Archive for October, 2005

Allah adalah satu-satunya Tuhan.

Sedarlah wahai manusia sekelian. Sedarlah akan kewujudan Allah. Carilah Allah dan kenalilah Dia. Nescaya Dia akan menjadi tempat yg akan kau damba-dambakan. Tempat untuk kau bermanja. Tempat untuk kau berduka. Nescaya Dia adalah teman kau yang setia.

Semakin hari, semakin aku merasai kewujudan Allah. Semakin aku rasa Allah itu wujud. Allah itu benar. Tak dapat nak cakap macammana perasaannya. Tapi memang terasa kebesaran Allah tu. Memang tak dapat dinafikan lagi. Allah itu adalah satu. Tuhan yang menguasai alam. Tuhan yang amat berkuasa sehingga tidak memerlukan anak dan tidak memerlukan pembantu, seperti tuhan perang, tuhan kekayaan.

Dalam mencari Allah di 10 malam terakhir ini, walaupun tidak seperti yang diharapkan, Allah masih menunjukkan rahmatNya padaku. DiberiNya padaku perasaan akan kewujudanNya. Allah itu bukan sekadar kata-kata yang terbit dari bibir. Tapi lebih dari itu. Diyakini di dalam hati, disebut dgn lidah, disembah dgn seluruh anggota badan.

Mengapa masih ramai diluar sana tidak mahu mengenali Allah? Mengapa diluar sana masih ada yang menganggap Allah itu tidak sehebat mana?

Rahmat 10 malam terakhir.

Sekarang sudah berlalu 3 malam dan malam ini adalah malam ke 4. Betapa rahmat Allah tidak dapat dikira dengan sebarang nilai di dalam dunia ini. Ketika kita merasakan dunia ini sempit dengan RahmatNya, sebenarnya, semakin kita dekat kepada Allah. Dan ketahuilah, tidak jalan keluar melainkan hanya dengan kembali kepada Allah. Dan dalam menuju ke arah Allah itu, pertolongan Allah sebenarnya sudah deekat. Hanya kita tidak sedar akan kehadiran pertolongan-pertolongan itu. Allah itu tidak zalim. Allah itu Maha Penyayang. Dia sentiasa menolong hamba-hambaNya yang ingin berubah dan memperbaiki diri.

Kejarlah malam-malam yang terakhir ini. Agar selepas ni, kita lebih kuat untuk menghadapi cabaran hidup yang lebih mencabar selepas ini. Kejarlah Allah, pasti akan ‘fix’ segalanya. Pasti akan ada jalan penyelesaian yang Allah akan sediakan. Pasti akan ada ketenangan di dalamnya.

Hidup manusia sentiasa terumbang-ambing. Pasti kita tidak akan terlepas dari godaan nafsu sendiri dan syaitan. Tapi Allah amat suka jika kita tidak pernah berputus dengan RahmatNya. Ketahuilah, jalan Allah ini itulah hakikatnya. Jatuh dan bangun. Itulah apa yang terkandung di atas jalanNya. Apa yang Allah inginkan dari kita, terus bangun dan berjalan.

Waktu ini adalah waktu yang istimewa utk kita melihat kembali apa yang telah kita lakukan selama kita hidup. Dan rebutlah Lailatul Qadr.

Aku yang tertinggal.

Selama ini, aku adalah orang yang tertinggal. Tertinggal dalam segala-galanya. Dunia dan akhirat. Tapi, bila toleh balik, tak satu pun jalan itu aku yang pilih. Semua jalan itu, dilorongkan kepada aku. Aku seringkali memilih jalan lain, jalan yg dimana, kalau gagal pun aku berasa puas kerana jalan itu yg aku dah pilih.. tapi akhir sekali, mesti aku dilorongkan ke jalan yang aku tak pilih. Akibatnya, akulah orang yang tertinggal.

Saat semua orang telah selesai segalanya, aku masih lagi terkapai-kapai. Saat semua orang telah pergi ke tingkat seterusnya, aku masih lagi ditakuk lama. Saat semua orang telah mula memiliki sesuatu, aku masih lagi mencari-cari. Natijahnya, aku kini berada di suatu tempat yang aku sendiri tak tau nak define aku kat mana.

Aku punya cita-cita. Aku punya angan-angan. Tapi setelah sekian lama, cita-cita itu aku rasakan sekadar mimpi yang bila bangkitnya aku dari tidur, pasti akan hilang. Lalu aku mengalah utk mengejar cita-cita.

Aku punya matlamat, tapi sekian lama, matlamat itu hanya merosakkan diri aku perlahan-lahan.

Aku di asuh, kalau aku baling batu ke pokok, maka pokok itu akan dibaling dgn batu. Apabila aku melanggar pokok dgn kereta, maka keretaku akan remuk. Aku diasuh dgn percaya, segala yg terjadi itu adalah kerana aku telah melakukan. Maksudnya kehendak/iradat Allah ditolak ketepi.

Kalau aku belajar bersungguh-sungguh, pasti aku akan berjaya. Konfirm, 100%. Takde sape boleh halang. Macam seluruh dunia ni, beredar mengikut kehendak aku. Bukan kehendak Allah.

