Jalan yang terang

Aku teringat pernah terbaca buku mengenai peribadi seorang muslim di rumah seorang sahabat yang amat aku cintai. Cantik sungguh cara penulis buku itu menggambarkan ciri jalan yang benar dan ciri peribadi muslim yang berada di atasnya. Walaupun tak berapa ingat sangat, tapi secara ringkasnya masih dapat aku sampaikan.

Bayangkan satu tempat yang amat gelap, yang mempunyai berjuta-juta jalan di mana setiap satunya sampai kepada destinasi-destinasi yang berlainan. Dan ada manusia-manusia yang sedang meniti jalan-jalan itu dan ada juga yang masih terkial-kial untuk menaiki jalan-jalan itu. Dan di dalam kegelapan yang amat sangat itu, terbentang satu jalan yang lurus dan luas, yang diterangi oleh cahaya sepanjang-panjang perjalanannya sehingga ke destinasi. Dan setiap manusia yang berada di atas jalan itu dengan penuh mesra mempelawa manusia-manusia lain untuk turut serta berjalan di atas jalan itu.

Ada yang memanggil-manggil, ada yang bekerjasama menghulurkan tangan, ada yang mengorbankan diri, ada yang syahid di tengah perjalanan kerana terlalu ghairah mengajak manusia lain ke atas jalan itu. Masing-masing berusaha untuk membawa seramai mungkin manusia sebelum mereka semua sampai ke destinasi.

Peribadi setiap satunya amat indah. Tak terbayang kepenatan di wajah mereka dan hanya senyuman terukir di bibir mereka. Mereka menggunakan bahasa yang paling lembut dan menggunakan kesabaran yang paling tinggi untuk berhadapan dengan manusia-manusia yang baru di atas jalan itu, dan juga untuk berhadapan pelbagai kerenah dan ujian. Mereka sentiasa bersangka baik dan sentiasa menunjukkan akhlak yang terunggul agar manusia lainnya semakin yakin akan kebenaran jalan itu. Dan sentiasa mengorbankan diri untuk kebahagiaan orang lain agar, manusia lainnya turut mengorbankan diri untuk kebahagiaan orang lain.

Lebih kurang macam tu la penulis tu gambarkan. Aku pun lupa tajuk buku tu, sape penulisnya dan bagaimana ayat die yang sebetulnya. Tapi gambaran tu aku jelas nampak masa baca tulisan tu. Jadi aku gambarkan kembali dengan tulisan aku sendiri.

Mungkin ciri-ciri muslim di atas terlalu ideal untuk kita, tapi bukankah seorang muslim yang mempunyai pemahaman yang benar itu mempunyai akhlak yang baik? Marilah kita sama-sama berusaha menjadi muslim yang baik, sesuai dengan kemampuan kita. Tol tak?

No Responses to “Jalan yang terang”  

  1. No Comments

Leave a Reply