Archive for November, 2005

Mereka membenci Malaysia?

Semalam aku dapat satu link ke sebuah website Thailand dari kawan aku. Aku pun gi la tengok. Kat situ ada sorg warga singapura (rasanya) bercerita tentang pengalaman dia datang Malaysia untuk melancong. Ketika melalui imigresen, dia diminta rasuah oleh pegawai di situ (taktau betul ke tak kisah dia ni). Dan kerana pengalaman itu, dia sudah tawar hati utk datang ke Malaysia lagi.

Ada sorang lagi, dia ni pernah datang Malaysia untuk melancong. Pernah, mamat ni tersesat. Lalu bertanya pada polis. Tapi polis tu minta duit. Wallahu’alam. Betul ke tak apa yang dorg ceritakan. Tapi kebanyakkan pos kat situ, ramai yang pernah datang Malaysia dan taknak datang lagi. Dorg kata, dorg lagi prefer Thailand atau Singapura dari Malaysia. Taktau la.

Tapi ada gak pelancong-pelancong yang ‘back-up’ Malaysia.

Kalau tak suka Malaysia sebab Malaysia ni tak cantik ke, bosan ke, takpe. Tapi alasan mereka tak mahu ke Malaysia adalah kerana sikap rakyat Malaysia sendiri. Dalam usaha Malaysia nak mempromosi diri ke serata dunia dengan slogan “Malaysia… truely asia”, ada lagi yang cuba meruntuhkan usaha-usaha yang dilakukan.

Tapi nak wat cemane, aku pon kadang-kadang cuak gak nak jalan sorg-sorg kat KL. Macam-macam leh jadi. Bukan kat Malaysia je, kat negara lain pun menghadapi masalah yang sama.

Selagi dunia tak dibajai dengan nilai Islam yang sebenar, takkan selamat untuk dihuni.

Fahaman Wahhabi menular?

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Fahaman Wahhabi yang mengetepikan amalan sunah umat Islam negara ini sejak turun-temurun, kini dikatakan semakin berkembang terutama di kalangan cerdik pandai muda. Kumpulan ini menolak amalan membaca al-Quran untuk orang yang meninggal dunia, membaca Yasin, qunut, tahlil, talkin, berdoa, berzikir, ziarah kubur dan pelbagai lagi perkara harus dan sunat yang menjadi amalan Ahli Sunah Waljamaah. Bla.. bla.. bla..

Aisey.. fakta salah la. Rasanya dah ramai cendekiawan kita terangkan apa itu Wahhabi, apa itu Salafi. Macam membazir masa je nak terangkan balik ulang-ulang benda yang sama. Tak faham-faham jugak. Matlamat kita kan nak mencapai keRedhaan Allah dgn cara yang Allah dah gariskan?

Kita semua membaca al-Quran, membaca Yasin (tp bukan restrict mlm Jumaat je), membaca Qunut (tp bukan restrict utk Subuh je.), Bertahlil (tp bukan utk kematian), Bertalkin (tp bukan utk org yg sudah meninggal dunia), berdoa (pd Allah sahaja), berzikir (dgn zikir yg mathur), berziarah kubur (bkn utk memuja tp sbg peringatan kpd kematian). Kita semua beribadah, tetapi dgn apa yg Allah dah tetapkan bagaimana caranya dan di mana tempat dan masanya.

Bukan ke syarat diterima ibadah kita ada dua, iaitu:
1. Ikhlas kerana Allah -> kerana “Tiada Tuhan selain Allah.”
2. Ikut cara yang Rasulullah tunjukkan -> kerana “Muhammad itu pesuruh Allah.”

Andai beribadah mengikut sebijik apa yang terkandung dalam Quran dan Hadis itu dinamakan Wahhabi.. maka aku tak kisah digelar Wahhabi. Tak kisah la nak bagi nama apa pun. Bila disebut mencari keRedhaan Allah tu, jalannya hanya satu. Iaitu ikut sebijik-bijik Quran dan Hadis mengikut kemampuan.

