Archive for the 'Kehidupan' Category

Inilah aku, lantas siapa kamu?

Aku adalah pengembara yang mencari hakikat, manusia yang mencari makna kemanusiaan di tengah masyarakat dan warga negara yang menginginkan agar umatnya mendapat kemuliaan, kemerdekaan, kestabilan dan kehidupan yang baik dalam naungan Islam yang hanif. Aku adalah lelaki yang bebas yang telah mengetahui rahsia keberadaannya, kemudian berseru, “sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam yang tiada sekutu bagi-Nya. Dengan itulah aku diperintah dan aku termasuk orang-orang yang berserah diri”.

Inilah aku, lantas siapa kamu?

Mencari Kehidupan

Mencari kehidupan tidak semudah orang lain apabila ada tanggungjawab-tanggungjawab yang perlu dipikul dan matlamat-matlamat yang perlu dicapai. Apatah lagi melihatkan, ramai yang sibuk menghabiskan masa untuk mencari kehidupan dan tersalah memandang tujuan hidup hanya sekadar untuk itu. Dan kerana itu, aku menjadi takut, teramat takut, kerana khuatir akan turut menyertai mereka-mereka yang berusaha, menghabiskan masa untuk satu bahagian dari Islam. Sedangkan banyak bahagian-bahagian lain yang perlu dipenuhi malah ada bahagian yang lebih utama untuk dipenuhi.

Tapi, benci macam mana pun, mencari kehidupan juga adalah satu dari berbagai tanggungjawab yang perlu dipenuhi, dan bahagian yang satu inilah adalah salah satu jalan yang akan membawa kepada jalan selain jalan yang sepatutnya kita lalui.

Hm.. sekadar luahan.

Perkenalkan, Kami Adalah Muslim!

Oleh: Akmal
Sumber: http://akmal.multiply.com/journal/item/399

Assalaamu’alaikum wr. wb.

Perkenalkan. Kami ini Muslim.

Islam adalah nama agama kami. Artinya adalah “selamat” atau “tunduk patuh.” Kami telah bersaksi bahwa tidak ada ilah selain Allah semata. Anda tidak tahu ilah? Ilah adalah sesuatu yang diharapkan, ditakuti, dicintai, dan dipatuhi oleh manusia. Itulah pernyataan loyalitas yang kami ulang sedikitnya sembilan kali dalam sehari semalam.

Kami adalah manusia yang merdeka. Merdeka dari desakan hawa nafsu. Tidak mudah, tapi kami selalu berusaha untuk tetap loyal pada satu-satunya ilah kami. Kami bukan termasuk orang-orang yang tunduk pada keinginannya pribadi. Kami juga tidak tunduk pada godaan kesenangan badani belaka. Kami merdeka karena tunduk pada Allah semata.

Bagi kami, tidak ada yang absolut kecuali Allah. Kami tidak mengutak-atik Kitab Suci kami, bahkan tidak berani sekedar untuk menambah satu kata atau huruf baru ke dalamnya. Kami tidak berani untuk berpikir bahwa kami lebih tahu urusan kami sendiri. Ada Yang Maha Tahu yang akan menyelesaikan segala urusan kami. Kami berani di hadapan manusia dan takut di hadapan Allah, lantang di hadapan diktator dan menyerah tanpa syarat di hadapan Allah. Jangan bingung. Ini hanya masalah menempatkan diri pada kedudukannya yang benar.

Kami ini Muslim. Continue reading “Perkenalkan, Kami Adalah Muslim!”

Selamat Tahun Baru 2007

Erm.. bulan sebelas tahun 2006 menyaksikan aku terlalu rajin menulis sesuatu di blog aku. Dan bulan dua belas 2006 pula menyaksikan aku terlalu malas untuk menulis sesuatu di blog aku. Sedar-sedar, ari ini, adalah hari kedua aku dalam tahun 2007.

Erm, ada apa dengna tahun baru ini. Aku rasa sama je macam tahun-tahun lain, tak lain tak bukan, hanya satu transisi hari-hari yang perlu dilalui. Hari-hari yang perlu aku lalui dengan baik, dan aku tahu, aku mampu melaluinya lebih baik dari ini.

Dan penggal ini, bakal menyaksikan aku terus berusaha untuk menjadi yang lebih baik untuk TuhanNya. Lalu berjaya menyelesaikan beberapa urusan yang perlu aku selesaikannya dengan hanya izin dari Allah. Urusan-urusan yang tertangguh sekian lama. Dan peranan sebagai yang dididik dan yang mendidik dapat dipenuhi dengan hampir sempurna. Dan kualiti pengorbanan menjadi semakin baik untuk dihadiahkan kepada TuhanNya. InsyaAllah. Andai usaha-usaha yang sedang dilakukan ini, diperkenankan Allah untuk dituai hasilnya, maka kejayaanlah yang aku akan miliki. Jika tidak, tak kisahlah.. papela.. tadahal. Haha.