Tapi sebenarnya aku salah. Betapa byk kali aku cuba berbuat sesuatu, tetapi sesuatu yang lain terjadi. Semuanya takkan terjaadi tanpa kehendak dan ehsan dari Allah. Betul, tak tipu. Kita ni tak terdaya langsung. Kita boleh berusaha je. Lepas tu berdoa agar Allah kurniakan hasil terhadap usaha kita.

Termasuk jugak sekarang, aku dibelenggu dengan belenggu yang tidak dapat aku melepaskan diri. Aku terikat di dalamnya. Dan diheret ke lubang yang amat dalam. Membuatkan aku jauh mundur ke belakang. Telah berbagai cara aku cuba. Sekarang hanya berharap, agar Allah kurniakan Kasih SayangNya dan RahmatNya untuk memberikan aku kemudahan agar dapat aku memulakan hidup baru dan terus berlari mengejar Allah.

Sesungguuhnya aku tidak mampu menaqdirkan apa-apa di dalam hidupku hanya dengan usaha. Semuanya bergantung kepada kehendak Allah yang Maha Menguasai alam semesta ini. Sekian.

Ya Allah, permudahkanlah.

10 malam yang terakhir.

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari yang ke-19 Ramadhan. Pejam celik, sekejap je dah 19 hari berpuasa. Dan yang paling seronok, sudah tiba kita ke 10 malam terakhir yang sentiasa ditunggu2 oleh Rasulullah dan sahabat-sahabatnya. Apa lagi, iktikaf la.

Mende pulak iktikaf sepanjang 10 malam terakhir ni? Senang cerita, analoginya, seolah-olah utk 10 malam yang terakhir ni, kita dok camping kat dalam Shopping Mall sebab nak balun membeli-belah. Hahaha. Tak ke byk yg kita boleh beli tuh? Siang dan malam.

Dan, yang memberi kebahagian tu, apabila niat kita betul-betul hanya untuk mendapat keredhaan Allah. Hanya untuk buat Allah lagi suka kita kita. Barulah rasa seronok beribadah.

Ala, sekali seumur hidup je. Bayangkan macam pergi Woodstock je. Rock The World ke.

Baru download Flock

Erm.. aku baru download Flock. Browser baru. Base dari Firefox. Macam best jer. Tapi sebenarnya sama je.

Allah Pelindung bagi orang-orang yang beriman.

Nak promote satu skim insuran. Satu skim pelindungan. Syaratnya mudah. Hanya beriman kepada Allah dan tunaikan segala hak Allah. Adakah kita orang yang beriman? Adakah kita layak mendapat skim pelindungan dari Allah? Alahai, semua yang ada kat bumi ni pon Allah yang cipta. Kalau takde skim pelindungan dari Allah, cemane la kita nak hidup ek? Kita ni bukan tuhan. Bukan kita yg cipta bangkrap tuh, kena tipu tuh, kena buli tuh, kene tindas tuh, sihir tuh, eksiden tuh. Semua Allah yang cipta. Jadi bagaimana? Tidak mahuu memiliki skim perlindungan yang amatlah terjamin? Kesiannya.

Allah suka dipuji dan sangat cemburu.

Di bahagian Taubat di dalam Sahih Muslim, ada menceritakan tentang Allah Ta’ala sangat cemburu. Tapi yang bestnya cerita pasal Allah suka dipuji.

Dari Abdullah r.a katanya Rasulullah bersabda: “Tidak ada yang lebih suka dipuji selain dari Allah SWT. Kerana itu Dia memuji diri-Nya sendiri. Dan tidak ada yang lebih pencemburu dari Allah. Kerana itulah Dia mengharamkan segala yang keji.”

Hadis nombor 2369.

Bila dah tau kenyataan ni, semakin seronok pula nak memuji Allah. Sebab dah tau Kekasih kita ni suka sangat dipuji. Oleh itu, tidak pantas sekali jika kita suka memuji-muji orang lain, seperti artis ke, idola ke, kawan baik ke, kekasih kita ke, sapa-sapalah. Nanti Allah cemburu. Sebab yang paling suka dipuji adalah Allah. Marilah kita sentiasa membasahkan bibir kita dengan puji-pujian kepada Allah. Walaupun tak pasal-pasal jer. Maha Suci Allah. Segala Puji hanya bagi Allah. Allah-lah yang Maha Besar. Allah-lah yang Maha Agung. Allah-lah yang Maha Mengetahui. Allah-lah yang Maha Bijaksana.

Senangnya berdoa.

Di bahagian Dzikir, Do’a, Taubat, Istighfar di dalam Sahih Muslim, jelas menunjukkan, anjuran Rasulullah dalam berdoa. Pertama-tama sekali, di bahagian ini, di dahului dengan Hadis tentang sangkaan kita kepada Allah:

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah bersabda: “Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman: Aku sentiasa menurut sangka hamba-Ku kepada-Ku….”

Hadis nombor 2300.

