Archive for March, 2006

Abdurrahman Bin ‘Auf

Sumber: Buku Rijal Haular Rasul (Khalid Muh.Khalid)
Dari: alsofwah.or.id

Apa Sebabnya Anda Menangis, Hai Abu Muhammad….?

Pada suatu hari, kota Madinah sedang aman dan tenteram, terlihat debu tebal yang mengepul ke udara, datang dari tempatketinggian di pinggir kota; debu itu semakin tinggi bergumpal-gumpai hingga hampir menutup ufuk pandangan mata. Anginyang bertiup menyebabkan gumpalan debu kuning dari butiran-butiran sahara yang lunak, terbawa menghampiri pintu-pintu kota, dan berhembus dengan kuatnya di jalan-jalan rayanya.

Orang banyak menyangkanya ada angin ribut yang menyapu dan menerbangkan pasir. Tetapi kemudian dari balik tirai debu itu segera mereka dengar suara hiruk pikuk, yang memberi tahu tibanya suatu iringan kafilah besar yang panjang.

Tidak lama kemudian, sampailah 700 kendaraan yang sarat dengan muatannya memenuhi jalan-jalan kota Madinah dan menyibukkannya. Orang banyak saling memanggil dan menghimbau menyaksikan keramaian ini serta turut bergembira dan bersukacita dengan datangnya harta dan rizqi yang dibawa kafilah itu ……

Ummul Mu\’minin Aisyah Radhiyallahu \’Anha demi mendengar suara hiruk pikuk itu ia bertanya: “Apakah yang telah terjadi di kota Madinah�..?” Mendapat jawaban, bahwa kafilah Abdurrahman bin \’Auf barn datang dari Svam membawa barang-barang dagangannya . .. Kata Ummul Mu\’minin lagi: — “Kafilah yang telah menyebabkan semua kesibukan ini?” “Benar, ya Ummal Mu\’ minin … karena ada 700 kendaraan…… !” Ummul Mu\’minin menggeleng-gelengkan kepalanya, sembari melayangkan pandangnya jauh menembus, seolah-olah hendak mengingat-ingat kejadian yang pernah dilihat atau ucapan yang pernah didengarnya.
Kemudian katanya: “Ingat, aku pernah mendengar Rasulullah Sholallahu \’Alaihi Wa Salam bersabda:
\”Kulihat Abdurrahman bin\’Auf masuk surga dengan perlahan-lahan!”

Continue reading “Abdurrahman Bin ‘Auf “

Memberi di Saat Sulit

Sumber: Eramuslim

Suatu hari Ali bin Abi Thalib mendapati kedua anaknya, Hasan dan Husain, sakit. Bahkan kedua cucu Baginda Rasulullah SAW itu mengalami sakit yang cukup lama sehingga Ali pun bernazar, “Jika Hasan dan Husain sembuh, aku akan berpuasa selama tiga hari�?. Rupanya Allah mendengar nazar Ali tersebut hingga Hasan dan Husain pun sembuh.

Ali bin Abi Thalib bersama isterinya, Fatimah Az Zahra, pun berpuasa. Menjelang tiba waktu berbuka di hari pertama, hanya tersedia dua potong roti untuk makanan berbuka. Ketika waktu berbuka tiba, belum lagi keduanya menyantap roti tersebut, datang seorang fakir miskin yang mengetuk pintu mereka seraya meminta makanan lantaran perutnya belum terisi sejak beberapa hari. Urunglah Ali dan Fatimah melahap roti yang sudah digenggamnya, mereka pun meneruskan berpuasa hingga keesokan harinya.

Continue reading “Memberi di Saat Sulit”

Sembunyi

Tajuk: Sembunyi
Lagu: nazrulamir
Lirik: nazrulamir

Sembunyilah oh kawanku, dari pandangan Esa, selagi engkau mampu.
Pasti kau ketemui, kaukan jua diadili, walau sehebat mana kau bersembunyi.

Tetapi kau masih tidak menghiraukan, adanya tuhan yang akan mengadili.
Lalu kau, terlupa, sehingga kau diseksa, di dalam neraka.

Oh adakah kau peduli, akan seksaan yang menanti, di neraka yang sunyi.
Masih kau bergembira, bertemankan syaitan disisi, mengikut telunjuk selagi kau suka.

Sehingga kau berleka tanpa menghiraukan, adanya balasan yang kau terima.
Lalu kau, terlupa, sehingga kau diseksa, di dalam api neraka.

Sembunyi, kala si pencabut nyawa mencari.
untuk menyentap nyawamu, dari tubuhmu itu.
Sanggupkah, kau berlari dan bersembunyi lagi.
kala seksaan neraka, terhidang di depan mata.

