Setiap kali aku baca surah at-Taubah, mesti rasa macam sesak dada. Berat semacam je. Kalau surah-surah lain, aku boleh baca dengan lancar, surah ni, aku baca mesti tersangkut-sangkut. Taktau kenapa. Tapi bila lepas abes baca surah ni, rasa macam lega sangat hati. Ringan je rasa. Nak terbang-terbang je.
Dan bulan puasa jugak adalah bulan pengampunan. Bagi aku. Peluang nak mendapat keampunan Allah tu terbuka luas. Cuma tinggal nak bersungguh je dalam mencari Allah. In fact sebenarnya mana-mana bulan pun, keampunan Allah tu terbuka. Cuma pada bulan ini, macam aku katakan sebelum ni, pahala bersepah utk kita kutip.
Bila ingat balik Ramadhan-Ramadhan sebelum ni, Tak satu pun aku lalui dengan penuh kefahaman. Dan kefahaman tu sebenarnya diasuh secara berperingkat-peringkat. Melalui kesungguhan untuk mencari Allah. Dan yang pertama sekali dalam mencari Allah ialah, kita kena lepaskan segala-gala yang bersifat hanya kebaikan untuk diri kita. Pada pandangan aku. Untuk mengelak dari kita hanya menerima risalah Islam yang hanya sesuai dengan kehendak kita. Yang tak sesuai, kita tolak.
Kita dilahirkan ibarat kain putih. Orang melayu kata ibarat kain putih. Tapi dalam hadis sebut fitrah, maksudnya suci kerana kita telah bersaksi dan telah berjanji dengan Allah sebelum lahir lagi, di alam roh, untuk menjadi hamba yang seratus peratus hidupnya hanya kerana Allah, bukan sebab nak kaya la, apa la, terkenal la, jadi bos ke, ape ke. Ini tepat seperti mana firman Allah di dalam surah al-a’raaf ayat 172. Tapi masih ada yang gatal-gatal nak tafsir sendiri. Ada kata walaupun kain putih, tapi dah bercorak. Huh.. mintak dilindungi dari kesesatan yang nyata dan tersembunyi.
Dan apabila sudah timbul kesadaran dari mana kita datang, untuk apa kita datang, maka disitulah taubat itu memainkan peranan. Kita memohon keampunan dari Allah kerana selama ini, kita terpengaruh dengan ibu bapa kita yang tidak faham Islam dengan fahaman yang betul. Kita terpengaruh dengan kawan-kawan yang tidak dibesarkan dengan suasana Islam. Kita terpengaruh dengan negara Islam yang raaaaamaaaaiii gile perempuan Islam yang seksi-seksi, tak tutup aurat. Bagi orang lain tengok free. Hahaha.
Jadi, sempena kesempatan yang masih ada ni, aku ingin kembali kepada Allah. Marilah kita sama-sama kembali kepada Allah kerana andaikata, negara Malaysia ini ditimpa taufan/tsunami/gempa bumi, kita dimatikan di dalam niat utk mengagungkan Allah dan tunduk kepada kekuasaan-Nya.


suka baca….
bgusla…
Ramadhan pertengahan-pengampunan
Ramadhan terakhir-lailatul qadr dan terlepas dari azab neraka