Archive for November, 2005

Adakah kita mengenal Allah seperti mengenal ibubapa?

Kita boleh cerita panjang lebar dan detail tentang mak ayah kita. Kita boleh cerita panjang lebar dan detail tentang kawan kita. Kita boleh cerita panjang lebar dan detail tentang isteri kita. Kita boleh cerita panjang lebar dan detail tentang sedara-mara kita. Tapi jarang sekali kita boleh cerita panjang lebar dan detail tentang Allah.

Kalau ditanya tentang Allah, sudah pastilah jawapannya Allah itu maha Esa. Allah itu Tuhan kita. Allah itu Pencipta alam. Allah tu yang menciptakan kita. Semuanya cerita secara umum je. Tapi bila ditanya tentang mak kita, tak pernah kita menjawab, mak saya seorang perempuan. Mak saya isteri pada ayah saya. Mak saya anak kepada datuk saya. Mak saya yang lahirkan saya. Mak saya jaga saya dari kecil. Tak pernah pun kita ceritakan tentang mak kita tentang secara umum.

Tapi pasti kita akan ceritakan, mak saya nama Maimunah bte Kasim. Mak saya seorang cikgu. Mak saya seorang yang baik. Mak saya suka masak makanan kegemaran saya. Mak saya suka makan kueytiow goreng. Mak saya bila masa lapang selalu membaca majalah-majalah. Mak saya suka tengok cerita Samarinda. Mak saya kerja jadi cikgu dah lama. Mak saya kenal dengan ayah saya.. bla.. bla.. bla.. Maksudnya, bila bercerita tentang mak kita, kita boleh cerita detail, dari apa yang dia suka, sampai apa yang dia tak suka. Kita boleh cerita detail gile, sampailah hal-hal peribadi, perangai mak kita.

Tapi, kenapa orang Islam sendiri, bila ditanya tentang Allah, tak mampu untuk cerita detail macam tu? Kenapa mengutamakan hak mak ayah kita lebih dari hak Allah. Mengapa umat Islam sekarang tiada ruh, kerana mereka semua tidak kenal Allah secara detail. Semuanya bermula dengan mengenal Allah.

Seorang yang baru peluk Islam dengan betul, peluk Islam kerana sudah mengenal Pencipta alam semesta ini. Kebanyakan mereka mencari Pencipta yang sebenar dahulu, mencari siapa Tuhan yang sebenar dahulu. Dan kerana kebenaran itu tidak akan bercanggah dengan kejadian alam, lalu dari mengenal Pencipta itu, automatik mereka dilorongkan kepada Islam. Kerana tiada agama lain di dalam dunia ini yang yakin Pencipta alam ini amatlah hebat sehinggakan tidak memerlukan anak, isteri atau tuhan-tuhan lain. Tiada agama lain di dalam dunia ini yang betul-betul yakin, Pencipta alam ini hanya satu.

Jadi semuanya bermula dengan mengenal Allah.

Islam umpama barang dagang

Islam umpama barang dagang

Tu lah yang macam mana kita ketahui. Di akhir zaman, Islam tu menjadi terlalu asing untuk setiap manusia. Asing kerana, tidak ramai lagi yang mengenal Islam dengan cara yang Allah mahukan berdasarkan bukti–bukti dan hujah-hujah dari al-Quran dan Hadis dan pendapat-pendapat ulama’ salaf dan ulama’-ulama’ yang mengikuti jejak-jejak para Salafus Soleh. Ada sesetengah orang yang mengenal Islam dengan cara yang diri mereka sendiri mahukan. Maksudnya, hanya ambil apa yang sesuai dengan diri sendiri. Yang rasakan bercanggah, dibuang jauh-jauh. Dan apabila datang seseorang menyampaikan Islam sepertimana yang Allah mahukan, dia menolak dan tidak dapat terima. Lalu zaman sekarang, tidak ramai yang berlapang dada menerima Islam sepertimana yang Allah mahukan.

Andaikata, dianggap Islam itu sebagai barang dagangan, jadi, menjadi tanggungjawab setiap individu yang faham Islam macam yang Allah mahukan menjadi salesman untuk memperkenalkan Islam pada umat manusia. Seolah-olah menjadi satu perniagaan. Dan setiap individu salesman itu sudah semestinya memahami dan mempraktikan dahulu Islam sebagaimana yang Allah mahukan. Barulah barang dagangan itu sampai kepada pelanggan dengan pakej yang betul. Tidak rosak.

