Masih ingat lagi, betapa degilnya hati aku untuk mengaku yang Allah itu adalah Tuhan, dan aku adalah hamba. Masih ingat lagi, betapa riaknya hati aku menganggap bahawa aku mampu menentukan keputusan dengan hasil usaha aku. Masih ingat lagi, betapa tidak aku bersetuju dengan kenyataan “Manusia tidak dapat menentukan takdirnya sendiri”. Hebatnya aku, walaupun mungkin kecil bagi orang lain, tapi dalam hati aku, degil taknak mengaku keTuhanan Allah.
Continue reading “Nilai hamba”
Archive for June, 2005
Waa, sonok gile rasanya, member baik aku dah balik. Member yang susah senang dengan aku, yang jatuh bangun sama-sama. Sonok sangat, pasni banyak benda nak buat dengan dia. Jalan dah terbentang untuk kitorang racing sama-sama.
Dia baru balik dari indonesia tadi. Hahaha.. tu tgh language-lag. Dok bantai sembang dalam bahasa indonesia je. Tak faham kitorang. Erk, ade ke language-lag? Jet-lag ada lar. So, kepada member aku nih, marilah kita terus meng’rock’kan dunia ini dengan kasih sayang Allah. Selamba, pasnih nak bantai konsert tetiap minggu.
Aku hidup dengan kasih sayang Allah. Aku bangkit dengan kasih sayang Allah. Aku belajar dengan kasih sayang Allah. Aku pernah jatuh, dan Allah memberikan aku kasih sayangNya, dan memberikan aku perasaan kasih sayangNya untuk diberikan kepada kawan-kawan aku, selagi mana aku mampu untuk memeluk mereka.
Continue reading “Kasih sayang Allah”
Waa.. akhirnya, dah laju sket nak load. Aku dah buang sket-sket queries yg berat-berat. Pastu dah kurangkan sket logic-logicnyer. Bolehlah, lagi laju sket nak load. Tapi banyak lagi nak kena ubahsuai.. dah boring dah.. nak wat mendee lain lak..
Masa aku baru upload script nih, rasa lembab giler, sekarang dah ok sket.. Tapi still, aku rasa, ada masalah dgn stail coding aku. Ada sikit lembab bila nak load. Hahaha. Tak terer, tapi nak buat benda yang terer-terer. So, sekarang, aku tgh reducekan logic dgn queries script nih.
Dulu ada gak amek upah wat-wat website nih, tapi sekarang taknak dah, sebab aku tak selesa jadikan benda ni keje. Coding-mengoding ni untuk hobi je.
Ade wordpress untuk aku pakai, takpon MovableType, tapi tak berminat nak pakai. Aku nak main-main jer. Saja test-test, selalunya buat dalam komputer sendiri jer, la ni nak try wat kat server org lain lak.
Waaa, at last.. dapat gak aku online dengan menatang nih. Haha.. tapi banyak problem. Baru aku tau susah gak nak meet requirement server yg kat luar. Salunyer test dalam localhost jer. Takper, takper, best! Baru belajar something. Untuk hobi jer.