Kemudian selang beberapa hadis, di sebutkan hadis berkenaan tentang kita perlu yakin Allah akan mendengar dan mengabulkan doa kita:

Dari Anas r.a katanya Rasulullah bersabda: “Apabila kamu mendoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh yakin dalam doa (bahwa Allah Ta’ala mendengar dan mengabulkan). Jangan kamu mendoa dedngan kalimat: Wahai Allah, jika Engkau mahu, berilah aku! Kerana sesungguhnya Allah Ta’ala tidak dipaksa memenuhi suatu doa.”

Hadis nombor 2303.

Jelas kat sini, pertama-tama kita dianjurkan untuk bersangka baik kepada Allah. Kerana hanya milik Allah sahajalah Nama-nama yang Baik ini. Lalu kita diminta yakin bersungguh-sungguh Allah mendengar dan akan mengabulkan doa kita. Tapi semuanya tidak sekadar bergantung kepada keyakinan semata. Kerana kita sendiri khuatir samada doa yang dimakbulkan itu adalah Rahmat ataupun Celaan(Istidraj) Allah kepada kita. Oleh itu, kita sendiri perlu pastikan, Aqidah dan Amalan kita betul-betul mengikut sebagaimana yang Allah mahukan dan pastikan diri kita menunaikan segala Perintah wajibnya sebaik mungkin. Allah pelindung bagi orang-orang yang beriman.

Wallahu’alam.

Menanti dibakar.

Tajuk: Menanti dibakar.
Lagu: nazrulamir
Lirik: nazrulamir

Jiwaku bergetar, menanti dibakar,
atas dosa silam yang kulakukan selamaku,
Hidup disia-siakan, meniti langkah si syaitan,
Akan ku menghuni neraka, setelah aku dibacarakan.

Setelah kuterjaga, dari lena yang tersia,
menghitung dosa-dosa, bergantungan di neraca.
Apakah itu ilusi, melihat amal sendiri,
Tiada apa lagi untuk disesali,

Kerana aku sudah di sini,
Tak mungkin akukan diampuni,
Aku sudah terlanjur,
Aku sudah dikubur,
Dan aku bangkit, untuk diadili.

Jiwaku bergetar, menanti dibakar,
atas dosa silam yang kulakukan selamaku,
Hidup disia-siakan, meniti langkah si syaitan,
Lalu ku menghuni neraka, setelah aku dibacarakan.

Bayangkan dirimu pula, oh, berada disana,
Tidakkah kau tertanya, dimana kau berada,
Tiada diapa disisi, yang akan menemani,
Sehingga kau dibicarakan nanti.

[solo]

Andaikan engkau sudah disana,
Setelah membelakangkan yang Esa,
Dengan dosa yang nyata,
Amalan pula tiada,
Dan engkau bangkit, terpinga-pinga.

Jiwamu bergetar, menanti dibakar,
Atas setiap amalan yang ditujukan padaNya,
Sudahkah kau bersedia, menerima segalanya,
Menghadapi azab pedihNya
Setiap seksaan neraka.

Jiwaku bergetar, menanti dibakar.
Atas dosa silam yang ku lakukan selama ku,
Hidup disia-siakan, meniti langkah si syaitan
Akan ku menghuni neraka
Setelah ku dibicara.

siap pada tahun 2005

Perjanjian

Tajuk: Perjanjian
Lagu: nazrulamir
Lirik: nazrulamir

Aku insan yang lemah, tiada tanpa Izin-Nya, tak mungkin aku, lahir ke dunia.
Jiwaku diTangan-Nya, terpulanglah pada-Nya, untuk mencabut, nyawa dariku.

Hanya kerana Dikau, terciptalah dunia, untuk dihuuni, hanya sementara.
Akukah yang terlupa, nikmat yang tak terhingga, yang mungkin hilang, sekelip mata.

Aku insan yang hina, tiada sesal di dada, walaupun aku, hanyut dengan dosa.
Nafsuku kian membara, lalu mencabar yang Esa, sehingga aku, dimurkai-Nya.

Aku manusia biasa, hanya insan yang lemah, yang tak mungkinkan, tidak berdosa.
Namun aku tak rela, diri ini disiksa, di dalam neraka, yang panas membara…..

Aku, bersaksi, tiada Tuhan selain-Mu, dan Muhammad, itu adalah Rasul-Mu.
Aku, berjanji, tidak akan memungkiri, kalimah syahadah, yang kulafazkan.
Ya, Tuhan…

[solo]

Apakah, aku yang terlena.
Di dalam, arus dunia.
Sehingga aku dibuai, dengan mimpi hina,
Lalu aku mahuh pulang…

Aku, bersaksi, tiada Tuhan selain-Mu, dan Muhammad, itu adalah Rasul-Mu.
Aku, berjanji, tidak akan memungkiri, kalimah syahadah, yang kulafazkan.

Aku, bersaksi (bersaksi), tiada Tuhan selain-Mu, dan Muhammad, itu adalah Rasul-Mu.
Aku, berjanji (berjanji), tidak akan memungkiri, kalimah syahadah, yang kulafazkan.
Ya, Tuhan…

siap pada tahun 2002.

You are currently browsing the nazrulamir.notes weblog archives for October, 2005.