Di bahagian Dzikir, Do’a, Taubat, Istighfar di dalam Sahih Muslim, jelas menunjukkan, anjuran Rasulullah dalam berdoa. Pertama-tama sekali, di bahagian ini, di dahului dengan Hadis tentang sangkaan kita kepada Allah:
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah bersabda: “Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman: Aku sentiasa menurut sangka hamba-Ku kepada-Ku….”
Hadis nombor 2300.
Kemudian selang beberapa hadis, di sebutkan hadis berkenaan tentang kita perlu yakin Allah akan mendengar dan mengabulkan doa kita:
Dari Anas r.a katanya Rasulullah bersabda: “Apabila kamu mendoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh yakin dalam doa (bahwa Allah Ta’ala mendengar dan mengabulkan). Jangan kamu mendoa dedngan kalimat: Wahai Allah, jika Engkau mahu, berilah aku! Kerana sesungguhnya Allah Ta’ala tidak dipaksa memenuhi suatu doa.”
Hadis nombor 2303.
Jelas kat sini, pertama-tama kita dianjurkan untuk bersangka baik kepada Allah. Kerana hanya milik Allah sahajalah Nama-nama yang Baik ini. Lalu kita diminta yakin bersungguh-sungguh Allah mendengar dan akan mengabulkan doa kita. Tapi semuanya tidak sekadar bergantung kepada keyakinan semata. Kerana kita sendiri khuatir samada doa yang dimakbulkan itu adalah Rahmat ataupun Celaan(Istidraj) Allah kepada kita. Oleh itu, kita sendiri perlu pastikan, Aqidah dan Amalan kita betul-betul mengikut sebagaimana yang Allah mahukan dan pastikan diri kita menunaikan segala Perintah wajibnya sebaik mungkin. Allah pelindung bagi orang-orang yang beriman.
Wallahu’alam.

