Kefahamankah itu?

Assalamualaikum,

Sudah sangat lama aku tak menulis apa-apa dalam blog ni. Sudah tujuh bulan. Kawan-kawan yang dulunya rajin datang melawat, aku tak tau masih datang melawat lagi ke tidak. Tetapi yang nyata, aku sering melawat blog-blog mereka mencari nasihat-nasihat dan inspirasi-inspirasi melalui tulisan-tulisan mereka. Rajin sungguh mereka menulis dan sangat banyak idea mereka. :P

Dalam masa tujuh bulan ni, aku tidak tahu, masih mampu lagikah aku menulis seperti dahulu. Menulis tulisan yang dahulunya menjadi nasihat dan inspirasi mungkin pada seorang dua yang datang mengunjung. Menulis tulisan yang dahulunya menarik perhatian seseorang…

Dalam masa tujuh bulan ini, sangat banyak pelajaran yang amat berharga Allah takdirkan untuk aku lalui. Satu pelajaran yang membuatkan aku merasa semakin jahil. Satu pelajaran yang membuatkan aku semakin yakin, yang aku selama ini tidak faham.

Aku melihat, suatu kefahaman itu adalah satu gandingan antara akal, hati dan perbuatan. Apabila akal itu sudah berfikir sama seperti hati berperasaan dan sama seperti perbuatan bertindak, maka itulah kefahaman.

Maka apabila seseorang itu sudah mempunyai kefahaman bahawa merokok adalah haram, maka, fikirannya tidak dapat mencari logik sebab untuk merokok, hati tidak dapat merasai nikmat apa yang diperolehi dengan merokok dan perbuatan tidak akan mahu langsung untuk terlibat dengan apa yang terkait dengan rokok.

Dan orang itulah, bila dipujuk syahwat untuk merokok, die tidak berkeinginan langsung untuk terlintas berfikir mengenainya, malah die tidak faham, tidak dapat mencari sebab, tidak dapat mencari logik, tidak dapat menerima, merasa aneh, mengapa ada orang menciptakan sesuatu yang sangat tidak bermanfaat seperti rokok.

Erm.. rokok tu hanya satu contoh. Cuma mahu mencontohkan kefahaman terhadap berbagai maksiat lainnya yang masih beraja di dalam hati dan kefahaman terhadap ketaatan yang sedang diusahakan. Wallahu’alam.

No Responses to “Kefahamankah itu?”  

  1. No Comments

Leave a Reply