Untuk keterangan tentang wahabi:

Buai laju-laju.

Buai laju-laju

Gambar ni pon aku amek kat pangkor. Best lak tengok gambar ni. Duduk di atas buaian, berehat sambil melihat keluasan langit dan laut. Kaki pula sesekali dicium ombak pantai. Huh! Buat lagu pantai best ni.

Kadang-kadang, bila hati sedang berduka, otak sedang bercelaru, terasa tenang melihat ciptaan-ciptaan Allah. Teringin nak pergi ke pantai lagi. Bukan kerana apa, di sini, permandangan diganggu oleh pokok-pokok yang tinggi, bangunan-bangunan yang tinggi. Di sana, permandangan tidak dihalang. Dapat melihat sejauh-jauhnya, seluas-luasnya. Barulah dikatakan beratapkan langit, berlantaikan bumi.

Bila melihatkan alam yang terbentang di depan mata tanpa ada apa-apa yang menghalang penglihatan, terasa kecil sangat diri ini berbanding dengan ciptaan-ciptaan Pencipta yang lain. Tapi makhluk yang kecil inilah telah diberikan amanah yang amat besar, yang gunung-ganang pun tidak mampu menanggungnya.

Kalau melihat jauh ke lautan, tak terjangkau penglihatan kita apa yang ada di sebelah sana. Terfikir, mampukah diri ini mengislahkan apa yang ada di depan mata. Tentu pengorbanan yang diperlukan bukan calang-calang. Sudah tentulah kita dilahirkan bukan untuk suka-suka melainkan untuk menanam benih-benih Islam dan menyuburkannya di serata tempat, sejauh, seluas mana yang kita mampu.

Ya Allah, andai aku terlalai seketika, sedarkanlah aku, sesungguhnya, aku tidak mempunyai kemampuan melainkan Engkau berada di sisi aku membantu aku. Ameen.

Kesilapan aku yang dijelaskan.

1. Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling,
2. karena telah datang seorang buta kepadanya.
3. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa).
4. atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya?
5. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup,
6. maka kamu melayaninya.
7. Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman).
8. Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran),
9. sedang ia takut kepada (Allah),
10. maka kamu mengabaikannya.

80:1-10

Tulisan yang lebih berinformasi?

Hehe.. seronok gak baca-baca blog orang lain yang tulis tentang pelbagai topik semasa. Rasa kagum dengan mereka, kerana mampu up-to-date dengan perkembangan semasa. Dan mampu pula berbincang mengenainya. Rasa macam dorang boleh fokus kat semua benda. Mesti letihkan nak baca semua-semua info pasal isu semasa, pastu nak kumpul maklumat dan menulis dan memberi komen.

Aku lak, tak mampu pulak nak wat cam tu. Aku ni jenis tak reti nak sembang-sembang pasal isu-isu semasa ni. Rasa macam luas sangat dan terlampau banyak sangat. Tapi rasa macam kene mula banyakkan membaca gile-gile jer tentang perkembangan semasa ni. Hehe.. cuba jelah.

Hanya berpandukan akal?

Disekeliling aku, ramai sangat yang hebat bila berhujah tentang Islam. Kebanyakkannya yang tahu hanyalah satu atau dua ayat. Tapi berhujah sehingga berjam-jam. Selebihnya banyak berhujah menggunakan akal. Bila diteliti kembali, semua hujah-hujahnya hanyalah pandangannya tentang Islam. Bukannya pandangan Allah tentang Islam. Sedangkan diri mereka pon kebanyakkan dari masanya mengejar dunia, bukan ditumpukan untuk mempelajari Islam dan mengamalkannya dengan cara yang betul.

Bila ditegur supaya diberikan hujah yang lebih jelas, aku dituduh terlalu dalam mempelajari Islam. Tak faham. Kenapa subjek Matematik, kita sendiri tau nak belajar dalam-dalam, macammana setiap formula berfungsi. Nak hujah-hujah yang nyata. Tapi bila berkenaan dengan Islam, tak mahu pelajari dengan mendalam. Dan belajar sendiri. Dan berbangga kerana mencari Islam sendiri, dan faham sendiri.

