Hoho, aku pun sebenarnya terlupa hari ni besday aku. Aku teringat pun bila adik aku, Aman wish hepi besday kat aku. Betul-betul tak teringat hari ni besday aku. Mekaseh Aman.
Apa pun, hari ni, aku dah berumur 24 tahun. Dah tak muda dah, dan dah tak tua lagi. Tanggungjawab semakin banyak, matlamat yang perlu dicapai semakin banyak, perkara yang perlu diselesaikan juga semakin banyak. Semakin kurang hari-hari kita kat dunia ni, semakin perlu berhati-hati dalam melangkah, semakin perlu mendekatkan diri, mengorbankan diri dan mengabdikan diri kepada Allah dan menghidupkan diri dalam kehidupan manusia yang asal dan sebenarnya.
Semakin berkurangnya hari-hari kita di dunia ini, menandakan perlu semakin bertambahlah juzuk bacaan al-quran seharian, ibadah sunat seharian, sedekah dan infaq seharian, bacaan zikir seharian, nilai pengorbanan seharian, jumlah rakaat solat malam kita dan sebagainya. Semakin bertambahnya umur, maka semakin bertambahlah segala-galanya.
Dan hari ini, aku gembira. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, takde la berapa gembira sangat sebab melihatkan banyak pembaikan yang perlu aku selesaikan. Walaupun sekarang masih di dalam kekurangan dan masih banyak kelemahan, aku rasa gembira, kerana aku, berumur 24 tahun, masih lagi diizinkan berada di atas jalan yang benar. InsyaAllah.
Wish aku agar insyaAllah semakin memanfaatkan umur 24 tahun ini. Ameen.


=)