Kebenaran itu tidak akan bercanggah dengan apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis. Dan memandangkan Islam itu syumul, setiap perkara pasti ada penyelesaiannya dan pasti akan terkandung di dalam al-Quran dan Hadis. Jika masih bercanggah pemikiran kita, atau perlakuan kita, pastilah kita yang bermasalah. Jika ada perlakuan kita yang tidak ada penyelesaian atau terkandung di dalam al-Quran dan Hadis, pastilah perlakuan kita itu bermasalah.

Akal, apabila sampai satu tahap tidak akan bercanggah dengan wahyu. Kerana kebenaran itu hanya satu. Dan jalannya hanya satu. Jika masih bercanggah, ketara sekali, ilmu kita masih belum mencukupi.

Dendang Perantau: Email from 8byte

One thing I like most about Raya is the nostalgic old Raya songs. And one of my favourites is ‘Dendang Perantau’ by P. Ramlee himself.

‘Dendang Perantau’ is a case study in how magic comes out of imperfection. Cos if you listen carefully to the song, you will notice the bass player making more than one mistake. It usually happens in the Bridge sections where the bassist seems to be guessing the first chord.

But, those bass mistakes are integral to the magic of the song. Its imperfectness is accepted, in fact, embraced by fans of the song.

And I think that’s an important lesson in life.

Don’t chase for perfection in everything. Don’t get stressed if it doesn’t come out the way you wanted it to. Just step back and appreciate life as it is. The little flaws that life has, the imperfections and unfairness that life sometimes deals you, well, those are things that make life magical.

You know what I mean.

Syawal ke 5

Dah masuk 5 Syawal, takde mende yang best pon. Raya pertama dengan raya kedua ada la pegi umah sedara-mara. Pastu raya ketiga barulah turn ayah kat sini. Ingatkan nak gi melawat sedara-mara belah ayah. Tapi tengok ayah rilek jer, anak-anak dia pon rilek jugak la. Hehehe.

Masa raya pertama dengan raya kedua, seronok jugak tengok opah seronok tengok semua ahli keluarga berkumpul. Opah aku sakit, muka tak bermaya jer. Tapi bila tengok ramai anak-anak die, cucu-cucu die berkumpul, nampak kegembiraan, nampak ceria sikit muka die. Best.

Lama juga tak jumpa sedara-mara belah mak ni. Semua dah kawin jer. Aku sorang je yang belum kawin ni. Semua dah ada anak dah. Ces! Ces! Ces! Takleh jadi ni. Ketinggalan sungguh. :P Semua orang dah sibuk dengan family masing-masing. So, tu yang susah sikit nak berjumpa tuh. Jadi, time-time cam ni la, nak tanya kabar sembang-sembang balik. Cuma ngan pak-pak sedara ni, rasa cam tak best sket sembang. Mungkin sebab dah lama tak jumpa kot.

Erm, takpe la, ada yang tersurat disebalik yang tersirat tuh.

Selamat Hari Jadi yang ke 23.

Hohoho.. Rupa-rupanya aku baru 23 tahun. Tahun depan aku masih 23 tahun walaupun kalau ikut tahunnya, aku berusia 24 tahun. Cemane tu ek? Macam tahun-tahun yang sebelumnya, besday aku cam biasa je. Banyak menghabiskan masa dengan menyendiri. Malas lak nak keluar celebrate untuk diri sendiri.

Tak ramai yang wish aku, hanya ada dua orang sahabat baik, dua orang adik angkat dan seorang adik dan mak aku je. Hehe, takpe. Tak rasa bangga pun dah bertambah usia satu tahun lagi. Ianya tidak ada maksud apa-apa, melainkan berkurangnya satu tahuhn lagi tempoh untuk aku hidup di dalam dunia ini, andaikata aku ditakdirkan hidup lama.

Sepanjang 23 tahun aku hidup ini, banyak penyesalan dan banyak langkah-langkah songsang yang telah aku lakukan. Andai ada alat untuk memadamkan segala memori yang aku lalui, semestinya aku akan menggunakan alat itu. Hehe. Tak ingin rasanya untuk menoleh ke belakang melihat kembali apa yang aku dah lalui. 23 tahun ini, terlalu membazir untuk dikirakan umur aku sebagai seorang hamba Allah.

