Adakah kita mengenal Allah seperti mengenal ibubapa?
Published 4 years, 10 months ago
, Kita boleh cerita panjang lebar dan detail tentang mak ayah kita. Kita boleh cerita panjang lebar dan detail tentang kawan kita. Kita boleh cerita panjang lebar dan detail tentang isteri kita. Kita boleh cerita panjang lebar dan detail tentang sedara-mara kita. Tapi jarang sekali kita boleh cerita panjang lebar dan detail tentang Allah.
Kalau ditanya tentang Allah, sudah pastilah jawapannya Allah itu maha Esa. Allah itu Tuhan kita. Allah itu Pencipta alam. Allah tu yang menciptakan kita. Semuanya cerita secara umum je. Tapi bila ditanya tentang mak kita, tak pernah kita menjawab, mak saya seorang perempuan. Mak saya isteri pada ayah saya. Mak saya anak kepada datuk saya. Mak saya yang lahirkan saya. Mak saya jaga saya dari kecil. Tak pernah pun kita ceritakan tentang mak kita tentang secara umum.
Tapi pasti kita akan ceritakan, mak saya nama Maimunah bte Kasim. Mak saya seorang cikgu. Mak saya seorang yang baik. Mak saya suka masak makanan kegemaran saya. Mak saya suka makan kueytiow goreng. Mak saya bila masa lapang selalu membaca majalah-majalah. Mak saya suka tengok cerita Samarinda. Mak saya kerja jadi cikgu dah lama. Mak saya kenal dengan ayah saya.. bla.. bla.. bla.. Maksudnya, bila bercerita tentang mak kita, kita boleh cerita detail, dari apa yang dia suka, sampai apa yang dia tak suka. Kita boleh cerita detail gile, sampailah hal-hal peribadi, perangai mak kita.
Tapi, kenapa orang Islam sendiri, bila ditanya tentang Allah, tak mampu untuk cerita detail macam tu? Kenapa mengutamakan hak mak ayah kita lebih dari hak Allah. Mengapa umat Islam sekarang tiada ruh, kerana mereka semua tidak kenal Allah secara detail. Semuanya bermula dengan mengenal Allah.
Seorang yang baru peluk Islam dengan betul, peluk Islam kerana sudah mengenal Pencipta alam semesta ini. Kebanyakan mereka mencari Pencipta yang sebenar dahulu, mencari siapa Tuhan yang sebenar dahulu. Dan kerana kebenaran itu tidak akan bercanggah dengan kejadian alam, lalu dari mengenal Pencipta itu, automatik mereka dilorongkan kepada Islam. Kerana tiada agama lain di dalam dunia ini yang yakin Pencipta alam ini amatlah hebat sehinggakan tidak memerlukan anak, isteri atau tuhan-tuhan lain. Tiada agama lain di dalam dunia ini yang betul-betul yakin, Pencipta alam ini hanya satu.
Jadi semuanya bermula dengan mengenal Allah.
