Bulan membeli-belah.

Ramadhan yg dirindui sudah menjelma. Alangkah seksana setahun menunggu. Kerana di bulan ini, terdapat ketenangan yg tidak dapat dikecapi di dalam bulan lain. Terasa di dalam Ramadhan, semuanya bergerak perlahan. Sunyi dan sepi. Tidak terkejar-kejar. Setiap langkah dilalui dengan cermat bagi mereka yg faham erti Ramadhan sebenar.

Bagi aku, Ramadhan adalah bulan MEGA SALE untuk kita semua. Apa-apalah, JUMBO SALE ke, JUALAN PENGHABISAN STOK ke. Macam yg selalu shopping kompleks buat tuh. Yang ada barang banyak-banyak utk di jual dengan harga yang extravaganza punye murah. Macam tu jugak Ramadhan ni.

Bulan ni, peluang utk kita sibukkan diri kita dengan aktiviti MEMBELI-BELAH PAHALA yg Allah taburkan utk kita semua. Setiap saat, setiap waktu. Tak dapat peluang macam ni dalam bulan-bulan lain. Taktau nak cakap macam mana.

Bersepah pahala yg Allah sediakan utk hamba-Nya dalam bulan ni. Cuma tinggal kita nak ambik je. Terpulang pada kita. Tak perlu keluarkan duit. Tak payah bayar parking. Tak payah naik LRT. Senang je kan? Tapi masih ada lagi yg buat biasa je. Masih yg taknak mengaku ada Tuhan yg menguasai hidup mereka.

One Response to “Bulan membeli-belah.”  

  1. adi

    btul tu..masa nilah rahmat tuhan tu mencurah2.

Leave a Reply