
28 Zulkaedah 1428
Nazrul Amir & Nor Shuhada
Alhamdulillah, pada bulan Disember yang lalu, telah terikat suatu perjanjian di antara dua manusia untuk bersama-sama berusaha menjadi hamba-Nya yang paling baik. Doakan kami bahagia dunia dan akhirat.
Terima kasih kepada ahli keluarga kami yang berusaha menyatukan kami. Abang dan kakak kami yang bertanggungjawab mempertemukan kami. Kawan-kawan kami yang banyak membantu memudahkan urusan kami. Sesungguhnya, benar, kita semua adalah satu keluarga. Diri ini amat terhutang budi dengan bantuan sekalian semua.
Dan di hari-hari yang telah berlalu, mereka tetap dengan penuh kasih sayang membantu dan menjaga kami dalam mengharungi kehidupan yang amat baru ini. Dan insyaAllah, hujung tahun ini, kami akan menerima kehadiran orang baru dalam hidup kami.
Moga kami terus tetap hidup dan mati di atas jalan ini lalu bertemu dengan mereka semua di syurga nanti. InsyaAllah.
Sebuah pandangan terhadap pernikahan. Aku melihat, kebahagiaan itu bukan kerana perasaan kasih sayang antara suami isteri, tetapi kebahagiaan itu adalah kerana, kasih sayang Allah terhadap pasangan suami isteri itu, lalu Allah memelihara mereka, menyuburkan perasaan cinta antara mereka, mengeratkan kasih sayang antara mereka.
Sungguh, berkenalan selepas nikah itulah yang baik dan terbaik.
Pernikahan itu adalah sesuatu yang suci, wajarkah kita memulakan perkenalan itu dengan sesuatu yang tidak halal?





Hari ini, telah kunikmati satu perjalanan yang jauh, yang hampir 10 kilometer, semata-mata untuk menghayati bersama sahabat-sahabat yang sentiasa dihati akan safar Rasulullah yang dicintai bersama Abu Bakar yang dikasihi serta safar para ahli-ahli badar. Sungguh, satu pengalaman yang menarik dan tidak terasa akan kepenatannya.
