Kedudukan Allah bukan hanya sebagai simbol ketuhanan semata-mata. Tapi lebih dari itu. Allah bukan untuk ditakuti semata-mata. Malah lebih dari itu. Allah-lah tempat untuk aku sayangi, untuk aku dekati, untuk aku bermanja, untuk aku luahkan. Allah juga adalah sahabat, kawan baik dan Tuhan yang memiliki aku. Allah adalah sebahagian dari hidup aku. Allah penting untuk aku. Aku pernah kehilangan-Nya, dan tak best langsung rasa kehilangan itu. Dan selagi kekuatan ada, aku taknak hilang Allah lagi. Taknak lari dari Allah lagi, taknak melawan Allah lagik.. Walaupun ada sket-sket lagik. .
Bila aku merasai kehilangan-Nya, rasa macam kosong hidup aku. Rasa macam tak berguna sangat. Rasa macam tah hapa-hapa hidup aku. Takde apa nak capai. Takde pape nak buat. Rasa macam takak hidup dah. Rasa tak selamat. Rasa takut dengan sekiling. Rasa takut kehilangan. Rasa rendah sangat. Macam-macam rasa yang negatif.
Tapi, bila Allah aku letakkan di dalam hati, dan selagi Allah bagi aku kekuatan untuk sentiasa bersama-Nya.. rasa selamat. Kerisauan hilang. Semua masalah selesai. Yang simpul-simpul tuh.. yg aku dok pening fikir cemane nak selesaikan tuh, semuanya terungkai. Nampak cantik jalan hidup. Rasa sentiasa berteman. Sentiasa ada rakan untuk berbual. Tak kira bila-bila masa dan dimana saja. Tak perlu call. Tak payah bayar bil tepon. Tak payah susah-susah lepak kedai makan lepak. Cuma, panggil nama-Nya dan berbual dengan-Nya. Mudah sangat.
Bila bangun solat malam. Bila mengaji al-Quran, rasa ada kekuatan dalam diri. Kekuatan untuk hadapi hidup yang diluar kawalan. Orang cakap, aku kena pandai kawal keadaan. Kena kontrol situasi. Tapi sebenarnya, tiada satu pun dalam dunia ni kita boleh kontrol. Adakah aku boleh kontrol aku bernafas. Adakah aku boleh kontrol bila aku sakit. Adakah aku boleh kontrol hat-hati manusia? Takleh langsung. Nak kontrol sume tuh, adalah dengan kontrol diri untuk tunduk pada kemahuan Allah. Segala apa yang Allah nak. Tak dapat banyak, sikit pun jadi. Barulah, aku dalam berinteraksi dengan alam, dengan keadaan, dengan situasi. Dan pada pandangan mata kasar orang, aku seolah-olah dapat mengawal situasi.
Bila sampai satu tahap, rasa ketagih untuk bermanja dengan Allah, rasa ketagih untuk ceritakan semua benda pada Allah. Nikmat tuh, hampir aku rasai. Tapi siapa tahu, esok lusa Allah nak tarik.. aku takleh nak buat apa. Allah pemilik hidup aku.. Berusahalah sedaya upaya, kalau Allah nak aku jadi pengemis, melawan macam mana pun, aku tetap akan berlakon ikut skrip yang Allah dah tulis tanpa aku sedari.
Orang kata, aku kena takut pada Allah, tapi aku tak setuju. Bukan takut namanya. Tapi sayang pada Allah. Aku kena takut untuk buat Allah kecewa dengan aku, bukan takut dengan-Nya. Allah baik. Allah yang paling baik.
Kalau aku sayang seseorang, aku suka seseorang, aku akan sentiasa mahu bersamanya, aku akan sentiasa mahu berbicara dengannya, walaupun itu akan membebankan aku dengan bil tepon, nak jumpa kuar dating, duit lagik. Patutnya, macam tu jugak dengan Allah. Kos, hmm.. free. Semua Allah tanggung. Tak payah keluar duit sesen pon. Sambil baring boleh bercerita dengan Allah. Sambil peluk bantal boleh mengadu kat Allah. Bukan kena doa lepas solat jer. Bila-bila masa boeh dating dengan Allah. Tapi still, ada batasan antara hamba dan Tuhannya. Respect kene ada.
Aku menulis ni, untuk beri peringatan pada diri aku. Kerana itu aku menggunakan perkataan ‘aku’. Khas utk aku. Kerana dorongan manusia kurang. Jadi aku sebagai manusia memberi dorongan pada aku untuk terus menjadi manusia yang sememangnya hamba. Peh! Hamba rupanya aku nih. Ingatkan ketua darjah yang disegani.


itulah yang kita kena wat slalu…teruskn efford…eak;
Maa shaAllah - That which Allah wills,
Moga tetap atas hidayahNya
i love this entry… ishk, terasa sungguh jauh dariNya..