Pemimpin juga perlu ubah gaya hidup
SUBANG 4 Mac - Golongan pemimpin disaran supaya turut mengubah gaya hidup mereka, termasuk kegemaran `berbelanja besar’ dan melancong ke luar negara, berikutan kenaikan harga runcit minyak.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kesediaan golongan itu berbuat demikian boleh menjadi contoh kepada rakyat yang sebelum ini diminta mengubah gaya hidup untuk mengimbangi kenaikan harga bahan itu sebanyak 30 sen.
Katanya, beliau sendiri bersedia untuk mengubah gaya hidupnya seperti sering berulang-alik dari Melaka ke Kuala Lumpur atas pelbagai urusan dan makan di hotel atau restoran besar bersama-sama rakan-rakan.
“Jika sebelum ini, saya datang ke Kuala Lumpur lima kali, sekarang boleh dikurangkan. Ia akan dapat menjimatkan minyak dan bayaran tol.
“Selain itu, jika sebelum ini saya makan dan belanja rakan-rakan di hotel serta restoran besar sehingga ada ketikanya terpaksa menggunakan kad kredit, sekarang kena ubah. Masa susah ini, biar kita sama-sama susah,'’ katanya di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas sama ada golongan pemimpin juga patut mengubah gaya hidup mereka .
Mohd.Ali sebelum itu melancarkan kempen menambah ahli baru UMNO Bahagian Subang, di Dataran Kampung Melayu Subang Tambahan di sini.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, dalam keadaan sekarang, semua pihak patut sama-sama berkorban dan berkongsi kesusahan berikutan kenaikan tersebut.
“Kita kena ubah gaya hidup seperti kegemaran melancong ke luar negara kepada pelancongan domestik. Daripada suka berbelanja, kita ubah kepada berjimat cermat. Janganlah suami sedang ada masalah, isteri pula membeli rantai emas besar dan sebagainya,'’ kata beliau.
Aii.. itu je ke kene ubah? Nape tak pindah terus ke rumah yg lebih kecil, tukar pakai kancil, tukar pakai baju murah-murah, meminimumkan perbelanjaan keluarga cam dari gaji beribu-ribu, amek RM2000 jer, baki tu bagi kat kerajaan utk so called subsidi minyak. Kalau sume pemimpin buat camtuh, rasanya kaya kerajaan.
Bukan ke sepatutnya individu dalam negara tu tak kaya, tapi negara yang kaya.
Satria, RM20 baru dapat satu senggat. Adeh.. nampaknya keadaan memaksa kita menghabiskan masa lebih utk dunia. Hanya yang bersungguh sahaja yang terpelihara.