Jadi untuk kesempatan kali ini, aku ingin mengingatkan kembali diri sendiri mengapa aku dilahirkan di dunia ini, mengapa aku wujud di dalam dunia ini.

Pertama sekali, kewujudan aku di dunia ini, sama seperti kewujudan orang-orang lain, iaitu untuk mengabdikan diri dan menyembah Allah yang Esa. Senang cakap, tujuan aku di wujudkan hanya untul menjadi kuli batak Allah, hanya untuk fanatik kepada Allah, hanya untuk memuji Allah, hanya untuk bekerja untuk Allah. Bukannya untuk mendapatkan pekerjaan yang elok, bukan untuk mendapat sijil degree, bukan untuk menenjoykan diri dengan kawan-kawan, bukan untuk melancong ataupun sebagainya.

Kedua, kewujudan aku di dunia ini, sama seperti kewujudan orang-orang lain, iaitu untuk mengajak manusia kepada Allah, untuk memperkenalkan Allah kepada manusia-manusia yang tidak mengenal Allah. Untuk menjadi magnet kepada manusia, menarik mereka ke arah kebaikan. Kerana Islam itu hanya menuntut yang terbaik sahaja. Bukannya mengajak manusia ke konsert-konsert, ataupun mungkin ke funfair-funfair, atau mungkin ke disko-disko, atau mungkin ke rumah-rumah pelacuran. Selagi adanya nilai Allah di sesuatu tempat itu, ke situlah kita mengajak manusia.

Ketiga, kewujudan aku di dunia ini, sama seperti kewujudan orang-orang lain, iaitu untuk merampas pentadbiran alam ini daripada tangan orang bukan Islam dan mentadbir alam ini. Kerana sejarah memang membuktikan, disamping kemajuan yang dibawa oleh orang bukan Islam, yang datang bersama sekali adalah kerosakan alam. Kerana alam ini ditadbir tanpa ada perasaan rasa diawasi oleh Allah.

Waahh.. bunyinya macam EXTRAVAGANZA jer. Tapi tu semua peringatan untuk aku je. Sebab aku selalu kene tipu dengan dunia. Kejap-kejap kang kepala weng, nak kejar itu, nak kejar ini. Tu yang malas tu. Untuk masing-masing, tentunya korang ada matlamat korang sendiri dalam hidup ye tak? Cuma aku jer, takde matlamat khusus untuk hidup. Lepas 23 tahun cuba mengejar impian, terasa cam dah tak best lak. Bukannya leh bawak kereta Ferrari tu jumpa Allah nanti kan? Tak ke rasa sia-sia je berusaha 10 tahun, struggle gila-gila untuk beli kereta Ferrari tu? Pastu dah mati kena tinggalkan kat orang lain.

Eid Mubarak

Alhamdulillah sekali lagi, dah raya dah. Esok nak bergumbira bersama-sama rakan selepas 10 mlm mengasingkan diri demi menghabiskan masa bersama Tuhan aku. Hehehe. Seronok. eh, ye ke seronok? Tgk KL cam biasa je. Cam takde pape je. Walaupun dah kurang sket orang dari kebiasaan.

Masuk ni, dah berapa lama tak beraya kat kampung ek? Tak ingat la pulak. 4 ke, 5 thn. Tak ingat dah. Biasa la. Mula-mula cam tak best jer. Lama-lama dah biasa. Last-last dapat faham, raya yang sebenarnya ialah raya di dalam diri. Meraikan kemerdekaan diri yang sedikit sebanyak sudah merdeka dari ikatan manusia, ikatan kejahilan.

Tahun ni, maktuk ngan opah pon kebetulan ada kat KL. So, semua sedara mara turun KL. So, takde sapa kat kampung rasanya. Jadi, esok, mungkin melilau serata KL pergi umah sedara mara. Hm.. agak lama jugak la tak jumpa dorang. Ramai sangat. Cam jenuh pulak nak stay in touch dengan dorang. Lagipon, semua sedara mara dah besar-besar dah. Dah tak rapat cam masa bebudak dulu. Huh, rindu pulak, dulu masa kecik-kecik mandi sungai sesama. Mandi tali air sesama. Men bunga api sesama. Sekarang semua dah besar, semua handle life masing-masing.

