Archive for October, 2005

Pengampunan.

Setiap kali aku baca surah at-Taubah, mesti rasa macam sesak dada. Berat semacam je. Kalau surah-surah lain, aku boleh baca dengan lancar, surah ni, aku baca mesti tersangkut-sangkut. Taktau kenapa. Tapi bila lepas abes baca surah ni, rasa macam lega sangat hati. Ringan je rasa. Nak terbang-terbang je. :P

Dan bulan puasa jugak adalah bulan pengampunan. Bagi aku. Peluang nak mendapat keampunan Allah tu terbuka luas. Cuma tinggal nak bersungguh je dalam mencari Allah. In fact sebenarnya mana-mana bulan pun, keampunan Allah tu terbuka. Cuma pada bulan ini, macam aku katakan sebelum ni, pahala bersepah utk kita kutip.

Continue reading “Pengampunan.”

Taktau nak tulis tajuk ape.

At last, aku tukar enjin blog aku kepada wordpress. Yang sebelum ni, aku pakai yang aku buat sendiri. Sebenarnya, yang sendiri punyer tu saja je gatal-gatal tangan nak men2 ngan PHP ni. Last-last, aku malas nak update dah. Sekarang, dah ada tanggungjawab yang lebih. Jadi takleh nak men-men dah ngan PHP ni. :P

Tapi sepanjang men-men ngan PHP ni, byk benda aku belajar. Dari benda yg simple, sampai la benda yang kompleks. Dan satu benda yg aku sedar. Aku tak berapa gemar men ngan kod ni. Penin kepala. Mungkin aku tak berbakat kot. Bab-bab coding, aku suka sebagai hobi je, utk dijadikan kerjaya, huh.. tak suka.

Aku belajar satu benda yang best. Coding ni macam nak mencipta sesuatu. Kalau kurang satu kod, sistem takleh jalan. Macam tu jugaklah aku nampak ciptaan Allah ni. Sebenarnya, manusia ni tiru bulat-bulat je kekuasaan Allah. Dorang tak sedar. Nak hidup kene ada sistem yang teratur. Tapi takde sistem yang teratur dalam dunia ni selain Islam. Maksud aku, Islam yang sebenar-benarnya. Ikut sebijik macam al-Quran dan Sunnah.

Bulan membeli-belah.

Ramadhan yg dirindui sudah menjelma. Alangkah seksana setahun menunggu. Kerana di bulan ini, terdapat ketenangan yg tidak dapat dikecapi di dalam bulan lain. Terasa di dalam Ramadhan, semuanya bergerak perlahan. Sunyi dan sepi. Tidak terkejar-kejar. Setiap langkah dilalui dengan cermat bagi mereka yg faham erti Ramadhan sebenar.

Bagi aku, Ramadhan adalah bulan MEGA SALE untuk kita semua. Apa-apalah, JUMBO SALE ke, JUALAN PENGHABISAN STOK ke. Macam yg selalu shopping kompleks buat tuh. Yang ada barang banyak-banyak utk di jual dengan harga yang extravaganza punye murah. Macam tu jugak Ramadhan ni.

Bulan ni, peluang utk kita sibukkan diri kita dengan aktiviti MEMBELI-BELAH PAHALA yg Allah taburkan utk kita semua. Setiap saat, setiap waktu. Tak dapat peluang macam ni dalam bulan-bulan lain. Taktau nak cakap macam mana.

Bersepah pahala yg Allah sediakan utk hamba-Nya dalam bulan ni. Cuma tinggal kita nak ambik je. Terpulang pada kita. Tak perlu keluarkan duit. Tak payah bayar parking. Tak payah naik LRT. Senang je kan? Tapi masih ada lagi yg buat biasa je. Masih yg taknak mengaku ada Tuhan yg menguasai hidup mereka.

You are currently browsing the nazrulamir.notes weblog archives for October, 2005.