OKeh, calo dulu. Assalamualaikum.

Selamat Tahun Baru 2007.

Bisikan-bisikan

Dan jika syaitan datang menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah.[1] Sungguh, Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayang-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya).

Al-A’raaf: 200-201

Katakanlah, “Aku berlindung kepada Tuhannya manusia, Raja manusia, Sembahan manusia dari kejahatan (bisikan) syaitan yang bersembunyi, yang membisakan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari (golongan) jin dan manusia.”

An-nas:1-6

Footnotes:
  1. Membaca A’uuzu billaahi minasy-syaitaanir-rajiim

Cerita hati

Aku mahu bercerita tentang hati. Tetapi tiada kata yang dapat ditulis. Tiada ayat yang dapat disusun. Hanya yang ada cumalah rasa yang aku rasai. Hati itulah punca kekuatan muslim. Hati itulah titik tolaknya pembenaran itikadnya melalui amal perbuatan. Hati itulah yang perlu dijaga. Hati itulah yang perlu diberi makanan. Hati itulah yang perlu dibasahi. Kerana hati itulah yang selalu bergoncang untuk memilih antara dua jalan yang telah diilhamkan. Dan hati itulah yang perlu ditundukkan agar sentiasa kekal di dalam keadaan fitrahnya.

Apabila hati telah terasa ancaman antara kemaksiatan dan ketaatan, perlu segera dibasahkan dengan zikrullah. Di dalam hati jugalah mulanya sangkaan-sangkaan yang dapat mengantarkan empunya diri ke neraka. Andai hanya ingin dicintai oleh Allah, maka luruskanlah niat, luruskanlah hati. Agar sentiasa ikhlas hidup semata-mata kerana Allah. Semoga hati itu sentiasa kuat untuk melawan bisikan-bisikan syaitan yang hanya menginginkan maksiat dari ketaatan.

Kehidupan seorang muslim

Mahukah kita hidup sebagai seorang muslim? Yang bebas dari segala maksiat yang kecil mahupun yang besar walaupun sebenarnya antara keduanya tiada bezanya. Yang bebas dari ambisi yang mendahulukan manfaat untuk diri sendiri. Yang bebas dari fikiran-fikiran kotor. Yang bebas dari tindakan-tindakan kotor. Yang bebas dari tabiat-tabiat kotor. Yang bebas dari amal-amal yang tidak bermanfaat. Yang bebas dari pengaruh-pengaruh selain dari Islam yang kotor. Yang bebas dari berhala-berhala, sembahan-sembahan lain selain dari Allah.

Kehidupan seorang muslim adalah kehidupan yang bersih, yang sihat, yang bermanfaat untuk orang lain, yang mengutamakan orang lain, yang bertindak hanya dalam lingkungan yang diizinkan Allah, yang tidak akan mahu untuk bertindak tanpa adanya perintah Allah, yang meniti dengan berhati-hati atas keredhaan Allah, yang tidak melakukan apapun selain hanya kerana Allah dan manfaat untuk agamaNya.

Kehidupan seorang muslim adalah kehidupan yang sentiasa dihiasi dengan senyuman-senyuman, yang sentiasa diindahkan dengan kasih sayang dan sangkaan-sangkaan yang baik, yang sentiasa hadir untuk memperbaiki dan diperbaiki,yang sentiasa memuliakan manusia-manusia lainnya, yang sentiasa memberikan layanan yang istimewa untuk hamba-hambaNya.

Kehidupan seorang muslim adalah kehidupan yang cita-citanya hanya untuk meraih kecintaan dan keredhaan Allah, yang tidak ada cita-cita dunia, yang setiap tenaganya untuk Islam, yang setiap nafasnya, masanya, fikirannya, hanya untuk kebaikan Islam. Yang sangat merindui mati, yang sangat mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, Allah. Yang tidak memandang langsung kesenangan dunia, yang tidak menginginkan langsung untuk hidup senang kerana khuatir akan jauh dari Allah, yang sentiasa bersiap sedia untuk mati kerana Allah, yang tidak pernah terbelenggu dengan istilah-istilah manusia, piawaian-piawaian manusia, pandangan-pandangan manusia selain dari pandangan Allah.

Kehidupan seorang muslim adalah kehidupan yang tidak pernah dihambat oleh kerisauan, yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah agar Allah menentukan yang terbaik untuknya, yang tidak pernah mendahului Allah dalam menentukan apa yang terbaik untuk dirinya, yang percaya sepenuhnya terhadap ketentuan Allah, yang tidak pernah peduli andai Allah menganugerahkan kesempitan hidup kepadanya, yang sentiasa berusaha untuk memberikan amal yang paling ehsan dalam setiap perkara.

