. Memang lambat sket, tapi amat praktikal dan berkesan.

You are currently browsing the nazrulamir.notes weblog archives for the 'Kehidupan' category.