Sebuah pernikahan


28 Zulkaedah 1428
Nazrul Amir & Nor Shuhada

Alhamdulillah, pada bulan Disember yang lalu, telah terikat suatu perjanjian di antara dua manusia untuk bersama-sama berusaha menjadi hamba-Nya yang paling baik. Doakan kami bahagia dunia dan akhirat.

Terima kasih kepada ahli keluarga kami yang berusaha menyatukan kami. Abang dan kakak kami yang bertanggungjawab mempertemukan kami. Kawan-kawan kami yang banyak membantu memudahkan urusan kami. Sesungguhnya, benar, kita semua adalah satu keluarga. Diri ini amat terhutang budi dengan bantuan sekalian semua.

Dan di hari-hari yang telah berlalu, mereka tetap dengan penuh kasih sayang membantu dan menjaga kami dalam mengharungi kehidupan yang amat baru ini. Dan insyaAllah, hujung tahun ini, kami akan menerima kehadiran orang baru dalam hidup kami. :P Moga kami terus tetap hidup dan mati di atas jalan ini lalu bertemu dengan mereka semua di syurga nanti. InsyaAllah.

Sebuah pandangan terhadap pernikahan. Aku melihat, kebahagiaan itu bukan kerana perasaan kasih sayang antara suami isteri, tetapi kebahagiaan itu adalah kerana, kasih sayang Allah terhadap pasangan suami isteri itu, lalu Allah memelihara mereka, menyuburkan perasaan cinta antara mereka, mengeratkan kasih sayang antara mereka.

Sungguh, berkenalan selepas nikah itulah yang baik dan terbaik.

Pernikahan itu adalah sesuatu yang suci, wajarkah kita memulakan perkenalan itu dengan sesuatu yang tidak halal?

3 Responses to “Sebuah pernikahan”  

  1. siti yusrina nadihah

    Alfun mabruk ‘alaikum atas pernikahan yg ana kira sudah berusia 5bulan lebih …semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kehidupan antum bertiga (untuk mujahid/ah kecil yang bakal melihat dunia baru…inshaAllah).

    Afwan katsiran krn sudah lama tak kirimkan berita…apapun, perpanjangkanlah doa buat semua sahabat seperjuangan..moga-moga selalu dikirimkan kekuatan di kala kukuh mahupun goyah…barakallahu fiikum abadan abada…

    Ukhtil mukhlisah,
    Ukhti Yusrina

  2. 1 abut

    dude

    sorry tak dapat jamming lama2 arituh. penyakit lama datang. anyway…

    semoga dapat mempersiapkan diri dengan alam yang lebih terkini selepas ini. iaitu alam berkeluarga. nak jadi bapa perlu persediaan mental dan jiwa yang kuat. ramai suami fail dan start bergaduh dengan pasangan bila ada komitmen dengan anak. so kena sabar lebih, kena korban lebih sikit, ke mana-mana kena fikir diri orang ketiga, tidur bukan macam zaman bujang dulu, kalau tak gi jamming kena selalu lepak rumah temankan anak isteri itu hak depa (tapi pekena teh tarik tu wajib, hak kawan2 ahaks), perangai kena bertambah solid keperibadian daie supaya turun ke anak dan banyak lagi. semoga tambah ligat buat kerja lepas ada anak nanti.

  3. 2 awien

    assalammualaikum yob..

    If ur the rite person, i`v been looking for you for a long time ago.But never get reach to you.Anyway…hope its not to late to wish you congrats for ur big day. Selamat berbahagia yop..

Leave a Reply