[solo]

Sembunyi, kala si pencabut nyawa mencari.
untuk menyentap nyawamu, dari tubuhmu itu.
Sanggupkah, kau berlari dan bersembunyi lagi.
kala seksaan neraka, terhidang di depan mata.

Sembunyi, kala si pencabut nyawa mencari.
untuk menyentap nyawamu, dari tubuhmu itu.
Sanggupkah, kau berlari dan bersembunyi lagi.
kala seksaan neraka, terhidang di depan mata.

siap pada tahun 2004

Ujian untuk Menjadi Lebih Mulia

Sumber: Eramuslim

Kata orang, hidup ini layaknya roda kehidupan. Kadang berada di atas, kadang berada di bawah. Ada pula yang bilang hidup ini seperti ombak di pantai. Kadang tenang, namun tak jarang pula menghantarkan gelombang yang begitu kencang. Apa pun perumpamaan manusia terhadap kehidupan ini, intinya adalah hidup ini takkan setenang air di dalam kolam. Akan ada goncangan-goncangan, hambatan-hambatan, dan ujian-ujian yang bermacam-macam bentuknya.

Terkadang manusia seringkali merasa tidak mampu untuk menghadapi cobaan-cobaan hidup. Bahkan banyak pula yang tak menyadari bahwa semua nikmat dan semua ujian itu hanya berasal dari satu sumber. Semua itu berasal dari pemilik seluruh jiwa-jiwa manusia dan penguasa seluruh hati-hati manusia, yaitu Allah, Sang Maha Kuasa. Parahnya, ada juga yang menyesali diri sendiri, menganggap nasib diri terlalu sial, sehingga tak pernah mendapatkan kebahagiaan dalam hidup.

Continue reading “Ujian untuk Menjadi Lebih Mulia”

Allah Sentiasa Menerima Doa

Allah Senantiasa Menerima Do`a
Mohd. Asri b. Zainul Abidin
moasriza@yahoo.com

Insan hendaklah bersangka baik dengan Allah. Meyakini bahawa Allah senantiasa melimpah ruahkan rahmatNya. Mendampingkan diri kepada Allah menerusi jendela perbuatan dan amalan yang diredhai. Apabila Allah redha kepadanya, maka dia akan merasakan betapa Allah itu hampir dan tidak jauh darinya.

Sebenarnya, insan itulah yang selalu menjauhkan dari Allah. Apabila dia ditimpa cubaan dia bertanya di mana Allah?!!. Sikap dan akhlak insan terhadap Allah selalu menyebabkan insan hilang pedoman, merasa diri dipencilkan dan tiada tempat yang ingin mendengar rintihannya. Sedangkan tempat untuk mengadu dan merintih senantiasa terbuka di sisi Allah.

Kadang-kala seseorang insan rela ke sana-sini memohon bantuan bagi sesuatu pekerjaan dan urusannya dari makhluk sehingga terlupa untuk memohon bantuan dan bertawakkal kepada Allah. Bersusah payah insan berjumpa orang lain demi mengadu rasa hati dan derita sehingga dia lupa untuk mengadu kepada Allah yang senantiasa mendengar rintihan hamba dengan penuh rahmat.

Continue reading “Allah Sentiasa Menerima Doa”

Hidup dan mati adalah ujian

Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,

67:2

Kehidupan dan kematian adalah ujian. Apa saja yang terkandung dalam kehidupan adalah ujian. So, kiranya kalau tetiba ada orang kaya bagi kita hadiah RM 400 Juta bilion tu, jangan ingat tu rezeki, nikmat. Hehe.. tu ujian tu. Lagi besar habuan, lagi besar ujian. Lagi besar penderitaan, lagi besar ujian. Tol tak?

Belajarlah untuk berkata “CUKUP”

Dapat emel dari seorang kawan. Best lak emel ni. Betul-betul membuatkan aku berfikir. Nafsu kita tak pernah-pernah akan cukup. Lepas satu, satu. Pastu nak lagi. Bagi RM999 trilion Trilion pon, takkan cukup. So, hidup ni bukan di’design’ utk memenuhi kehendak kita, tapi bagaimana kita hidup dengan apa yang ada.

Bayangkan macam men game tembak-tembak. Memula kita dibekalkan dengan satu pistol dengan 20 biji peluru. So, kene pandai-pandai pakai untuk lepas level seterusnya. Cuba kalau, level satu lagi, dah diberi satu senjata yang sekali tembak semua orang jahat mati. Mesti bosan gile game tu. Tol tak?

Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang
disiarkan
di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya
tak
kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang
saya
ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal,
Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang
businessman yang sibuk.

Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di
belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap
pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut
terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak
maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas
jalan,
datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la
dia.

