Malam tadi, on the way ke Selayang nak makan malam dengan dua orang abg sepupu aku, waktu lalu kat MRR2 lepas flyover gombak, jam, jalan tutup, kene lalu kat ikut jalan depan giant, ade sebuah keta toyota rasanya, langgar belakang sebuah teksi. Sampai terangkat teksi tu, tolak belakang teksi tu melintang kat tengah jalan.
Terkejut gak, jadi depan mata. Pastu, teksi tu berhenti kat tepi jalan, suruh mamat toyota tu berhenti tepi jalan, tapi dengan selambanye, mamat toyota tu jalan terus. Tapi memandangkan jalan tengah jam, die stop kat depan sikit. Teksi tu kejar balik, berhenti sebelah toyota tu, mamat teksi keluar, gi kat mamat toyota, mamat teksi tu suruh mamat toyota tu keluar. Jam la buat sementara.
Tapi tengah dok bersoal-jawab, traffic dah jalan, mamat toyota tu dengan selambanya, terus jalan tinggalkan mamat teksi tu. Tapi tersekat kat traffic light plak. Mamat teksi tu masuk balik teksi, kejar balik, berhenti himpit sebelah toyota tu, dari dalam keta dok jerit-jerit kat toyota tu sambil tangan dok hentam-hentam keta toyota tu. Tengah dok jerit-jerit suh mamat toyota tu berhenti tepi, lampu hijau, mamat toyota tu dengan selamba, terus jalan.
Terjadilah aksi kejar-mengejar, dan at last, teksi tu dapat pancung toyota tu kat sebelum simpang nak u-turn. Melintang teksi kat situ halang toyota tu. Tapi elok je mamat teksi keluar dari keta berjalan ke toyota tu, mamat toyota tu tah macam mana, ada ruang sikit kat depan teksi tu, terus pecut. Mamat teksi tu, terus masuk balik ke kereta, kejar. Tapi tersangkut kat traffic light, kat belakang lori.
Kitorang pulak, punye la asyik dok tengok kejadian tu, tak sedar, kitorang termasuk kat jalan untuk u-turn. Terpaksalah u-turn, dan u-turn balik. Huh, ada jugak orang biadap macam tuh. Dah la langgar keta orang. Pemandu teksi tu punya balik keluar gi keta yang melanggar tu. Alih-alih lari. Erm, Apa salahnye selesaikan cara baik. Bukan rugi berjuta-juta pon. Tapi sebab melayan ego, kacau semua orang.
Jadi sepanjang perjalanan, ambil peluang, berbincang dengan abg sepupu, bagaimanakah cara yang paling baik untuk menghadapi orang-orang yang sedemikian. Ada yang nak langgar je, ada yang tak nampak kekerasan tu akan menyelesaikan masalah.
Kalau kita mangsa, untuk kasi orang tu berhenti dengan menghentam kereta tu kat dinding jalan, kita lak akan dipersalahkan. Kalau nak kejar, sampai mana pulak nak kejar. So, ambil solution, amek no plat, buat report langgar lari. Tapi taktau la bila kes tu akan selesai.
So, kalau hidup dengan sistem yang manusia cipta, dengan attitude manusia yang tak macam manusia, memang manusia sentiasa berada di dalam kerugian. Itulah cantiknya bila berbuat sesuatu kerana Allah, tidak kira kita rugi macam mana pun, kita tetap untung. Tapi pada pandangan manusia, kita tetap rugi.
Contoh paling mudah, tadi siang, gi lowyat beli router. Lepas selesai bayar, aku angkat plastik cakap terima kasih. Kemudian dipersoalkan pulak, kenapa kita sebagai customer nak ucap terima kasih. Patutnya orang kedai la ucap terima kasih. Huh, kecik punya hal, tapi kerana merasakan diri itu besar, benda yang kecik pun terasa besar. Tak rugi pun ucap terima kasih. Mengapa perlu merasakan diri itu berhak atas segala-galanya?


biasalah dude
orang kita ni kalau face-to-face dia sopan
kalau dalam besi buruk masing-masing
memang kureng sikit
camana nak buat ye?