Archive for the 'Kehidupan' Category

Sebuah pernikahan


28 Zulkaedah 1428
Nazrul Amir & Nor Shuhada

Alhamdulillah, pada bulan Disember yang lalu, telah terikat suatu perjanjian di antara dua manusia untuk bersama-sama berusaha menjadi hamba-Nya yang paling baik. Doakan kami bahagia dunia dan akhirat.

Terima kasih kepada ahli keluarga kami yang berusaha menyatukan kami. Abang dan kakak kami yang bertanggungjawab mempertemukan kami. Kawan-kawan kami yang banyak membantu memudahkan urusan kami. Sesungguhnya, benar, kita semua adalah satu keluarga. Diri ini amat terhutang budi dengan bantuan sekalian semua.

Dan di hari-hari yang telah berlalu, mereka tetap dengan penuh kasih sayang membantu dan menjaga kami dalam mengharungi kehidupan yang amat baru ini. Dan insyaAllah, hujung tahun ini, kami akan menerima kehadiran orang baru dalam hidup kami. :P Moga kami terus tetap hidup dan mati di atas jalan ini lalu bertemu dengan mereka semua di syurga nanti. InsyaAllah.

Sebuah pandangan terhadap pernikahan. Aku melihat, kebahagiaan itu bukan kerana perasaan kasih sayang antara suami isteri, tetapi kebahagiaan itu adalah kerana, kasih sayang Allah terhadap pasangan suami isteri itu, lalu Allah memelihara mereka, menyuburkan perasaan cinta antara mereka, mengeratkan kasih sayang antara mereka.

Sungguh, berkenalan selepas nikah itulah yang baik dan terbaik.

Pernikahan itu adalah sesuatu yang suci, wajarkah kita memulakan perkenalan itu dengan sesuatu yang tidak halal?

Maaf wahai sahabat

Tahun lalu kau datang menziarahiku, aku menyambutmu dengan senyuman, dengan pakaian yang terindah yang aku miliki. Kau berkunjung ke rumahku, lalu aku melayanimu semampuku. Kita bercanda setiap malam dengan penuh perasaan rindu kerna sudah lama tidak ketemu. Sepanjang sebulan kau bertamu di rumahku, banyak yang kita menghabiskan masa bersama. Engkau menginginkan aku membaca kisah yang paling engkau cintai, lalu aku membacanya. Engkau menginginkan aku melakukan apa yang kau sukai, lalu aku melakukannya. Dan kita semakin mesra melepaskan kerinduan setahun berpisah. Saat aku merasa lemah, kau disisi menenangkanku, memimpin tanganku untuk terus tabah. Lalu saat engkau berangkat pergi, kau tersenyum dan menyimpan harapan untuk bertemu lagi denganmu di tahun berikutnya.

Setahun sudah berlalu…

Maafkan aku wahai sahabat, kali ini aku tidak menyambutmu seperti dulu ketika kau datang mengetuk pintu rumahku. Namun kau masih bersabar, kerana kau tahu aku memang sedang mengharapkan kedatangan kau. Lalu kau masuk ke dalam, bertanya akan khabarku. Aku tertunduk diam, dengan pakaian yang hampir lusuh. Duduk di sudut rumahku yang gelap. Kau menarik tanganku ke dalam cahaya, dengan lemah aku menuruti. Masih tertunduk, masih membisu.

Telah beberapa hari kau bertamu dirumahku. Tidak semesra dulu. Kita tidak berbual rancak seperti dulu. Kau masih terus di sisiku, ketika aku sibuk dengan urusanku, menemani aku walaupun aku seolah-olah tidak merasakan kehadiranmu. Namun, dengan kelelahan, aku masih lagi membacakan kisah yang paling engkau cintai, dan melakukan apa yang engkau cintai. Kerna aku mencintaimu, rindu kepadamu. Cuma sekarang aku lelah, dengan apa yang perlu aku uruskan, aku rimas dengan apa yang perlu aku selesaikan. Aku memang, tak pernah pandai menguruskan banyak perkara dalam satu masa. Benar-benar rimas.

