KUALA LUMPUR 26 Nov. - Fahaman Wahhabi yang mengetepikan amalan sunah umat Islam negara ini sejak turun-temurun, kini dikatakan semakin berkembang terutama di kalangan cerdik pandai muda. Kumpulan ini menolak amalan membaca al-Quran untuk orang yang meninggal dunia, membaca Yasin, qunut, tahlil, talkin, berdoa, berzikir, ziarah kubur dan pelbagai lagi perkara harus dan sunat yang menjadi amalan Ahli Sunah Waljamaah. Bla.. bla.. bla..
Aisey.. fakta salah la. Rasanya dah ramai cendekiawan kita terangkan apa itu Wahhabi, apa itu Salafi. Macam membazir masa je nak terangkan balik ulang-ulang benda yang sama. Tak faham-faham jugak. Matlamat kita kan nak mencapai keRedhaan Allah dgn cara yang Allah dah gariskan?
Kita semua membaca al-Quran, membaca Yasin (tp bukan restrict mlm Jumaat je), membaca Qunut (tp bukan restrict utk Subuh je.), Bertahlil (tp bukan utk kematian), Bertalkin (tp bukan utk org yg sudah meninggal dunia), berdoa (pd Allah sahaja), berzikir (dgn zikir yg mathur), berziarah kubur (bkn utk memuja tp sbg peringatan kpd kematian). Kita semua beribadah, tetapi dgn apa yg Allah dah tetapkan bagaimana caranya dan di mana tempat dan masanya.
Bukan ke syarat diterima ibadah kita ada dua, iaitu:
1. Ikhlas kerana Allah -> kerana “Tiada Tuhan selain Allah.”
2. Ikut cara yang Rasulullah tunjukkan -> kerana “Muhammad itu pesuruh Allah.”
Andai beribadah mengikut sebijik apa yang terkandung dalam Quran dan Hadis itu dinamakan Wahhabi.. maka aku tak kisah digelar Wahhabi. Tak kisah la nak bagi nama apa pun. Bila disebut mencari keRedhaan Allah tu, jalannya hanya satu. Iaitu ikut sebijik-bijik Quran dan Hadis mengikut kemampuan.
Untuk keterangan tentang wahabi:
- Wahhabi berleluasa???-Satu fitnah!!! - Respons kpd artikel Utusan.
- Katakan tidak pada Wahhabi
- Apakah Wahabi itu? Apakah Termasuk Ahlulsunnah?


Saya setuju pendapat tuan, apa yang di amal mengikut garis panduan iaitu al Quran dan Sunnah Nabi saw itulah jalan yang benar, bukan Wahhabinya, bukan Imam mazhabnya atau ahli sunnah waljamaahnya. Adapun sering dikatakan tuduhan ini dan itu, yang menuduh itu bukannya betul, kebanyakan amalan mereka bertentangan dengan ajaran Imam Syafiee atau lari disegi akidah kepercayaan ahlul sunnah wal Jamaah. maka yang mana satu nak ikut, adakah Islam ini tidak seragam atau lari yang ditujuk ajar oleh Rasulullah.