Berapa ramai manusia yang mengaku bahawa Allah itu mempunyai kuasa yang amat hebat, dan mempunyai jajahan kuasa yang amat dahsyat? Selamatlah bagi sesiapa yang tunduk dan akur dengan kekuasaan Allah dan celakalah bagi siapa yang taknak lagi jadi hambaNya. Aku, termasuklah dalam kalangan mereka yang masih degil untuk mengaku kekuasaan Allah. Tapi, aku sedang mencuba untuk hidup sebagai hamba.
Aku hanyalah hamba. Tak kira aku anak orang kaya ke, pelajar paling pandai ke, ketua pelajar ke, guru besar ke, menteri besar ke, perdana menteri ke, presiden ke, sultan ke, raja ke, tak kira ape aku buat, aku tetap tak dapat buang cop hamba kat dahi aku.
Aku suka bayangkan imej hamba seperti yang aku lihat dalam televisyen. Berpakaian compang camping, kena buli, buat kerja rumah, makan tak cukup, asyik kena pukul je, buat kerja yang berat-berat.. tapi upah takde, tuan aku boleh buat sesuka hati aku kat aku, tido dalam kandang, jadi tempat tuan aku lepaskan kemarahan dia, kalau tuan aku surh potong tangan sendiri pon, aku kena potong jugak.. ye la, macam mana imej hamba yang ada dalam filem-filem selama ini. Itulah aku sebenarnya pada Allah. Bezanya, aku mempunyai tuan yang amat-amatlah baik.