Aku merindui saat kau bertamu di rumahku tahun lalu. Tiada kesibukan yang perlu aku hadapi. Setiap hari hanya bergelumang dengan perkara yang kau wasiatkan untuk aku teruskan sepanjang ketiadaanmu. Bebas rasanya. Gembira rasanya. Bahagia rasanya.

Maafkan aku sahabat. Aku sedang belajar untuk menjadi satu susuk yang engkau cintai. Aku sedang belajar untuk hidup sebagai seorang manusia… dan juga hamba… dengan bahagian-bahagian yang perlu aku uruskan.

Kerana ada manusia yang hanya memenuhi bahagian kerjanya sahaja, ada yang memenuhi bahagian ibadah sunatnya sahaja, ada yang memnuhi bahagian keluarganya sahaja, ada yang memenuhi bahagian belajarnya sahaja, ada yang memenuhi bahagian masyarakatnya sahaja.

Tetapi aku ingat akan pesanmu, hidup ini ada banyak bahagian. Ada bahagian kita sebagai pekerja, ada bahagian kita sebagai pelajar, ada bahagian kita sebagai anak, sebagai kawan, sebagai abang, sebagai hamba, sebagai ahli masyarakat, sebagai suami, sebagai bapa, sebagai ketua masyarakat, sebagai bos, dan berbagai-bagai bahagian yang lainnya. Kesemuanya perlu kita penuhi sama-rata. Tidak boleh memberatkan sebahagian dan mengurangkan sebahagian. Kerna kesemua bahagian itu adalah ibadah. Aku ingat pesanmu.

Maafkan aku sahabat, aku sedang belajar menguruskan banyak perkara dalam satu masa. Kata orang, multitasking. Mungkin memakan masa untuk aku membiasakan diri. Aku harap kau terus bersama denganku, temani aku, aku sedaya upaya memberikan layanan yang aku mampu.

Maafkan aku sahabat.

*Satu kisah separa khayalan untuk sahabat-sahabat yang lainnya.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN. MOGA KITA MENJADI SEMAKIN BAIK DARI SEBELUMNYA. AMEEN.

Hati yang rapuh

Hati yang rapuh? Macam tak sesuai je tajuk. Mungkin lebih sesuai letak ‘hati yang mudah berubah’, tapi bunyi tajuk ni cam sedap sket. :)

Rupa-rupanya, hati ini terlalu rapuh. Begitu mudah berkecai, begitu mudah hancur, begitu mudah rosak, begitu mudah berubah-ubah, begitu mudah berbolak balik. Tiada siapa dapat menjamin, saat ini hatinya begitu merindui Allah, tetapi saat berikutnya hatinya sudah terleka dengan perkara lain. Tiada siapa dapat menjamin, saat ini hatinya tunduk pada Allah, saat berikutnya ia engkar kepada Allah.

Jadi adakah hati itu boleh menjadi kuat? Bolehkah hati itu diperkuatkan? Aku melihat bahawa hati itu akan sentiasa rapuh, akan sentiasa menjadi sesuatu yang mudah berubah. Dan aku melihat hati itu tidak boleh diperkuatkan. Sifatnya memang seperti itu, berbolak-balik. Jadi bagaimana?

Hati itu hanya menjadi terfokus dan tetap kerana Allah-lah yang sentiasa memelihara, menjaga, monitor, memantau dan meluruskan hati itu. Jadi, tanpa amal-amal wajib dan amal-amal sunnah yang berterusan dan konsisten, maka terputuslah bantuan dari Allah untuk penjagaan hati itu kerana Allah-lah yang memegang hati-hati manusia ini.

Jadi, saat kita terlalai itulah, hati terlepas dari penjagaan Allah lalu ia menjadi tidak tenang dan tidak stabil. Wallahu’alam. Peringatan untuk diri sendiri.

My Opis


Ni tempat aku bekerja. Sebelum, susun balik kasi lagi kemas. Belah kanan tu meja aku.


Ni lak, pas kitorang dah kemas. Adalah ruang sendiri sket. Hehe.