Indahnya kehidupan seorang muslim. Bebas dari dunia yang terbatas, kesempitan jahiliyah dan hidup dalam keluasan Islam.

Kipas yang demam

Ni la kipas processor aku yang demam tuh. Nasib baik processor tak terbakar. Ingatkan mungkin sebab berhabuk sangat buatkan dia tak berpusing. So, aku bersihkan. Pasang balik, dah boleh pusing. Tapi tersekat lagi banyak dari berpusing. Haha. Macam teragak-agak je nak pusing.

Adeh, tak dapat nak figure out nape jadi camtu. Dan, dah amat lama tinggalkan dunia repair-repair PC ni, so agak malas nak perah otak cari penyelesaiannya. Tah-tah memang dah sampai masa nak rosak kot. Lagipun, dah pakai kipas ni dah lama sangat. PC aku pun dah lama sangat.

Bila kipas ni pusing cam nak taknak jer, processor jadi panas, dan PC aku off sendiri. So, tu yang tak dapat nak bukak PC aku tu. Nak carik kipas lain.. ade rasanya yang standardnye. Tak tengok lagik dalam stor. Tapi taktau la dapat handle kepanasan processor AMD ni ke tak.

Erm, nampaknya cam kene beli kipas baru. Ataupun ada cara lain? Mungkin?

Aku sudah pulang

      

Awal pagi semalam, aku sampai KL dari Kedah, naik bas. Turun kat pudu. Nik, Yan, Adul, Isa datang amek aku. Cermin mata lak rosak dari ari Ahad ari tuh, so, memang tak nampak ape-ape. Dok nampak lembaga-lembaga yang kabur je. :) Penat sangat rasanya. Jenuh berjalan-jalan dan bersuka-ria dengan kawan-kawan. Lagipun, rasanya dah agak lama dah aku tak gi jalan-jalan keluar dari KL nih. Last time, yang aku ingat, gi Kelantan 3-4 tahun lepas ngan Adli dan Jon. So, sepanjang minggu lepas, memang puas sangat walaupun beberapa hari je.

Memula gi Pulau Pangkor. Erm. Lama jugak tak pegi sana. Tengok pantai die pun dah lain sket. Mungkin sebab dah ramai orang kot. Rindu ar plak kat pantai die. Jejalan lepak-lepak kat pantai die sampai bosan. Men lari-lari. Men guling-guling. Huhu macam bebudak. Bila duduk tepi laut nih, terasa kerdil sangat, terasa langit tu luas sangat, dan terasa sangat Allah tu besar. Mungkin sebab laut dan langit terbentang seluas-luasnya di depan mata. Jadi, bandingkan diri sendiri dengan alam yang terbentang, kecik je manusia ni. Tapi, manusia ini jugaklah yang riak, sombong, takabur, lupa dan sebagainya.

Puas main-main kat Pulau Pangkor, gi umah kawan kat Pulau Pinang pulak. Saja je, member dah lama ajak. Minggu lepas, barulah ade peluang nak gi umah die. Kesian die. Lepak sana, die bawak jejalan pusing-pusing kat Pulau Pinang. Erm, lama jugak tak sampai sini. Seingat aku, last aku sampai Pulau Pinang, masa kawan aku kawin 5 tahun dulu. Pastu tak nah sampai sini dah. Dah lupa cemane rupenye Pulau Pinang nih.

Dari Pulau Pinang, berangkat ke umah kawan aku kat Kedah lak. Ade kenduri. Erm.. makan free, memang sedap. Haha. Tapi sampai kat umah die malam, kenduri dah abes. Nasib baik ade lauk lebih, kalau tak, wat jenuh je datang jauh-jauh. :) Kat Kedah ni, aku seronok tengok sawah die. Cam best je kaler die. Pastu, layan time senja. Langit cantik sangat. Seronok duduk kat tempat yang luas ni. Baru terasa kecik dengan Allah.. bila tengok langit terbentang luas. Kalau kat umah, tengok luar tingkap je, dah nampak bumbung rumah sebelah. Haha. :P

Dan sepanjang perjalanan, puas aku menangkap gambar. Sonok sangat sebab pakai memory card besar, dan bateri lak bawak banyak. Jadi, memang banyak sangatlah gambar-gambar yang aku rasa best, aku dah tangkap. Best jugak ek men tangkap-tangkap gambar ni. Ni sume terpengaruh dengan si Adul. :) Tapi rasanya masih tak sehebat die.

Seronok bila tengok balik benda-benda yang aku pernah tengok. Gambar-gambar yang lain tu, nanti aku pos sikit-sikit. Erm.. dah ngantuk la. Tido dulu. Calo.

Away

Away for 3 days.

You are currently browsing the nazrulamir.notes weblog archives for the 'Kehidupan' category.