Dan yang paling menyampah, iktiraf diri sendiri hidup berpandukan al-Quran dan Hadis. Sedangkan bila ditanya dimana hidup berpandukan al-Quran dan Hadis itu diimplementasikan, selalunya tiada jawapan yang jelas. Seperti biasa, pusing-pusing sampai aku yang pening.

Aku bukan klaim aku yang terbaik tapi menyampah bila diri sendiri selalu menunding kelemahan orang lain. Dan bila ditunding pula kelemahan dia, fakta tu akan dipusing-pusing sehingga nampak seolah-olah semua itulah kelemahan kita. Bila dianjurkan mengakui kelemahan diri sendiri, disuruh pula kita yang menerima kelemahan diri.

Bahaya sangat pemikiran yang selalu bergantung pada diri sendiri. Kerana ketika itu, kita akan beranggapan, semua kata-kata orang lain ketepikan kerana mereka tidak faham diri kita. Awal-awal lagi dah letakkan dinding antara kita dan orang lain. Kita hanya akan terima apa yang dikatakan oleh diri kita sahaja, ataupun apa yang kita “approve” sahaja.

Bila sampai tahap tu, bila kita berjaya, kita menyangka kejayaan itu milik kita. Kita menyangka kita berjaya dengan usaha kita yang bersungguh-sungguh. Masa tu kita hanya tahu membetulkan orang lain. Sedangkan diri kita, hanya bergantung pada diri kita je untuk perbetulkan.

Aku ada contoh di depan mata aku yang aku taknak kut sampai aku mati. Nampak jelas dia seperti tuhan kepada dirinya sendiri tapi bila diberitahu, menafikannya dan pusing-pusing balik seolah-olah kita pula yang salah.

Aku bukan tuhan pada diri sendiri. Aku berjaya jika Allah nak aku berjaya. Sebab takde satu pun yang aku dapat selama ini aku dapatkan sendiri. Kerana alam beredar bukan mengikut kehendak aku, tapi kehendak Pencipta. Tapi, Pencipta sendiri mahukan kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah diri kita sendiri. Masa tiba kejayaan itulah kita diuji.

Bagi mereka yang tahu, mereka tahu kepada siapa tulisan ini ditujukan. Pening layan orang otak bisnes ni, cakap pusing-pusing.

Perintah beristiqamah.

Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

11:112

Utk beristiqamah, perlu bersama-sama dengan orang yang bertaubat. Bermakna perlu berjemaah dengan jemaah yang jelas dengan al-Quran dan Hadis. Dan mempunyai hujah yang nyata seperti firman Allah:

Katakanlah: “Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.”

12:108

Dan bukan dengan hanya persangkaan.

Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.

10:36

Wallahu’alam.

Beristiqamahlah.

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu.”

41:30

Mencari rezeki?

Mencari rezeki

Gambar ni pon aku amek kat pangkor jugak. Ada pakcik tengah bawak bot. Taktau la dia buat ape ronda-ronda laut. Mungkin bersiar-siar, mungkin mencari rezeki. Tak sempat lak tanye die. Tapi teringat kat nelayan-nelayan yang mencari rezki di lautan. Tak semudah mencari rezeki di atas darat. Tapi kelebihan mereka rasanya, mereka berhadapan dengan bukti-bukti kekuasaan Allah yang amat jelas dan terbentang luas.

Langit dan bumi milik Allah.

Lagit dan bumi milik Allah.

Gambar ni aku amek masa aku camping kat pangkor dengan kawan-kawan aku. Camping kali tu betul-betul buat aku rasa dekat dengan Allah. Rasa bersahabat baik dengan alam. Kerana kami duduk bersama-sama makhluk ciptaan Allah yang tidak henti-henti berzikir pada-Nya. Kita tak pernah terlepas dari pemerhatian Allah. Dia sentiasa berada di sisi kita tak kira di mana sahaja.

You are currently browsing the nazrulamir.notes weblog archives for November, 2005.