My MacBook

Selama beberapa bulan aku menimbang-nimbang nak beli laptop ape, akhirnya aku pilih untuk beli MacBook. Huh, adakah aku terpengaruh dengan iklan-iklan kat website Apple tuh? Mustahil, kerana iklan-iklan tu sememangnya pada aku indah kabar dari rupe. :)

So, ni dah masuk bulan kedua aku pakai MacBook ni. Erm, sebelum ni aku lah antara yang paling tak berapa suka produk-produk Apple ni. Mungkin sebab semua yang aku jumpa, semua fanatik Apple. Taknak langsung cerita tentang kelemahan-kelemahan Apple seolah-olah produk Apple yang paling terbaik. Kan mustahil sesuatu benda takde kelemahan.

Memandangkan kat opis aku fully pakai produk Apple. Dari MacBook, MacBook Pro, Mac Pro, iMac, G4, aku pun turut terpengaruh beli. Bajetnya sebab nak pakai Final Cut Pro la. Then spec paling minimum nak edit video untuk PC lagi mahal dari MacBook walaupun specnya sama.

Hari pertama aku beli dan pakai, dah ‘hang’ dua kali. Dedua masa nak pindah file. Dari PC aku ke MacBook ni. Dan beberapa hari kemudian, diikuti dengan beberapa siri ‘hang’. Dan yang paling aku gembira sekali, hari tu, MacBook ni ‘hang’ keluar instruction suh aku restart. Lawa jugak design alert die.

Tapi aku search kat Google, banyak lagi kerosakan-kerosakan lain yang teruk jadi kat MacBook. Hm.. nak kena try satu-satu ni. Ade yang skrin biru, tetiba shutdown, takleh nak on dan macam-macam lagi. Dan kalau cari betul2, ramai jugak yang convert dari Mac ke PC. Cuma takde satu website khusus kot yang kumpul cerita-cerita dorang.

Plus, minggu kedua, aku punye iSight cam dah terkopak sket dan minggu ke empat, MacBook aku dah calar-balar. Baca manual die lagi la, takleh tu, takleh ni. Huh, manja gile. Kene layan die macam raja plak. Keh! Keh!

Tapi sebenarnya aku beli sebab sepanjang pakai kat opis, walaupun banyak kali hang, banyak kali program crash tiba-tiba. Tp, memang rasa, Mac OS X ni, mmg lagi stable dari Windows. Cuma rasa tak adil bila ramai fanatik Apple kutuk-kutuk Windows dan memuja Apple. Dedua ade kelebihan, dedua ada kelemahan, sama pandai, sama tak pandai, cuma pakai mana satu ikut keperluan. Sekian.

Larangan berbuat zalim

Baca, hadis yang best dari ambil dari Hadis Arbain, hadis yang ke 24.

Abu Dzar al-Ghifari r.a. menerangkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda tentang apa yang beliau riwayatkan dari Rabb-nya, ‘Azza wa Jalla, sesungguhnya Dia berfirman:

“Wahai hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman kepada diri-Ku dan Aku menjadikan kezaliman itu haram di antara kamu. Oleh kerana itu, janganlah kamu saling menzalimi.”

“Wahai hamba-Ku, kamu semua tersesat, kecuali yang Ku-beri petunjuk. Oleh kerana itu, mintalah petunjuk kepada-Ku, nescaya Aku memberikannya kepadamu.”

“Wahai hamba-Ku, kamu semua lapar, kecuali yang Ku-beri makan. Oleh kerana itu, mintalah makan kepada-Ku, nescaya Aku memberikannya kepadamu.”

“Wahai hamba-Ku, kamu semua telanjang, kecuali yang Ku-beri pakaian. Oleh kerana itu, mintalah pakaian kepada-Ku, nescaya Aku memberikannya kepadamu.”

“Wahai hamba-Ku, sesungguhnya kamu semua berbuat salah di malam hari dan siang hari. Sedangkan Aku mengampuni semua dosa. Oleh kerana itu, mohonlah ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampunimu.”

“Wahai hamba-Ku, kamu tidak akan mampu memberi mudharat untuk-Ku sehingga boleh menimpakan mudharat kepada-Ku. Dan kamu tidak akan mampu memberi manfaat untuk-Ku sehingga boleh memberikan manfaat kepada-Ku.”

“Wahai hamba-Ku, meskipun yang pertama dan terakhir, baik jin mahupun manusia di antara kamu berada pada hati orang yang paling bertakwa di antara kamu, maka hal itu tidak akan menambah apapun terhadap kekuasaan-Ku.”

