Perjalanan yang jauh

Safar 1Hari ini, telah kunikmati satu perjalanan yang jauh, yang hampir 10 kilometer, semata-mata untuk menghayati bersama sahabat-sahabat yang sentiasa dihati akan safar Rasulullah yang dicintai bersama Abu Bakar yang dikasihi serta safar para ahli-ahli badar. Sungguh, satu pengalaman yang menarik dan tidak terasa akan kepenatannya.

Memula agak kemalasan jugak nak berjalan ni. Bukan sebab ape, benda-benda yg penat-penat ni, aku malas sket nak join. Haha. Tapi member dah ajak jalan-jalan di waktu petang ni, cam tak best lak nak menolak. Pikir balik cam best gak, jalan rilek-rilek nikmati petang yg ala-ala nak ujan sket. Pernah jugak buat sebelum ni, jalan jauh cam tu, dari Putra Gombak ke Taman Melawati. Saja bosan-bosan, kalau naik teksi membazir jer bayar RM 2 lebih, tapi kalau jalan kaki, bila sampai leh pekena teh o ais sepam yang baru RM 1 lebih.

Safar 2

Nak berjalan jauh-jauh taknak kasi penat ni, ade caranya, cara yang aku belajar dari sahabat aku yg aku panggil Rem (haha..). Die kata, jala ikut rythm, kalau dapat jalan ikut rythm, berapa jauh pun takkan penat. Sama jugak kalau berlari. Dan aku try masa aku turun dari Gunung Nuang tempoh hari, memang tak terasa penatnya. Tapi bila dah sampai, jangan terus berhenti, try jalan-jalan dan makin lama makin slow, sebab kaki dah biasa dengan rentak.

Safar 3

Pengajaran, memang terasa lain antara bergerak ke mana-mana menaiki kereta, kenderaan awam dan berjalan kaki. Bila menaiki kereta, terasa macam tak menikmati hari la plak. Sedar-sedar je dah sampai ke destinasi. Dan dalam keta pun, dengan spacee sendiri, dengar lagu, sama macam dalam hanyut dalam dunia sendiri.

Safar 4

Tapi bila menaiki kenderaan awam mahupun berjalan kaki, terasa aku hidup bersama-sama masyarakat dan alam. Terasa hidup hati dengan pengajaran-pengajaran yang diperolehi dari alam. Sememang manusia perlu banyak keluar, dan kerana itu kehidupan seorang muslim itu memerlukan kita banyak berada dilapangan agar hati itu tidak hanyut dengan dunia sendiri.

Safar 5

Tapi masalah aku lak ni, terlalu malas untuk menyusahkan diri sendiri. Haha, kene ubah ni. K, calo..

One Response to “Perjalanan yang jauh”  

  1. abouti

    nice new kulit heheh
    yop, rindu enta
    bila nak ‘jammimng’ lagi

Leave a Reply