
Maafkan aku wahai Ramadhan, ketika engkau datang bertamu aku tidak bersedia untuk menerima kunjunganmu. Ketika itu aku terlalu sibuk untuk memperbaiki diriku yang terlalu banyak untuk memperbaiki sehingga aku terlupa engkau sedang menunggu di hadapan pintu untukku sambut dan muliakanmu wahai tetamu. Maafkan aku kerana membiarkan engkau menunggu sedangkan jiran-jiran lain sibuk menjemputmu dan memuliakanmu dengan hidangan yang paling terbaik berupa puasa, tilawah, ibadah-ibadah sunat, solat-solat terawih, solat-solat malam dan amal kebajikan yang lain. Ada yang sehingga tidak mencukupi tidurnya hanya untuk memastikan engkau pulang dengan kepuasan dan buah-buah tangan yang akan dipersembahkan untuk Tuhanmu, Tuhan mereka dan Tuhanku.
Kunjunganmu tahun ini adalah kunjungan yang palingku sesali kerana layanan aku kepadamu tidak seperti tahun-tahun lepas. Namun di dalam kelekaan aku, engkau masih memberikan aku pengajaran dan pengalaman yang amat berharga. Aku rasakan kunjunganmu tahun ini, adalah kunjungan yang paling berat berbanding sebelum ini. Kerana mungkin, engkau sedang menyaksikan, aku sedang mencuba untuk menjadi hamba yang lebih baik berbanding tahun-tahun yang lalu.
Walaupun aku seperti jiran-jiran yang lain, memuliakanmu seperti mana mereka memuliakanmu, namun aku tahu, aku mampu memberikan yang lebih baik dari diriku. Aku sendiri merasakan ada kekurangan dalam aku melayanimu, tetapi aku tidak pasti di mana. Aku merasakan seperti aku menzalimi dirimu hanya kerana keterbatasan aku sebagai manusia, apatah lagi aku sedang mencuba mengeluarkan apa yang terbaik dari diriku. Namun, semakin mencuba, semakin merasakan kekurangan diri ini.
Dan kini, sepuluh malam terakhir ini, engkau hadir dengan lebih berkah dan rahmat, membawa kasih sayang dari Tuhanmu untuk dihadiahkan kepada hamba-hambaNya yang mencari keredhaanNya. Aku pula, sedang mencuba agar kunjunganmu dikala saat akhir ini, tidak pulang dengan penuh kehampaan dan kekosongan.
Aku menunggu kehadiranmu tahun hadapan wahai Ramadhan. Semoga tahun depan aku dapat menerima kunjunganmu dengan wajah dan hati yang ceria dan memuliakanmu sehingga engkau pulang tersenyum lebar. Aku mencintaimu wahai Ramadhan, dan mungkin cintaku tak sehebat cintamu. Maafkan aku.


salam.. moga kita keluar dari sekolah ramadhan thn ni sbg insan yg lulus ujian TAQWA.. amin..
isk isk.. ramadhan aku thn ni cam lagi kantoi je dr thn lepas.. isk isk isk…
nak lagi satu ramadhan.. jgn tinggal daku ya ramadhan… isk isk..
tu ar amar, rasa cam ade yang kurang kan? Hehe.. sian amar.. jgn nangis ek..
Assalamualaikum wbt akh nazrulamir..ni 1st time ana tinggalkan komen pd blog akh..sblm ni baca jer..mana yg ana rasa nak baca..
Alhamdulillah, reasonable efforts made..ana pun tak mampu nak modify or re-construct blog sendiri..mengakui kelemahan dan kapasiti diri yg ternyata terhad..
This entry is very touchy-feely…mengajak ana utk introspeksi diri..sama ada Ramadhan kali ni lbh baik/ tak..Allahu a’laam..kali ni Ramadhan bermula masa kami di oz mula cuti spring.pastu sambung dgn kesibukan assignments yg semuanya due…huhuhu..tapi alhamdulillah, masih lg sempat menunaikan skdr yg mampu demi mengimarahkan malam Syahrul Quran ni…tapi semuanya terserah pd Allah utk menilai sejauh mana quality amalan2 tersebut..tp kita dituntut utk sentiasa berbaik sangka dgnNya kan akh?
Ana pun frankly speaking, inginkan peluang bertemu dgn Ramadhan di thn akan dtg..sbb setiap thn tu..pengalamannya berbeza..
“Rugilah orang yg didatangi Ramadhan, kemudian bulan itu berlalu tetapi dosanya tidak diampuni.” [HR Ahmad]
Sama2lah berusaha mencari redhaNya….Wallahu ta’ala a’laam
Afwan katsiran atas segala kesilapan…may Allah bless ya..Ameen