“Wahai hamba-Ku, meskipun yang pertama dan terakhir, baik jin mahupun manusia berada pada hati orang yang paling jahat di antara kamu, maka hal itu tidak akan mengurangi apapun dari kekuasaan-Ku.”

“Wahai hamba-Ku, meskipun yang pertama dan terakhir, baik jin mahupun manusia, berkumpul di sebuah bukit dan mohon kepada-Ku. Lalu Aku mengabulkan permohonan mereka masing-masing, maka hal itu tidak mengurangi sedikitpun apa-apa yang ada pada-Ku, kecuali seperti jarum yang dicelupkan ke laut dan diangkat lagi.”

“Wahai hamba-Ku, sesungguhnya Aku mencatat amalmu dan membalasnya. Oleh kerana itu, barangsiapa mendapatkan kebaikan, maka hendaklah ia memuji Allah. dan barangsiapa mendapatkan selain itu, maka janganlah mencela, selain dirinya sendiri.”

Hadis Riwayat Muslim.

Hadis ni penuh dengan kasih sayang, kecintaan dan kehebatan Allah. Maha Suci Allah, Tuhan seluruh alam. Tidak Engkau menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Sesungguhnya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Katakanlah, “Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah tempat meminta segala sesuatu. Tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu yang sebanding dengan Dia.”

Al-Ikhlas: 1-4.

Mengapa begitu

Mengapa lagi keseorangan,
Mengapa lagi kesunyian,
Mengapa lagi terpaku,
Mengapa lagi suram,

Mengapa terang terasa gelap,
Mengapa riuh terasa sunyi,
Mengapa bebas terasa terpenjara,
Mengapa nafas terasa kosong.

Mengapa sakit menjadi nikmat,
Mengapa sedih menjadi gembira,
Mengapa sesal menjadi megah,
Mengapa takut menjadi teguh,

Mengapa jadi begitu?
“Kau tanya aku?”
“Aku pun taktau.”

Usah takut, Usah risau

Mengapa perlu takut andai kita berada di dalam kebenaran,
Mengapa perlu takut andai niat kita menginginkan kebenaran,
Mengapa perlu takut andai kita melakukan apa yang benar,

Mengapa perlu risau andai kita memiliki keyakinan yang benar,
Mengapa perlu risau andai kita meyakini niat kita itu benar,
Mengapa perlu risau andai kita melakukan dengan cara yang paling ehsan, yang paling benar,

Allah menginginkan kita mengimani yang benar,
Maka kita telah mengimani yang benar,
Allah menginginkan kita sentiasa berada di dalam kebenaran,
Maka kita telah berada dan sedang beristiqamah di dalam kebenaran,
Allah menginginkan kita sentiasa mengajak kepada kebenaran,
Maka kita telah dan masih lagi bekerja keras untuk mengajak kepada kebenaran,

Allah menginginkan kita inginkan kepada kebenaran,
Maka kita telah menginginkan akan sesuatu yang benar,
Allah menginginkan kita sentiasa memelihara diri dengan kebenaran,
Maka kita sedang berusaha memelihara diri dengan kebenaran,
Allah menginginkan kita menghindari Neraka dan mengejar Syurga,
Maka kita sedang berusaha menghindari dan sedang berlari kencang mengejar Syurga.

Allah menginginkan kita mencari keredhaanNya dengan cara yang diinginiNya,
Maka kita sedang berusaha mencari keredhaanNya dengan cara yang diinginiNya.

Andai niat kita sesuai dengan apa yang Allah inginkan,
Andai usaha kita sesuai dengan apa yang Allah inginkan,
Mengapa perlu takut,
Mengapa perlu risau,
Kemenangan itu, Allah-lah yang memilikinya,
Dan pasti, kemenangan itu adalah untuk kita,
Andai kita orang yang benar.

Cuma perlu sentiasa meluruskan niat,
Cuma perlu sentiasa mengehsankan amal,
Cuma perlu sentiasa bekerja keras,
Cuma perlu sentiasa bersabar dan yakin,

Jalan ini adalah jalan yang panjang,
Pasti ada yang meneruskannya,

Untuk yang sedang takut dan risau dalam melakukan pembaikan dengan cara yang benar…

Usah takut, usah risau, anda di dalam dalam kebenaran, kebenaran pastinya ada tentangan… dan ujian.

