Archive for August, 2005

Segalanya berperanan.

Allah berkata-kata kepadaku melalui kalamNya, melalui alam, melalui peristiwa-peristiwa dilalui, melalui orang-orang yg dihadirkanNya di dalam hidup kita. Aku teringat dulu, aku pernah berpegang pada satu pendapat:

Semua benda di dalam dunia ni ada peranannya. Hatta batu di tepi jalan pun ada peranannya. Hatta puntung-puntung rokok yg dibuang merata-rata tu pun ada peranannya. Semua ada fungsi masing-masing.

Continue reading “Segalanya berperanan.”

Ujian Allah.

Setiap orang dalam hidupnya ada ujian-ujian yg Allah bagi. Bila lepas satu ujian, kita akan diuji dengan ujian diperingkat seterusnya. Dan di dalam ujian-ujian itu kita diajar untuk memperbaiki diri supaya akhir nanti, kita menjadi hamba Allah yang amat diredhainya.

Dan ujian aku sekarang, aku rasa Allah mahukan aku engetepikan semua keinginan periadi aku demi menuntut keinginan Allah. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan.

Mengapa anda memilih Islam? Part 1

Pengenalan

Ada satu persoalan. Adakah kita memilih sendiri utk menganut Islam ataupun kita telah dilahirkan di dalam Islam tanpa kerelaan kita sendiri. Pada pengamatan, org Islam yg tidak bersolat, tidak mengaji, tidak meletakkan Allah ditempat yg teratas, adalah contoh org yg tidak rela dilahirkan di dalam Islam. Salah?

Situasinya begini, andai anda semua diberi pilihan utk memilih mana-mana agama di dalam dunia ini, agama yg manakah anda akan pilih sebagai pegangan hidup anda? Ataupun anda memilih utk tidak percaya kepada Tuhan sekaligus menjadi seorang yg tidak beragama?
Continue reading “Mengapa anda memilih Islam? Part 1″

Hasrat

Tajuk: Hasrat
Lagu: nazrulamir
Lirik: nazrulamir

Sabar, menghadapi semua dugaan,
Senyum dan terima apa yg ku miliki,
Cuba akur, dgn kehendak-Nya,
Kerana, hidup ini hanya sekali.

Biarkanlah, ia berlalu pergi,
Lupakanlah, segala kesedihan,
Semua ini, hanyalah sementara,
Kerana, aku pasti akan kembali,
Kesisi-Nya, bertemu-Nya, yg Maha Esa.

Lapangkanlah hati-mu,
Tenangkanlah jiwa-mu,
Aku bukan tuhan,
Engkaulah Tuhan,
Bagiku.

Andai, tiada habuan, untuk-ku sujud pada-Mu,
Aku tetap memilih, untuk menjadi hamba-Mu,
Andai, betapa sakitnya, hati-ku untuk terima,
Namun cukup sudah, Engkau berada, disisi-ku selalu.

[solo]

Lapangkanlah hati-mu,
Tenangkanlah jiwa-mu,
Aku bukan tuhan,
Engkaulah Tuhan,
Bagiku.

Andai, tiada habuan, untuk-ku sujud pada-Mu,
Aku tetap memilih, untuk menjadi hamba-Mu,
Andai, betapa sakitnya, hati-ku untuk terima,
Namun cukup sudah, Engkau berada, disisi-ku selalu.

Cukup, sudah aku menjadi tuhan,
Kini, au ingin menjadi, hamba-Mu,
Lagu ini, untuk melembutkan,
Hati-ku, yg keras seperti batu.

siap pada tahun 2005

Kurang selesa.

Aku kini sedang berhadapan dengan situasi yg aku kurang selesa. Takpe la, nak wat cemane, bukan aku sorang je yg hidup kat dalam dunia nih. Abaikan je orang lain. Tak penting dah. Yang penting sejauh mana aku lakukan apa yang Allah nak aku lakukan baik dari segi menjaga hungan aku dengan Allah, mahupun menjaga hubungan aku dengan manusia.

Bila Allah tidak diletakkan di tempat yang betul, maka, hilanglah keselesaan, hilanglah kegembiraan. Sebab, kesenangan, kegembiraan, ketenangan, semua itu adalah milik Allah. Jadi, jika kita tunduk paa kekuasaan Allah, maka itulah habuan kita kat dunia.

Lamanya.

Adeh. Lama sungguh tak menulis. Hmm, sekarang dah ada kerja sikit nak buat. Sebelum ni takde benda nak buat. Tu yang boleh luangkan masa menulis kat sini.

Dalam masa sebulan yang lepas, aku sudah mula mencari wang untuk saku sendiri. Setakat ni baru sikit je dapat. Tapi kalau dizinkan Allah, Allah akan beri yg setimpal dengan usaha aku. Merokok pon dah semakin kurang. Alhamdulillah. Bila lah boleh start balik merokok gile-gile ek? Main-main je. Kalau boleh berhenti, bagus la. Kalau tak boleh cuba lagik.

Dan dalam sebulan ini juga sebenarnya, aku dapat tunjuk ajar direct dari Allah dengan berbagai dugaan-dugaan yg Dia beri kat aku. Banyak bukakkan mata aku terhadap benda-benda yg aku tak nampak sebelum ni. Dan, banyak pandangan-pandangan aku berubah dalam sebulan ni. Serius.

Rasanya, tu je la. Itu je yg terlintas setakat ni.

You are currently browsing the nazrulamir.notes weblog archives for August, 2005.