Archive for July, 2005

Hilang

Baru je baik bengkak kat muka.. aku demam pulak. Pastu, aku sekarang.. aku rasa kehilangan sesuatu pulak. Erm.. best rasanya walaupun tak best sebenarnya. Tapi aku berkeras.. takpe hilang benda lain, asalkan aku tak hilang Allah. Memang sakit hilang sesuatu yg penting untuk kita.. contoh kereta ke.. mak ayah ke.. sedaa yg paling kita rapat ke.. hilang pekerjaan ke.. apa-apa la.. tapi lebih sakit kalau kita hilang Allah. Benda-benda yg lain tuh.. boleh claim balik kemudian. Tapi kalau hilang Allah, memang haru-biru hidup.

Jadi, sepanjang minggu nih.. rasa macam senyap jer. Ditambah lak dengan hujan hampir setiap hari. Memang rasa macam rilek je. Dia rasa macam aku tgh duduk dalam bilik yg soundproof dan ada aircond dan gelap. Taktau nak describe macam mana.

Setiap langkah mesti dimulakan dengan langkah pertama. Jadi aku kena selesaikan apa-apa yg tertangguh dulu. Kemudian sekarang nak ikut flow mana yg Allah nak bawak aku. Taknak melawan dah. Kalau Allah nak letakkan aku kat Kedah.. jadi aku akan berada kat Kedah dan mainkan peranan kat situ. Sebab lawan pun tak guna, kalau Allah dah kata macam tuh.. takde sapa dapat ubah. Jadi, samada nak jadi hamba yg banyak melawan ataupun nak jadi hamba yg baik. Pilihlah.

Tapi memang sekarang aku tak nampak apa-apa matlamat. Dia kira macam taktau lagi 5 tahun apa yg aku nak ada. Apa yg aku nak buat dalam masa 5 tahun. Nak sambung belajar kat mana. Nak ceburi bidang pekerjaan yg mana. Aku akan jadi manusia berguna ke.. ataupun still hampeh cam sekarang.

Ari ni besday adik aku. Hepi besday aman. Dah beso dah.

Sistem pendidikan Allah.

Aku terfikir, kalau ikut sistem pendidikan manusia, masa kecik kena habiskan 6 tahun di sekolah rendah dan seterusnya kena menghabiskan 5 tahun di sekolah menengah. Lepas tu masuk U, bergantung, lepas 3 tahun boleh lar digelar graduan. Selepas tu, mula bekerja dan pegang title orang yg berkerjaya. Bla.. bla.. bla..
Continue reading “Sistem pendidikan Allah.”

Demam

Adei.. ari tuh sakit gigi. Baru je nak baik dari sakit gigi, demam lak ajak men counterstrike dengan aku. Terpaksa ar layan. Haha, demam-demam ko nih..

Semalam dalam demam-demam tu, aku gi laan midnight Initial D ngan Bobo Buntalo Santaloyo. Datang tengah hari, tapi tiket soldout sampai ke malam. Takleh jadi, dah dua minggu aku gi asyik soldout jer. Last-last ada gak tempat. Tapi midnight. Selamba. Sebab aku follow komik dia dulu. Anime pon ada gak follow. Sekarang tak dah. taktau apa cite kat Takumi.

Asalkan aku jaga urusan aku dengan Allah, Allah akan jaga aku. Kata-kata seorang kawan yang dah tak kontek dah.

Ketagih masa bersama Allah.

Kedudukan Allah bukan hanya sebagai simbol ketuhanan semata-mata. Tapi lebih dari itu. Allah bukan untuk ditakuti semata-mata. Malah lebih dari itu. Allah-lah tempat untuk aku sayangi, untuk aku dekati, untuk aku bermanja, untuk aku luahkan. Allah juga adalah sahabat, kawan baik dan Tuhan yang memiliki aku. Allah adalah sebahagian dari hidup aku. Allah penting untuk aku. Aku pernah kehilangan-Nya, dan tak best langsung rasa kehilangan itu. Dan selagi kekuatan ada, aku taknak hilang Allah lagi. Taknak lari dari Allah lagi, taknak melawan Allah lagik.. Walaupun ada sket-sket lagik. .
Continue reading “Ketagih masa bersama Allah.”

Mengaku kalah dengan Allah.

Bunyi tajuk tu cam simple jer. Tapi itulah yang paling susah aku nak buat. Aku sangkakan, aku dah mengaku kalah dengan Allah, tapi sebenarnya saki baki tu masih ada lagi.

Apa yang dimaksudkan dengan mengaku kalah dengan Allah? Dalam fikiran aku, contoh mengaku kalah dengan Allah ialah apabila, aku menginginkan kaya, kemudian selepas aku berusaha sedaya-upaya aku tetap miskin. Lalu timbul satu perasaan dalam hati, takpelah.. aku dah cuba sedaya-upaya, tapi ini yang Allah bagi kat aku. Ikut je lah ape yang Allah nak. Aku mengaku kalah. Lebih kurang macam tu lah.
Continue reading “Mengaku kalah dengan Allah.”

Sakitnya gigi.