Nilai Sebuah ‘alhamdulillah’

Mulailah segala sesuatu dengan basmalah dan akhirilah dengan membaca hamdalah. Tentu ajaran ini sudah di luar kepala bagi setiap muslim, walau kadang masih saja terlewat.

Namun ada sesuatu yang membuat kita mengernyitkan dahi ketika ajaran seperti itu diterapkan tidak pada tempatnya. Bisakah hal itu terjadi?

Kita ambil contoh, dalam suatu malam penganugerahan kepada para insan perfilman, seorang pemeran utama naik ke panggung dengan pakaian “seadanya” untuk menerima penghargaan sebagai pemeran terbaik, setelah menerima award seperti lazimnya, ia memberikan sepatah dua patah kata dan tak lupa ia mengucapkan salam dan puji syukur, bahkan kadang disertai sujud syukur, “Alhamdulillah berkat Allah saya dapat memenangkan award ini, bla…bla…bla…”

Di sisi lain kita tahu bagaimana, sebagai apa, peran artis tersebut dalam suatu film, memang sih aktingnya bagus, tapi dia berperan seronok yang jauh dari pesan-pesan moral dan tuntunan agama. Suatu ketulusan yang tidak pas, suatu ketulusan yang mungkin tepat waktu, tapi tidak tepat sasaran. Tepat waktu karena dia mendapatkan anugerah yang tentu tidak semua orang bisa meraihnya, tapi tidak tepat sasaran karena apa yang ia lakukan sehingga mendapat anugerah tersebut.

Contoh yang lebih sederhana, seorang pelajar atau mahasiswa, ketika dalam suatu ujian dia mengalami kebuntuan, tiba-tiba terpikir untuk melirik jawaban teman di bangku sebelah, karena tidak biasa nyontek, “deg-degan juga nih”, tapi karena godaan begitu kuat (dasar syetan!) akhirnya diputuskan juga untuk melirik jawaban dari tetangga sebelah yang kebetulan terkenal pintar, dan tak lupa dia menerapkan ajaran di awal tulisan ini, dia mengucap “Bismillaahirrahmaanirrahiim, semoga tidak ketahuan‬ dengan penuh ketulusan, lhoo….?

Continue reading “Nilai Sebuah ‘alhamdulillah’”

Hijrahkan Diri Kita

Tak terasa tahun baru Islam 1428 H telah datang. Kembali kita teringatkan bagaimana Rasulullah melakukan strategi perjuangan untuk menegakkan risalahnya. Meninggalkan kota Makkah menuju kota Madinah.

Sebuah strategi mewujudkan kondisi yang lebih kondusif sehingga memungkinkan panji-panji Islam berkibar dan ajaran-ajarannya bisa terwujudkan dalam keseharian hidup mereka. Dalam perjalanannya yang berjarak 450 KM, panas menyengat terlewati, begitu juga menembus malam yang gelap menyusuri bukit-bukit dan padang gersang. Semuanya itu dilakukan bukan karena rongrongan orang kafir Quraisy, tetapi dilandasi atas dasar perintah Allah SWT.

Dari perjalanan itu, sebuah tafsir bisa kita maknai. Tak sekedar perjalanan fisik semata, hijrah dari suatu tempat ke tempat lain, tetapi juga perjalanan psikologis. Rela berkorban meninggalkan harta mereka dan kecintaan terhadap dunia demi membangun kekuatan baru.

Sebuah kekuatan yang menjadikan ukhuwah semakin erat antara kaum muhajirin dan kaum Anshor (Madinah). Sejarah telah membuktikan bagaimana persaudaraan itu terbanguan atas dasar ikatan iman yang mendasari saling membantu dan meringankan beban saudaranya. Sungguh, sebuah solidaritas yang kini tak mudah kita temui.

Di zaman kita kini, apa yang bisa kita petik dari sejarah hijrah itu..?

Continue reading “Hijrahkan Diri Kita”

You are currently browsing the nazrulamir.notes weblog archives for the 'Kehidupan' category.