Yela… Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya.
Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la…)
“Saya harap ini tak pernah terjadi”. Rupa2nya lelaki yang bawa basikal
tadi
ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu
keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih
menunggang
basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar
dari
kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini.
Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan
melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta
Micheal & memerhatikan segalanya, bekata “Some people just don’t know
what
to wish for” (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).

Continue reading “Belajarlah untuk berkata “CUKUP” “

Taubat (bahagian 2)

Tajuk: Cepatlah, Sebelum Terlambat!!! (bagian II)
Penulis: Abu Mushlih Ari Wahyudi
Muroja’ah: Ustadz Abu Saad
Sumber: Muslim.or.id

SYARAT-SYARAT DITERIMANYA TAUBAT
Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin rohimahulloh menyebutkan lima buah syarat yang harus dipenuhi agar taubat diterima, beliau berkata:

Syarat pertama: Ikhlas untuk Alloh, yaitu orang (yang bertaubat) hendaknya mengharapkan wajah Alloh ‘azza wa jalla dengan taubatnya itu dan berharap supaya Alloh menerima taubatnya serta mengampuni maksiat yang telah dilakukannya, dengan taubatnya itu ia tidak bermaksud riya di hadapan manusia atau demi mendapatkan kedekatan dengan mereka, dan bukan juga semata-mata demi menyelamatkan diri dari gangguan penguasa dan pemerintah kepadanya. Tapi dia bertaubat hanya demi mengharapkan wajah Alloh dan pahala di negeri akhirat dan supaya Alloh memaafkan dosa-dosanya.

Continue reading “Taubat (bahagian 2)”

Taubat (bahagian 1)

Tajuk: Cepatlah, Sebelum Terlambat!!!
Penulis: Abu Mushlih Ari Wahyudi
Muroja’ah: Ustadz Abu Saad
Sumber: Muslim.or.id

Alloh subhanahu wa ta’ala berfirman :

Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Alloh dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Robb-mu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah (surga) yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Alloh tidak menghinakan nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: “Ya Robb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah Kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.� (QS At Tahriim: 8)

Continue reading “Taubat (bahagian 1)”

Pemimpin yang perlu ubah gaya hidup

Pemimpin juga perlu ubah gaya hidup

SUBANG 4 Mac - Golongan pemimpin disaran supaya turut mengubah gaya hidup mereka, termasuk kegemaran `berbelanja besar’ dan melancong ke luar negara, berikutan kenaikan harga runcit minyak.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kesediaan golongan itu berbuat demikian boleh menjadi contoh kepada rakyat yang sebelum ini diminta mengubah gaya hidup untuk mengimbangi kenaikan harga bahan itu sebanyak 30 sen.

Katanya, beliau sendiri bersedia untuk mengubah gaya hidupnya seperti sering berulang-alik dari Melaka ke Kuala Lumpur atas pelbagai urusan dan makan di hotel atau restoran besar bersama-sama rakan-rakan.

“Jika sebelum ini, saya datang ke Kuala Lumpur lima kali, sekarang boleh dikurangkan. Ia akan dapat menjimatkan minyak dan bayaran tol.

“Selain itu, jika sebelum ini saya makan dan belanja rakan-rakan di hotel serta restoran besar sehingga ada ketikanya terpaksa menggunakan kad kredit, sekarang kena ubah. Masa susah ini, biar kita sama-sama susah,'’ katanya di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas sama ada golongan pemimpin juga patut mengubah gaya hidup mereka .

Mohd.Ali sebelum itu melancarkan kempen menambah ahli baru UMNO Bahagian Subang, di Dataran Kampung Melayu Subang Tambahan di sini.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, dalam keadaan sekarang, semua pihak patut sama-sama berkorban dan berkongsi kesusahan berikutan kenaikan tersebut.

“Kita kena ubah gaya hidup seperti kegemaran melancong ke luar negara kepada pelancongan domestik. Daripada suka berbelanja, kita ubah kepada berjimat cermat. Janganlah suami sedang ada masalah, isteri pula membeli rantai emas besar dan sebagainya,'’ kata beliau.

Aii.. itu je ke kene ubah? Nape tak pindah terus ke rumah yg lebih kecil, tukar pakai kancil, tukar pakai baju murah-murah, meminimumkan perbelanjaan keluarga cam dari gaji beribu-ribu, amek RM2000 jer, baki tu bagi kat kerajaan utk so called subsidi minyak. Kalau sume pemimpin buat camtuh, rasanya kaya kerajaan.

Bukan ke sepatutnya individu dalam negara tu tak kaya, tapi negara yang kaya.

Satria, RM20 baru dapat satu senggat. Adeh.. nampaknya keadaan memaksa kita menghabiskan masa lebih utk dunia. Hanya yang bersungguh sahaja yang terpelihara.

You are currently browsing the nazrulamir.notes weblog archives for March, 2006.