Jadi, raya-raya yang berikutnya, duduk beraya dengan family sendiri. Membahagiakan kedua ibubapa sendiri. Tapi, sempena raya ni, peluang terbaik la pulak nak merapatkan silaturrahim sesama sedara-mara kan? Lagipun setahun sekali jer. Hehehe.

Oklah, jadi, sempena hari raya ni, aku ingin memohon maaf daripada semua rakan-rakan aku yang masih lagi berjumpa, mahupun yang sudah tidak ketemu. Semoga kalian semua berada di dalam cahaya Allah. Semoga kalian semua berjaya merebut pangkat ‘Orang yg Syahid di jalan Allah’. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Hari terakhir puasa

Alhamdulillah, hari ni hari last puasa. Banyak gile peristiwa yang telah berlaku sepanjang bulan ni. Rasa sedih pulak Ramadhan nak abis. Sedih kerana, bulan yang penuh rahmat ini sudah tiba dipenghujungnya. Amat rugilah bagi sesiapa yang tidak cuba sedaya upaya mencari keampunan dan keredhaan Allah dalam bulan ini. Dan beruntunglah bagi sesiapa yang mencarinya.

Walaupun dalam bulan ni, life aku kelam-kabut sket, tapi di dalamnya terdapat ketenangan yang tak dapat aku carik kat mana-mana. Rasa selesa. Rasa privacy. Dan seperti biasa, kita ni tak terlepas dari tunjuk ajar dari Allah sepanjang hidup kita. So, sepanjang bulan nih, ada kelas intensif dari Allah. Byk latih-tubi. Alaa.. macam nak amek SPM tuh, tetiap ari ada latih-tubi. Byk belajar dalam bulan ni.

Dan yang aku sedar, alhamdulillah, Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Alhamdulillah. Walaupun sebenarnya aku target tahun ni lebih, tapi takpelah, beramal sesuai mengikut kemampuan. InsyaAllah, tahun depan jika aku masih lagi hidup, aku akan buat yang lebih baik dari tahun ini. Mudahan-mudahan aku dipanjangkan umur.

Iktikaf, the end.

Dalam mengejar malam Qadr, byk benda yg aku lalui. Rasa manis. Dalam mengejar Allah tuh, terasa segala usaha tu berbaloi. Walaupun aku pon taktau nak define cemane malam Qadr tuh, tapi kalau kebetulan antara malam-malam yang aku hidupkan tu adalah malam Qadr, Alhamdulillah. Syukur sangat pada Allah.

Dari masjid Subang hinggalah masjid Kajang. Memandangkan aku kene bekerja pada siang hari, terpaksalah berulang-alik setiap hari. 2 malam ulang-alik Melawati-Subang. Malam-malam seterusnya ulang alik Melawati-Kajang. Walaupun memang tersangatlah penat, tapi rasa puas. Lagipun, memandangkan suasana di masjid Melawati ni takde, jadi, gagahkanlah juga diri pergi ke Kajang. Kebetulan malam first yang aku pergi, aku rasa tenang sangat. Duduk beramai-ramai bersama orang-orang yg mencari malam Qadr. Kat Melawati ni takde orang.

Itulah bezanya, berperang seorang dan berperang beramai-ramai. Perasaan tu lain. Bila tgk orang lain lebih banyak amal dari kita, kita pon berlumba-lumba nak mengatasi mereka. Bila sorang, kemampuan diri tu tak dapat nak ukur. Sebenarnya, kita mampu untuk buat lebih dari apa yang kita sangkakan.

Cuma, pada malam-malam hari bekerja, kurang kawan je, walaupun masjid tu penuh dengan orang. Masing-masing iktikaf di kawasan rumah masing-masing. Tapi, bila hujung minggu, baru ramai orang. Bertambah seronok. Kawan-kawan ramai, yang bukan kawan-kawan pon ramai.

Segala sudah tamat. Penat-lelah selama ini, insyaAllah Allah akan balas. Moga-moga kita sentiasa dilindungi dari fitnah Dajjal, azab kubur dan azab Neraka. Semoga kita ditempatkan di dalam Syurga-Nya. Amin, ya Rabbal ‘Alamin.

You are currently browsing the nazrulamir.notes weblog archives for November, 2005.