Dapat emel dari seorang kawan. Best lak emel ni. Betul-betul membuatkan aku berfikir. Nafsu kita tak pernah-pernah akan cukup. Lepas satu, satu. Pastu nak lagi. Bagi RM999 trilion Trilion pon, takkan cukup. So, hidup ni bukan di’design’ utk memenuhi kehendak kita, tapi bagaimana kita hidup dengan apa yang ada.
Bayangkan macam men game tembak-tembak. Memula kita dibekalkan dengan satu pistol dengan 20 biji peluru. So, kene pandai-pandai pakai untuk lepas level seterusnya. Cuba kalau, level satu lagi, dah diberi satu senjata yang sekali tembak semua orang jahat mati. Mesti bosan gile game tu. Tol tak?
Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang
disiarkan
di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya
tak
kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang
saya
ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal,
Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang
businessman yang sibuk.
Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di
belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap
pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut
terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak
maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas
jalan,
datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la
dia.
Yela… Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya.
Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la…)
“Saya harap ini tak pernah terjadi”. Rupa2nya lelaki yang bawa basikal
tadi
ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu
keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih
menunggang
basikalnya.
Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar
dari
kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini.
Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan
melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta
Micheal & memerhatikan segalanya, bekata “Some people just don’t know
what
to wish for” (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).
Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga
selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang
berbasikal
tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah
hampir
kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu
(basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya
terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak?
Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya
berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara
yang
macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah
kita
apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering
berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi
kita
pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?
Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau
berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi
manusia
yang sempurna atau sekurang2nya ‘just nice’. Mungkin juga kita terbabit
dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit
dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu
dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan?
Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang
terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi
sesetengah
orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha
Adil?
Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana?
Jika
begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang
manakala
sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?
Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).
Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa
yang
kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan
dia
dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh.
Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya
imannya
tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.
Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan
Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan
keadaan
saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak
bayar.
Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah
hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa
minta
saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.
Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat,
Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya,
berdoalah
semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum
Zuhur.
Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga
saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang,
Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah…
Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah
yang
terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat
melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi
kita
untuk redha kepada kejadian Allah? ‘Grass is always greener on the
other
side’. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu
lebih
baik dari apa yang kita miliki.
Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di
bawah.
Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita tidak
bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar
peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya
sendiri
mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya.
Siapa yang taknak gaji besar, kan?
Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke
hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang
metal
stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah
RM350. Hm… Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki
sebuah
motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan
makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.
Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750.
Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah
cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant.
Sebagai
trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah… tak cukup juga. Sebab
masa tu
saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi
bila
dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!
Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar!
Sekarang,
ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3
kali
ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut
mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya
panjang,
bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan
solat
hanya dalam masa 5 minit sahaja.
Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah
beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang,
semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang
penting
bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi
saw
kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok
kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Ini benar2 terkesan
dalam
hati saya.
Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah
dunia
seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2.
Makin
dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari.
Kerana
akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia
(bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah
kepada
Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin
dariNya.
Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar
ansuran
rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit
makan,
tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat
kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak
cari
kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan
dan
umur pun dah makin lanjut.
Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk
besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi,
mungkin
dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi… Masuk telinga
kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2
dia
dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung
tak
rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat
kerja.
Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia.
Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari
Ahad
je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke
masjid
pun hari Jumaat saja sekarang ni… Saya katakan padanya, kita tak
boleh
dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang
kehidupan
dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah
telah
menunaikan…
Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya
pasti,
saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat
saya
nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak
saudara2
sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita
buru?
Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita
bersyukur
dan berapa kali pernah kita katakan cukup?
Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak
kita
bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat
nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan
Allah
berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang
tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang
lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya
Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu’alam…
Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini
kami
lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga
Mu.
Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan
yang
tahu bersyukur. Amin… Ya Rabbal ‘Alamin…
Akhir kata, berlajarlah untuk berkata cukup…..
Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk
adalah akibat kebodohan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,
Wassalamualaikum warahmatullah