Sekarang tengah struggle tahan sakit gigi. Sakit gigi sampai aku demam dan muka aku belah kanan abes bengkak. Tak pasal-pasal nampak sebelah muka aku erisi sket, yang belah kiri, cengkung jer.

Semalam gi jumpa doktor gigi, mula-mula ingat nak suh dia cucui.. nak cabut sakit. Takut.. . Tapi doktor tu cakap, takleh buat ape. Sebab gusi aku dah bernanah. Dan nanah tu dah masuk dalam tisu-tiu muka. waaa.. bunyik cam best je. Tadahal, munggu depan nak cabut gigi yang buat gurau senda dengan aku nih. Tak tahan gila rasanya.

Tapi bagus time-time sait nih. Masa yang paling lapang untuk fikir pasal dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Abu Dzar pun pernah berkata, dia paling suka semasa sakit, kerana sakit tuh menghapuskan dosa-dosa kecil. Erm, lazat.. harap terhapuslah dosa-dosa aku. Tapi kena make sure, time sakit jangan tinggal Allah.

So, takde benda dah nak tulis. Pale dah pening gile. Tak tahan.. nak tido.

Buku-buku lama.

Hahaha, baru je tadi aku selongkar balik buku-buku lama aku. Semua tulisan-tulisan aku ada kat situ.. yang puas hati, yang tak puas hati.. semua ada kat situ. Bila aku baca, sebenarnya banyak memberikan aku pengajaran. Waktu aku menulis tuh, aku tak nampak keadaan diri aku sebagaimana aku nampak diri aku sekarang waktu itu. Perasaan dia seperti aku menjadi orang ketiga melihat aku waktu itu menulis untuk melepaskan ketidakpuasan hati aku.

Dan yang aku nampak, kehidupan aku tak banyak improve sebenarnya. Betapa penatnya aku berlari, sebenarnya aku berlari setempat. Lalu aku penat terduduk, menyangkakan aku sudah pergi jauh. Melihat sekeliling, memang berbeza. Tetapi sebenarnya ditempat yang sama. Kerana aku mula berlari siang dan berhenti malam. Jadilah aku menyangka aku berada ditempat yang lain. Sedangkan tidak.

Aku tertanya-tanya, di masa depan, jika aku melihat kembali tulisan-tulisan aku hari ini, adakah aku akan tergelak atau berbangga dengan diri aku ketika itu. Aiyaaa.. nak tunggu, kena tunggu 2-3 tahun lagik.

Tuhan dan hamba.

Berapa ramai manusia yang mengaku bahawa Allah itu mempunyai kuasa yang amat hebat, dan mempunyai jajahan kuasa yang amat dahsyat? Selamatlah bagi sesiapa yang tunduk dan akur dengan kekuasaan Allah dan celakalah bagi siapa yang taknak lagi jadi hambaNya. Aku, termasuklah dalam kalangan mereka yang masih degil untuk mengaku kekuasaan Allah. Tapi, aku sedang mencuba untuk hidup sebagai hamba.
Continue reading “Tuhan dan hamba.”

Datang kembali

Sepanjang 3-4 hari ni, aku diganggu dengan benda-benda lama yang amatlah bosan untuk aku layan. Sebenarnya, sampai sekarang pun masih lagi terganggu. Dalam hidup aku, banyak langkah-langkah yang tak best aku buat. Dan kesannya, effect aku sampai ari ni. Huh, tapi nak wat camner kan? Papehalpon, apa yang aku lalui sebelum ni lah yang membentuk aku hari ini. Tapi itu hanyalah sebahagian kecil dari hidup aku nak dibandingkan apa yang aku akan hadapi sepanjang hidup aku. Lepas ni, aku akan lebih berhati-hati untuk melangkah.

Sekarang nih, tengah layan gigi aku. Sakit sangat, sampai pening kepala aku. Tak tahan. Nak tido pon takleh, nak membaca pon takleh, nak buat apa pon takleh. Ni pon, letak ubat gigi kat tempat yang sakit tuh, kasi kebas sket. Dah tak rasa sakit sangat dah. Hehehe, nak jumpa doktor gigi, takut ah. sakit, dah lar gigi geraham lak tuh.

Minggu depan, aku nak aturkan segala-galanya balik. Betul kata seorang abang, sepanjang kita hidup, kita akan lalui beberapa siri futur. Itu satu kepastian, tapi menurutnya, futur itu adalah masa untuk aku rehat dan kaji balik, adakah langkah-langkah kita sebelum ni 100% tepat dengan keredhaan Allah. Walaupun masih lagi dalam keadaan futur, tapi tetap kena terus berjalan, kalau boleh berlari.

Dalam hati aku ada satu keyakinan, kalau aku betul-betul hidup dengan cara yang Allah suka, redhai, sepanjang hidup aku akan senang. Buat apa saja pasti berjaya. Dan, sudah pasti juga akan ada kegagalan, kesusahan dan sebagainya. Tapi selagi hidup aku tepat dengan apa yang Allah suka, akan ada ketenangan kat situ dan Allah akan tolong. Konpem! Allah tak tipu hambaNya.

You are currently browsing the nazrulamir.notes weblog archives for July, 2005.