Aku mahu bercerita tentang hati. Tetapi tiada kata yang dapat ditulis. Tiada ayat yang dapat disusun. Hanya yang ada cumalah rasa yang aku rasai. Hati itulah punca kekuatan muslim. Hati itulah titik tolaknya pembenaran itikadnya melalui amal perbuatan. Hati itulah yang perlu dijaga. Hati itulah yang perlu diberi makanan. Hati itulah yang perlu dibasahi. Kerana hati itulah yang selalu bergoncang untuk memilih antara dua jalan yang telah diilhamkan. Dan hati itulah yang perlu ditundukkan agar sentiasa kekal di dalam keadaan fitrahnya.
Apabila hati telah terasa ancaman antara kemaksiatan dan ketaatan, perlu segera dibasahkan dengan zikrullah. Di dalam hati jugalah mulanya sangkaan-sangkaan yang dapat mengantarkan empunya diri ke neraka. Andai hanya ingin dicintai oleh Allah, maka luruskanlah niat, luruskanlah hati. Agar sentiasa ikhlas hidup semata-mata kerana Allah. Semoga hati itu sentiasa kuat untuk melawan bisikan-bisikan syaitan yang hanya menginginkan maksiat dari ketaatan.


camana ek.. eh, lupa..assalamualaikum..
k, camana ek..hati yg sangat berminat utk mendalami islam..mencari ketenangan melalui beribadah kpd Allah, melalui baca quran serta solat malam.. tapi, biler melakukan maksiat atau dosa, tiada kekuatan utk mencegah?.. ketika itu, mmg ingat akan Allah, mmg takut kalo2 mati time2 tu jugak, tapi tetap tak mencegah..(pada ketika itulah..) tapi pada ketika belum lakukan maksiat atau dosa, memang hati mencari jalan yang sebaiknya untuk menjauhi diri dari melakukan dosa. aper masalah hati ini? camana nak kuatkan keimanan hati ini agar diri sentiasa diredhai Allah serta menjauhi dosa?
dan, macamana pula dengan hati yang berasa khusuk ketika solat2 sunat, tapi tak pada waktu solat2 fardhu?… i know its not rite..tapi, macamana nak atasi?..mcmana nak cari kekhusyukan hati di kala solat fardhu? tolonglah hamba Allah yang hina ini untuk mendapatkan keredhaan dari tuhannyer…
Salamun’alaikum wbt adik hanan dearie…subhanallah..tak sangka hanan pun ada blogspot sendiri…btw…no worries mate…(heheh..nnt hanan dah smp monash…or aussie particularly..this statement will be commonly used..)…Allahu a’laam
Berckp psl hati ni…mashaAllah, amat penting especially di kalangan kaum bergelar Hawa…sbb hati mereka sgt fragile (i would say)…akak pernah terbaca dr satu buku yg menyatakan..hati manusia berada di antara jari-jari Allah..(al-hadis)..tp asifati jiddan, akak lupa seluruh text(matan) hadis tersebut…apapun, kesimpulannya hati manusia itu sentiasa berbolak-balik..sekejap condong ke arah kebaikan..dan satu ketika..ia condong ke arah yg satu lagi…sort of corresponding to what you have mentioned above…
It doesn’t mean that we are hypocrites kalau satu ketika hati kita mendesak kita (memujuk kita) untuk buat dosa…tapi itulah fitrah manusia yg lemah dan dhaif…tak lekang dr berbuat dosa..tp yakinlah..ampunan Allah itu tersangatlah besar dan luas…jadilah golongan manusia yang apabila melakukan dosa/maksiat..dia cepat2 tersedar lantas memohon taubat dan keampunan darinya…inshaAllah, Allah itu Maha Penerima Taubat lagi Maha Menyayangi..
Afwan if akak tak begitu menjawab soalan adik hanan…hope it helps..khayr, inshaAllah…=) salam ukhuwwah dari akak….look forward for your arrival at Monash…