Gambar ni aku amek masa aku camping kat pangkor dengan kawan-kawan aku. Camping kali tu betul-betul buat aku rasa dekat dengan Allah. Rasa bersahabat baik dengan alam. Kerana kami duduk bersama-sama makhluk ciptaan Allah yang tidak henti-henti berzikir pada-Nya. Kita tak pernah terlepas dari pemerhatian Allah. Dia sentiasa berada di sisi kita tak kira di mana sahaja.


[64:1] Senantiasa bertasbih kepada Allah apa yang di langit dan apa yang di bumi; hanya Allah-lah yang mempunyai semua kerajaan dan semua puji-pujian; dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.
[59:24] Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
[22:18] Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan dan bintang-bintang dan gunung-ganang dan pokok-pokok kayu dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia?
Semuanya tunduk kecuali manusia. Manusia di beri pilihan untuk sama ada bertaqwa atau menentang Allah [91:8]. Itulah pentingnya tarbiyah. Agar kita sama2 dikembalikan untuk tunduk patuh kepada Allah. Jangan sekali kali meninggalkan tarbiyah kerna ia ibarat neukleus kepada diri sendiri dan juga da’wah.