Islam umpama barang dagang

Islam umpama barang dagang

Tu lah yang macam mana kita ketahui. Di akhir zaman, Islam tu menjadi terlalu asing untuk setiap manusia. Asing kerana, tidak ramai lagi yang mengenal Islam dengan cara yang Allah mahukan berdasarkan bukti–bukti dan hujah-hujah dari al-Quran dan Hadis dan pendapat-pendapat ulama’ salaf dan ulama’-ulama’ yang mengikuti jejak-jejak para Salafus Soleh. Ada sesetengah orang yang mengenal Islam dengan cara yang diri mereka sendiri mahukan. Maksudnya, hanya ambil apa yang sesuai dengan diri sendiri. Yang rasakan bercanggah, dibuang jauh-jauh. Dan apabila datang seseorang menyampaikan Islam sepertimana yang Allah mahukan, dia menolak dan tidak dapat terima. Lalu zaman sekarang, tidak ramai yang berlapang dada menerima Islam sepertimana yang Allah mahukan.

Andaikata, dianggap Islam itu sebagai barang dagangan, jadi, menjadi tanggungjawab setiap individu yang faham Islam macam yang Allah mahukan menjadi salesman untuk memperkenalkan Islam pada umat manusia. Seolah-olah menjadi satu perniagaan. Dan setiap individu salesman itu sudah semestinya memahami dan mempraktikan dahulu Islam sebagaimana yang Allah mahukan. Barulah barang dagangan itu sampai kepada pelanggan dengan pakej yang betul. Tidak rosak.

Kebenaran itu tidak akan bercanggah dengan apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis. Dan memandangkan Islam itu syumul, setiap perkara pasti ada penyelesaiannya dan pasti akan terkandung di dalam al-Quran dan Hadis. Jika masih bercanggah pemikiran kita, atau perlakuan kita, pastilah kita yang bermasalah. Jika ada perlakuan kita yang tidak ada penyelesaian atau terkandung di dalam al-Quran dan Hadis, pastilah perlakuan kita itu bermasalah.

Akal, apabila sampai satu tahap tidak akan bercanggah dengan wahyu. Kerana kebenaran itu hanya satu. Dan jalannya hanya satu. Jika masih bercanggah, ketara sekali, ilmu kita masih belum mencukupi.

No Responses to “Islam umpama barang dagang”  

  1. No Comments

Leave a Reply